Stamina merupakan perkara penting untuk seseorang penyanyi terutamanya ketika menjayakan konsert pada skala besar kerana mereka perlu beraksi dalam tempoh panjang dan mendendangkan puluhan lagu. Antara cara yang menjadi pilihan penyanyi mengekalkan stamina adalah dengan bersenam dan menjadikan pusat kecergasan sebagai lokasi untuk memantapkan stamina. Namun bagi pelantun lagu Jatuh, Lah Ahmad, dia selesa memilih berpuasa bagi memantapkan staminanya.
Lah atau nama sebenar, Abdullah Ahmad, 43, berkata, amalan tersebut dilakukan untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga sepanjang menjayakan Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, pada 7 Oktober ini.
“Untuk mempersembahkan lebih 20 lagu dalam konsert, sudah tentu saya kena jaga stamina. Cara saya melakukannya adalah dengan berpuasa. Apabila berpuasa, secara tidak langsung ia membuang lebihan toksin dalam badan dan kita jadi lebih bertenaga,” katanya ketika ditemui media di majlis sidang media baru-baru ini.
Lah berkata, ketika hendak menjayakan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Januari lalu, dia turut berpuasa dan ternyata caranya itu menampakkan hasil yang positif.
Lah yang juga bekas anggota kumpulan V.E berkata, dia mula berpuasa apabila menghampiri tarikh membuat persembahan.
Lah berkata, aksinya di IB dianggap istimewa kerana memberi peluang kepadanya mendendangkan lagu yang belum pernah dipersembahkan.
“Ada juga lagu lama saya yang peminat tidak pernah dengar termasuk lagu dari album baharu akan didendangkan pada malam itu. Selain itu, ada segmen bersama penyanyi jemputan. Kumpulan Ruffedge bakal menjadi penyanyi undangan di malam konsert tersebut.
Lah menyifatkan konsert di IB bakal menjadi pencetus kepada penganjuran sebuah lagi acara yang menghimpunkan artis R&B popular tanah air . Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di IB dianjurkan Rubbertapper Production House dan diiringi Orkestra Simfoni Universiti Malaya (UM).
Inilah 5 Wanita Terkaya Di Dunia, Semuanya Pewaris Harta Kekayaan Keluarga
11% atau 227 daripada 2,043 orang yang tersenarai dalam FORBES’ World’s Billionaires adalah wanita dengan harta terkumpul $852.8 bilion atau RM3,673,517,000,000.
Bertuah dilahirkan dalam dulang emas, majoriti daripada senarai wanita terkaya di dunia ini mewarisi harta kekayaan daripada keluarga mereka. Jom kita semak siapakah wanita-wanita terkaya di dunia ini menurut senarai FORBES 2017.
(1) Liliane Bettencourt, pewaris L’Oreal
Nilai harta: $39.5 bilion atau RM168,961,250,000
(2) Alice Walton, anak perempuan tunggal pengasas Wal-Mart, Sam Walton
Nilai harta: $33.8 bilion atau RM144,579,500,000
(3) Jacqueline Mars, cucu pengasas coklat Mars
Nilai harta: $27 bilion atau RM115,492,500,000
(4) Maria Franca Fissolo, menantu pengasas Nutella dan balu pengasas Ferrero Rocher
Nilai harta: $25.2 bilion atau RM107,793,000,000
(5) Laurene Powell Jobs, balu Steve Jobs
Nilai harta: $20 billion atau RM85,550,000,000
Sumber: FORBES
Ibu Terbahagia! Anak Gadis USTAZAH DATUK NORHAFIZAH Berjaya Sempurna Hafazan 30 Juzuk
Tiada apa yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila berpeluang menyaksikan kejayaan anakanda tersayang. Begitulah perasaan yang dinikmati penceramah motivasi terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa selepas salah seorang cahaya matanya berjaya menghafaz Al-Quran. MashaAllah, tumpang bahagia dan gembira. Pastinya tanpa sokongan dan didikan yang baik daripada ibu bapa, pencapaian membanggakan seperti itu tidak dapat digapai. Tahniah!
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sememangnya terkenal sebagai salah seorang individu berpengaruh yang sentiasa menyebarkan aura positif kepada masyarakat. Kelembutan tutur bicara beliau dalam berdakwah meninggalkan kesan mendalam kepada para pendengar. Terbaharu, ibu kepada tujuh anak ini berkongsi rasa bahagia dapat menikmati kemanisan kejayaan puteri kelimanya sempena ulang tahun kelahiran anak gadis tersebut pada awal Januari lalu.
“Umi sangat sangat bahagia melahirkan, membesarkan dan menemanimu selama ini. Hari Nor Iman Sofia menyempurnakan hafazan 30 juzuk adalah antara hari bahagia Umi. Umi masih ingat air mata anak Umi ini. Ketika Umi menasihatkan Nor Iman Sofia di tengah-tengah kegembiraan Nor Iman Sofia, bahawa ini adalah permulaan.
Langkah kita untuk menjadi generasi Al-Quran baru saja berada di gerbang permulaan. Umi akan temani Nor Iman Sofia selagi masih ada hayat dan kemampuan Umi insyaAllah untuk terus menjadi ibu, guru dan sahabat akrabmu dalam journey Al-Quran mu. Umi sentiasa melihat kelebihanmu, bakatmu mengalir dalam ketulusan senyumanmu. Nor Iman Sofia insyaAllah bakal menjadi murabbiyah Ummah. Aameen Ya Rabbala’lamin.”
Cukup tersentuh melihat kasih sayang seorang ibu terhadap anak mereka. Nona percaya, mana-mana ibu sekalipun akan rasa paling bahagia dan gembira apabila anak-anak mereka cemerlang dalam kehidupan.
Yang pasti, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sendiri mendedahkan kepada Nona bahawa kejayaan beliau hari ini juga adalah kerana sokongan kedua-dua ibu bapanya. Malah merekalah sumber inspirasi beliau selama ini. “Mak abah sentiasa bagi galakan. Dari kecil saya dah dibiasakan menyertai macam-macam pertandingan termasuklah pertandingan bercerita, baca berita, nasyid, syarahan Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Arab.
Memang stress masa kecil dulu sebab asyik duduk depan orang ramai. MashaAllah, rupa-rupanya itu latihan dan didikan terbaik untuk saya. Mak abah akan sentiasa bimbing saya untuk berada di hadapan khalayak. Malah mengajar doa untuk tenangkan hati dan tak putus-putus bagi nasihat serta teguran positif.”
Di samping bergelar pakar motivasi dan pendakwah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz. Komitmen beliau membangunkan modal insan berkualiti mendapat perhatian banyak pihak.
Tanggal 1 Februari 2018, beliau menerima perkhabaran gembira sekaligus melakar pencapaian membanggakan apabila terpilih menjadi penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Pengurniaan darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa juga bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada kaum wanita bahkan anak-anaknya turut mengagumi kemampuan ibu mereka. Mana tidaknya, dalam kesibukan mengurus kerjaya penceramah, suami dan tujuh anak… beliau berjaya meraih PhD ketika berusia 43 tahun.
Kredit foto: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Inspirasi Pelamin Pertunangan SHILA AMZAH Yang Cukup Romantis, Macam Taman Bunga!
Laksana sekuntum bunga yang mekar berkembang, manisnya menjadi pujaan sang kumbang.
Merafakkan syukur ke hadrat Ilahi, Nona turut bahagia menyaksikan temasya majlis pertunangan penyanyi terkenal, Shila Amzah dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki, malam tadi.
Mengenakan persalinan dress merah jambu rekaan Azura Couture, riak wajah Shila yang dirias Arra Mazlan tampak berseri-seri ketika cincin pertunangan disarungkan ke jari manis.
Dijangkakan bakal memeterai ikatan nikah pada tahun depan, para peminat Shila turut berpeluang melihat bakal suaminya apabila mereka sempat merakamkan foto kenangan bersama.
Haris Idraki Elias, 28, kini dikhabarkan bertugas dalam di London dan pernah bergelar wartawan di sebuah syarikat akhbar berbahasa Inggeris, The Star, pada tahun 2015.
Selain tumpuan buat si dara perawan, perhatian Nona turut terusik dengan keindahan dekorasi pelamin bertemakan ‘Secret Garden’, hasil jemari kreatif Adidecor (Instagram @adiputra_decor). Gandingan orkid dan hydrangea menerbitkan momen romantis, oh indahnya bagai dalam taman!
Kalau tak percaya, jom tengok sendiri beberapa rakaman dekorasi yang cukup cantik ni. Menginspirasikan!
Akhir kata, tahniah jua buat kedua-dua belah ibu bapa yang bekerja keras untuk menjayakan majlis bersejarah ini. Semoga ukhuwah dan ikatan silaturahim yang terjalin kekal selamanya. Norzalina Mohd Alias
Penghargaan: Terima kasih G.i Photoshoot (Instagram @giphotoshoot_official) dan Kakifoto (Instagram @kakifoto_)