Bak Perempuan Melayu Terakhir, FARAH NABILAH Makin Berseri Sejak Berhijab & Bahagia Jadi Ibu!

Orangnya bukan saja cantik tapi sarat dengan kelembutan. Pesona Farah Nabilah sebagai pelakon sering menambat hati penonton. Raut wajah lembut dan bakat seni yang dimiliki membuatkan dia menjadi pilihan pengarah untuk pelbagai drama dan filem.

Namun sejak mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Mohamed Amirul Yunus, aktres jelita ini seakan memperlahan kerjaya seni. Apatah lagi dengan kehadiran anak sulungnya iaitu Andre Omar.

Agak jarang nampak Farah Nabilah membintangi drama kebelakangan ini. Malah, kelibatnya juga tidak kelihatan di acara besar industri hiburan. Barangkali dia sibuk menggalas tugas sebagai isteri dan tumpuan utama membesarkan anak tersayang yang memerlukan lebih perhatian.

Kian bahagia bergelar ibu, pelakon Titian Cinta ini pernah menzahirkan rasa sayang terhadap Andre Omar atau mesra disapa Dre melalui laman media sosialnya.

Kredit Instagram @farahnabilahofficial
Kredit Instagram @farahnabilahofficial
Kredit Instagram @farahnabilahofficial

I love being a mother, I don’t feel like it’s a chore or a burden but with that being said, still.. it’s not easy, it’s still a tough job. You’ll lose yourself and you’ll learn to lower your expectations about what you can accomplish in a day. Some days it will be all you can do to keep your baby safe, warm, fed and loved. I think, that’s more than enough, kan?”

Tambah pelakon wanita yang berusia 29 tahun ini, “Now I finally, TRULY understand why syurga dekat bawah tapak kaki ibu. (Kalau tau ni dari kecik tak sanggup nak derhaka dekat Umi),” tulis Farah Nabilah sambil bergurau.

Farah dan suami diijabkabul pada 20 Disember 2019 di Royale Chulan Damansara dan melahirkan Dre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.

Kredit Instagram @farahnabilahofficial
Kredit Instagram @farahnabilahofficial
Kredit Instagram @farahnabilahofficial

Bermula dengan fasa perkahwinan kemudian bergelar ibu, kini Farah Nabilah mencuri perhatian peminat apabila mengambil keputusan untuk berhijab.

Tidak mahu mengulas panjang tentang keputusannya untuk berhijab namun ibu muda ini mengiyakan apabila diajukan pertanyaan tersebut.

“Saya tak ada nak komen apa-apa. Saya rasa tak perlu diumumkan pun.

Cuma apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih banyak kerana ramai yang mendoakan hal ini serta segala kebaikan kepada keluarga saya.”

Kredit Instagram @farahnabilahofficial
Kredit Instagram @farahnabilahofficial
Kredit Instagram @farahnabilahofficial
Kredit Instagram @farahnabilahofficial

Dalam pertemuan Nona bersamanya di majlis pelancaran tudung tidak lama dulu, Farah ada berkongsi petua menjaga kulit sihat.

“Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum.

Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum macam tu kulit akan detoks sendiri.”

Share
Published by
Suzi