Bertuah Zamani dapat bersua muka dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin baru-baru ini. Lengkap berpakaian kemeja hitam lengan panjang, seluar kelabu dan bersongkok, pertemuan Zamani bersama Tengku Permaisuri Selangor turut ditemani rakannya iaitu Aalan Ahmad.
Ads
Dalam pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan itu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim turut menyampaikan cenderahati konsert terbaharunya kepada Baginda.
Berkongsi momen istimewa tersebut di media sosial, vokalis kumpulan Slam berkenaan melahirkan penghargaan atas kesudian DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin meluangkan masa.
Kongsinya, “Terima kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sudi mencemar duli menerima kami mengadap dan menyampaikan cenderahati di Istana Bukit Kayangan.”
Pada 30 September ini, Zamani bakal mengadakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged di Zepp Kuala Lumpur yang turut dijayakan bersama Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof. Sementara itu, Datuk Aznil Hj Nawawi juga membuat penampilan istimewa dalam konsert tersebut.
Ads
Zamani yang kini berusia 52 tahun memberitahu media bahawa konsert ini amat bermakna buat dirinya yang berhasrat bertemu dan berkumpul dengan para peminat sebelum menjalani pembedahan yang dijangka pada November depan.
Ads
Ia susulan keadaan kesihatan Zamani yang menghidap penyakit scoliosis sejak 2015 hingga menyebabkan perubahan fizikal badannya dan semakin membengkok. Difahamkan juga tulang belakang penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini mula mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung.
Semoga Konsert Doa Buat Zamani Unplugged berjalan lancar dan urusan pembedahan Zamani kelak turut dipermudah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kita rasa peristiwa tertukar bayi macam cerita yang diada-adakan. Mana mungkin bayi yang baru lahir akan tertukar kerana sebaik sahaja dilahirkan akan dipakai gelang. Gelang yang akan memastikan siapa ibu kandungnya yang sebenar.
Namun insiden tertukar bayi ini telah menyebabkan wanita Arab Saudi menerima wang pampasan sekurang-kurangnya RM2.2 juta.
Kisah bayi anak orang kaya tertukar dan dipelihara orang keluarga kurang berada menjadi tular seperti yang dilaporkan Middle East Monitor. Akhbar tempatan Al-Watan melaporkan ketika kejadian berkenaan wanita yang kini berusia 35 tahun itu dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Mekah.
Walau bagaimanapun, seorang jururawat yang bertugas untuk memandikan bayi berkenaan telah tidak sengaja menyerahkan kepada ibu yang salah. Laporan ini menyatakan bahawa wanita tersebut semakin keragui keberadaannya dalam keluarga yang membesarkannya itu.
Dia merasakan perbezaan dari segi watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup sehingga mendorongnya untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Namun, sedih sekali wanita ini tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya kerana telah pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu. Oleh itu, mahkamah Jeddah telah memutuskan untuk memberi pampasan yang berjumlah sedemikian lantaran terpaksa hidup dengan keluarga lain tanpa sengaja.
Mujur juga dia tidak berkahwin dengan ahli keluarga sendiri. Kalau tak, macam-macam masalah lai pula yang timbul.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Adham Baba baru-baru ini telah mengisytiharkan terdapat 49 buah hotel yang telah diisytihar sebagai Stesen Kuarantin menerusi Warta Kerajaan yang dikeluarkan pada 4 April 2020 yang lalu.
BEST WESTERN PETALING JAYA
Pengisytiharan tersebut adalah untuk menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Berikut adalah senarai hotel yang terlibat:
Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
Tanjung Rhu Resort, Pulau Langkawi, Kedah
Golden Sands Resort by Shangri-La Tanjung Bungah Pulau Pinang
Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
Best Western Petaling Jaya, Selangor
COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil Selangor
Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor
Four Points by Sheraton Puchong Selangor
Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah Pulau Pinang
FOX Lite Hotel DPulze Cyberjaya
Hilton Garden Inn Puchong Selangor
Hilton Petaling Jaya, Selangor
Palace Of The Golden Horses Seri Kembangan Selangor
Hotel Sunway Qlio Petaling Jaya Selangor
Hotel Sunway Pyramid Petaling Jaya Selangor
Qliq Damansara Petaling Jaya Selangor
Dorsett Putrajaya
Ancasa Express @Pudu
Cosmo Hotel Kuala Lumpur
Four Points By Sheraton Chinatown Kuala Lumpur
Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur
Grand Millenium Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur
Holiday Inn Express Kuala Lumpur
Hotel Royal Kuala Lumpur
Ibis Kuala Lumpur City Centre
Ibis Style Kuala Lumpur
Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur
J-Hotel by Dorsett Kuala Lumpur
Living at Dsulaiman Kuala Lumpur
Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur
Hotel Primera Kuala Lumpur
Ramada Suites Kuala Lumpur
Silka Cheras Kuala Lumpur
Swiss-Inn Kuala Lumpur
The Pearl Kuala Lumpur
Hotel Crystal Crown Petaling Jaya
Hotel Crystal Crown Johor Bahru, Johor
Felda Residence Tanjung Leman, Mersing Johor
Hotel Hallmark Regency Johor Bahru, Johor
Hotel New York Johor Bahru
Swiss-inn Johor Bahru Johor
Hotel V8, Skudai, Johor
Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang
Grand Dormani Rajah Court Hotel Kuching Sarawak
Hock Lee Hotel and Residence TowerA and Tower B Kuching Sarawak
Hotel Kuching Park Kuching Sarawak
Ming Garden Hotel & Residences Kota Kinabalu Sabah
Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu Sabah
Selain hotel yang disenaraikan di atas, terdapat 409 premis milik institusi dan jabatan kerjaan telah diisytiharkan sebagai stesen kuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sebelum ini berkuatkuasa pada 21 Mac yang lalu.
Dalam masa yang sama, Pengisytiharan Stesen Kuarantin (No2) 2020 itu turut dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi warta kerajaan mengikut seksyen 2 Aktar 342.
Kerajaan hanya menanggung kos sebanyak RM150 sehari bagi individu yang memilih untuk menjalani kuarantin wajib di hotel yang telah diwartakan sebagai pusat kuarantin. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi individu yang ingin menginap di hotel yang melebihi peruntukan yang ditetapkan, perbelanjaan perlu ditanggung sendiri oleh mereka.
Beliau memberi penjelasan itu berikutan terdapat tohmahan bahawa wujud layanan tidak sama rata selepas tular senarai hotel bertaraf lima bintang yang turut diwartakan sebagai pusat kuarantin.
“Peringkat awalnya, kita wujudkan hotel seperti ini kerana mendapat permohonan daripada pihak kedutaan luar di mana diplomat asing mahu tinggal di hotel yang akan dibayar oleh kedutaan masing-masing.
“Sebab itu ada hotel yang bertaraf tiga bintang dalam senarai yang diwartakan ini. Bagaimanapun saya ingin tegaskan bahawa mana-mana individu termasuk rakyat Malaysia yang memilih untuk kuarantin di hotel, kos yang ditanggung terhad kepada RM150 sehari sama seperti di pusat-pusat kuarantin lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, walaupun individu yang memasuki negara ini boleh memilih untuk tinggal di hotel, namun kerajaan menetapkan hanya hotel yang telah diwartakan.
“Mereka tidak boleh memilih untuk tinggal di hotel selain yang diwartakan itu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti di pusat kuarantin lain.
“Mereka akan tetap dipantau oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan sepanjang tempoh itu tidak dibenarkan keluar dari bilik dan ahli keluarga juga tidak boleh bertemu mereka,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semenjak kemunculannya sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu (2005), nama Nur Fazura Sharifuddin terus mencetuskan fenomena. Terkini, Fazura kembali diperkatakan apabila berita pertunangannya dengan aktor Fattah Amin tersebar luas.
Meskipun memilih untuk terus berteka-teki tentang status mereka, namun Nona lebih tertarik dengan perkembangan kerjayanya yang baru dilantik sebagai duta produk Sahajidah Hai-O Marketing.
Pemilihan Fazura sebagai duta produk, dilihat menepati kehendak pasaran yang mementingkan kesempurnaan. Selain berbakat besar, dia juga memiliki kecantikan, kepintaran, cita rasa fesyen dan gaya hidup sebaris selebriti kelas A di Malaysia.
Majlis dihadiri oleh Pengasas Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee, Pengerusi Kanan Sahajidah Hai-O Marketing, Tan Sri Osman S Cassim serta ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Hai-O, Tan Keng Kang dan Hew Von Kim.
Fazura juga turut bersama melancarkan produk minuman teh tarik yang mengandungi garam buluh asli Korea iaitu Min Cha sempena majlis tersebut serta mengumumkan bakal memberi nafas baru kepada siri pakaian dalam Premium Beautiful.
Tidak ketinggalan, Fazura sendiri membuat persembahan secara langsung dan melancarkan album sulungnya berjudul Fazura! di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Beliau turut merakamkan semula lagu korporat Sahajidah Hai-O Marketing iaitu ‘My Choice for Life’. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...