Alahai, romantiknya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah! Meskipun sudah berpuluh tahun berkahwin namun kemesraan di antara Seri Paduka Baginda berdua masih mekar. Tak ubah macam pasangan yang baru bergelar suami isteri!
Ads
Yang pasti, momen indah yang berjaya dirakam jurukamera Foto Penerangan ini telah mencuit hati rakyat di media sosial. Rata-rata mereka memuji sisi romantis dan penyayang Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Hajah Azizah.
Mana tidaknya, sudahlah tampil dengan busana sedondon warna pic… siap jalan berpegangan tangan di kelilingi bunga-bungaan dan ketawa riang lagi. Terserlah aura bahagia dan ceria di wajah baginda berdua.
Difahamkan ia adalah reaksi spontan Tuanku berdua sewaktu melalui kanopi bunga di Majlis Perasmian Royal Floria Putrajaya 2019 di Taman Botani Putrajaya, petang tadi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, festival Floria Putrajaya tahun ini diadakan bermula 31 Ogos ini hingga 8 September depan.
Sejak ditabalkan sebagai KDYMM Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu, Seri Paduka berdua menjadi inspirasi dan disenangi rakyat jelata kerana keperibadian Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Hajah Azizah yang cukup dekat di hati rakyat.
Pasangan diraja ini telah berkahwin pada 6 Mac 1986. Baginda dikurniakan empat orang putera dan dua orang puteri;
Ads
Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SIMP.
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP.
Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah.
Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah.
Titah Tunku Hajah Azizah kepada petugas media beberapa hari sebelum Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 berlangsung, baginda bersyukur dikurniakan suami yang baik hati, sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan sepanjang 46 tahun mengenali Tuanku Abdullah, tidak pernah didengar baginda meninggikan suara.
“Tuanku ni baik. Hatinya cukup baik, tidak pernah gosip, ‘membawang’, tak pernah cakap orang jahat, tidak pernah komen, sentiasa bercakap lemah-lembut dan tidak kasar. Tuanku juga baik dengan semua orang dan layan orang tidak kira siapa pun mereka, terutama yang susah.”
Ads
Kredit foto: Instagram Istana Negara & Foto Penerangan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebanyak 14 produk kraf Malaysia yang dihasilkan pelbagai etnik akan diketengahkan pada Minggu Kraf London (LCW) yang dijadualkan pada 6-14 Mei 2023 bertempat di High Commission of Malaysia, 45 Belgrave Square, London SW1.
KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong menerajui pameran tersebut bertitah dua daripada produk kraf tersebut daripada Negeri Terengganu iaitu songket dan telepuk, satu dari Negeri Pahang iaitu anyaman dari orang asal dan dua dari Negeri Sabah produk kraf dari ribu-ribu.
Terdapat juga hasil produk kraf Negeri Sarawak terdiri daripada anyaman, tenunan dan keringkam Sarawak. Juga tidak ketinggalan produk kraf Negeri Selangor yang unik dari Mah Meri.
KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong juga merupakan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja bertitah selain mempamerkan hasil produk kraf, tujuh usahawan kraf akan dibawa ke pameran yang bertemakan “Malaysia’s Heritage Crafts” untuk menjalankan aktiviti demonstrasi kraf.
Baginda juga bertitah: –
“Prograam ini akan membuka peluang kepada para pengusaha kraf untuk berkolaborasi dengan pereka antarabangsa dan gedung ternama serta galeri.
“Kita berharap agar ia juga dapat mengetengahkan seni dan budaya setiap etnik di Malaysia melalui “craft language”.
Moga Seni Kraf Malaysia terus dilestarikan dibawah naungan Raja Permaisuri Agong.
Sumber: Yayasan Tenun Pahang Diraja
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam sudah setahun umur anak lelaki pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein. Berkongsi sambutan hari lahir anakanda tersayang baru-baru ini, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bagaimana pun belum bersedia mendedahkan wajah anaknya kepada umum.
Menerusi perkongsian di media sosial, Elly hanya memuat naik sekeping gambar menunjukkan kek hari lahir anaknya iaitu Haider Mateen tanpa kelibat bayi berkenaan.
Aktres Kampung People ini turut menzahirkan rasa syukur atas kurniaan anak lelaki berkenaan.
“Alhamdulillah anak boy papa mama dah 1 tahun. Happy birthday to my wonderful son, Haider Mateen.”
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Azlan Che Nuh pada Januari 2020 dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang genap berusia setahun pada 23 Oktober lepas.
Selang dua hari lepas hari lahir anak tersayang, Elly turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 suami tercinta yang dikenali sebagai Cikgu Azlan.
“Happy birthday suami mama yang ke-32. Thank you jadi suami dan papa yang baik. Mama, Manja dan Haider love you so much.”
Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sefhia berusia lima tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita biasa mendengar tentang penyakit gout iaitu sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Akibatnya, seseorang itu akan mengalami bengkak terutama melibatkan anggota kaki hingga sukar berjalan. Namun apabila memperkatakan tentang Tophy, pasti ramai yang seakan terpinga-pinga.
Menurut Dr Abdul Rahim, Thopy adalah penyakit gout. Seperti yang sedia maklum, gout adalah penyakit arthritis disebabkan oleh hyperuricemia iaitu plasma urate/urik asid dalam darah melebihi 420 mol/L (7.0mg/dL). Asid urik ini terhasil daripada pemecahan makanan yang tinggi purin atau protein. Ia berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi serta menyebabkan rasa sakit.
Apabila gout menyerang di sendi-sendi lutut, pergelangan kaki dan lengan, siku, jari tangan dan kaki serta tapak tangan, ia akan bengkak. Pada ketika ia membengkak inilah dipanggil Thopy yang berisi garam atau kristal urik asid yang mengakibatkan anggota badan terlibat berwarna merah, panas selain amat sakit sampai tidak boleh bergerak atau jalan. Tidak dinafikan juga hingga ada yang demam!
Semuanya kerana pemendapan asid urik yang membentuk hablur / kristal garam seperti jarum yang tajam dan membuatkan sendi bengkak & sakit.
RAWATAN
Pesakit boleh mengambil ubat Antigout seperti Alluperinol, Zylorik dan Calchocine atau sebagainya.
Dr Abdul Rahim juga akan melakukan satu prosedur menyedut bahagian bengkak di sendi lutut yang membentuk hablur / kristal gout.
Dibedah untuk mengeluarkan asid urik. Ia akan mengeluarkan bahan seperti kapur putih. Itu adalah kristal urik asid yang cair sebelum membentuk cecair sama yang lebih keras.
Sumber: Facebook Dr. Abdul Rahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...