Benarlah apa dikata, hidayah itu milik Allah. Masya allah, teruja NONA melihat keayuan penampilan terkini salah seorang anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang kini sudah tampil berhijab. Rose Azlin Rosli atau lebih mesra disapa Kak Nona nekad untuk berhijrah setelah dua minggu menunaikan umrah di Tanah Suci.

Ads

“Baju Lama Semua Dah Buang..” Manis Berhijab Lepas Dari Umrah, Kak Nona Ligat Buat Bisnes Pengurusan Acara

Ujarnya, dia membuang segala koleksi pakaian yang kurang sesuai dengan imej terkini. “Bila niat nak pergi umrah, saya bercita-cita untuk berubah. Selama dua minggu di Mekah elok saja jaga aurat, solat tak tinggal. Kenapa bila balik tak boleh nak buat macam itu? Sedangkan Allah dah bagi apa yang kita mintak,” jelas ibu kepada 3 orang cahaya mata ini.

“Baju Lama Semua Dah Buang..” Manis Berhijab Lepas Dari Umrah, Kak Nona Ligat Buat Bisnes Pengurusan Acara
Kak Nona bersama suami tercinta, Iskandar.

Malah Kak Nona sendiri mengakui sudah membuang serta menjual pakaian-pakaian lama kerana dirasakan sudah tidak sesuai dengan imejnya yang terkini. “Bila saya pandang pakaian lama, saya rasa sampai bila saya nak pakai sebegitu. Jadi ada baju yang saya buang, dan ada juga saya dah buat pre-loved”.

Malah ibu Normah Damanhuri juga dilihat menadah kesyukuran dan berdoa agar anaknya itu kekal istiqamah. “Sebagai seorang ibu, saya bersyukur sangat kepada Allah. Mula-mula risau juga penghijrahan Kak Nona sekejap, rupanya dia dah beli banyak tudung sebelum berangkat menunaikan umrah,” jelas pelakon veteran berusia 70 tahun itu. Dalam pada itu, Normah juga berharap agar penghijrahan Kak Nona berkekalan dan menjadi contoh buat adik beradik yang lain.

“Baju Lama Semua Dah Buang..” Manis Berhijab Lepas Dari Umrah, Kak Nona Ligat Buat Bisnes Pengurusan Acara
Kak Nona bersama bonda tercinta, Normah Damanhuri
@nona.my Benarlah apa dikata, hidayah itu milik Allah. Ayu dan manis sungguh melihat penampilan terkini salah seorang anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang kini sudah tampil berhijab. Selepas pulang dari menunaikan umrah, Rose Azlin atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Nona terbuka berkongsi kisah penghijrahannya. Malah ibu Normah Damanhuri juga dilihat menadah kesyukuran dan berdoa agar anaknya itu kekal istiqamah. #majalahnona #normahdamanhuri #kaknona ♬ original sound – NONA

KAK NONA AJAK SEMUA MEMERIAHKAN FESTIVAL KAMPUNG TRADISI!!

Bercerita tentang perkembangan terkini, Kak Nona yang juga merupakan pengasas bersama syarikat pengurusan acara RAR Sky Sdn Bhd bersama suami, En Iskandar Ali bakal menganjurkan Festival Kampung Tradisi yang berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan kekayaan budaya dan tradisi Melayu serta warisan rakyat Malaysia pada 12 hingga 15 Disember ini di Dataran Pantai Morib.

Ads

“Baju Lama Semua Dah Buang..” Manis Berhijab Lepas Dari Umrah, Kak Nona Ligat Buat Bisnes Pengurusan Acara

“Festival ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menghidupkan semula budaya tradisional yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti negara.  Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tradisi, permainan rakyat, makanan kampung dari perkampungan mat kilau, dan persembahan seni akan berlangsung sepanjang festival ini,” jelasnya.

Ads
“Baju Lama Semua Dah Buang..” Manis Berhijab Lepas Dari Umrah, Kak Nona Ligat Buat Bisnes Pengurusan Acara
Ahli Dewan Negeri, N01 YB Datuk Rizam Bin Ismail turut hadir memeriahkan majlis.

“Baju Lama Semua Dah Buang..” Manis Berhijab Lepas Dari Umrah, Kak Nona Ligat Buat Bisnes Pengurusan Acara

“Baju Lama Semua Dah Buang..” Manis Berhijab Lepas Dari Umrah, Kak Nona Ligat Buat Bisnes Pengurusan Acara
Antara barisan artis yang hadir menyerikan majlis Sidang Media Festival Kampung Tradisi yang bakal diadakan pada 12 sehingga 15 Disember ini.

Selain itu, festival ini turut menampilkan persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air, antaranya Aan Ways, Azan Scan, Kak KM, Keena Mentor, Rina Eva, Jibam Ramlee, Elly Xceed, Syura Badron, Ahmad Yasin dan Kumpulan Kristal.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sambil menyokong budaya tradisi Malaysia. Sertai kami di Festival Kampung Tradisi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor pada 12,13,14,15 Disember ini di Dataran Pantai Morib untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI