Bakal bergelar doktor, isteri Nadir Al-Nuri cekal sambung pengajian di peringkat PhD meskipun dalam kesukaran.

Ads

Luar biasa semangat isteri aktivis kemanusiaan yang juga Pengasas Cinta G4z4 Malaysia, Nadir Al-Nuri ini. Di sebalik kesukaran hidup dan ancaman keselamatan di negaranya, Reem Almenawi tetap tekun mengulang kaji pelajaran.

Percaya bahawa ilmu dunia harus seimbang dengan ilmu akhirat, wanita berusia 43 tahun dan ibu kepada 8 cahaya mata itu kini kembali ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyambung pengajian PhD yang tertangguh di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU).

Bakal Bergelar Doktor, Isteri Nadir Al-Nuri Cekal Sambung PhD
Instagram @usimofficial

 

Bakal Bergelar Doktor, Isteri Nadir Al-Nuri Cekal Sambung PhD
Instagram @usimofficial

 

Usai pengajian, pastinya Reem Almenawi bakal bergelar doktor dalam bidang diceburi. Di bawah seliaan Prof Madya Dr Yasmin Hanani yang mahir berbahasa Arab, Reem meneruskan pengajian secara online sambil menguruskan semua anak-anak mereka ketika peper4ngan tercetus.

Selama 6 bulan terkandas di R4fah, kepulangan Reem sekeluarga memberi sinar baharu buat suami tercinta…

 

Ads

CEKAL SAMBUNG PHD

Menyayat hati, hebatnya semangat seorang wanita Pale5tin yang pernah menjadi ibu tunggal kepada lima anak ketika suaminya syahid di medan pertempuran.

Selepas kira-kira enam bulan pergolakan konflik di Semenanjung G4z4, aktivis kemanusiaan Nadir Al-Nuri Kamaruzaman akhirnya berjaya membawa pulang ahli keluarganya yang berada di Khan Younis ke Malaysia dengan bantuan Perdana Menteri.

Ads
Bakal Bergelar Doktor, Isteri Nadir Al-Nuri Cekal Sambung PhD
Facebook Anwar Ibrahim

 

Bakal Bergelar Doktor, Isteri Nadir Al-Nuri Cekal Sambung PhD
Facebook Anwar Ibrahim

 

Bakal bergelar doktor, isteri Nadir Al-Nuri yang cekal sambung PhD dilihat sama-sama memiliki kecintaan yang sama terhadap ilmu seperti suami tercinta. Dalam kemas kini terbaharu, Nadir Al-Nuri juga merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Masters dalam tahun ini.

Berkahwin semula dengan lelaki hebat dan pejuang agama, jodoh Reem Almenawi dengan Nadir Al-Nuri sesungguhnya saling melengkapi.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/pahlawan-ganu-dato-azizulhasni-to-puan-athiah-ilyana-terima-pingat-darjah-kebesaran-terengganu/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI