Bakal Buat Konsert & Pembedahan, ZAMANI Terharu Tengku Permaisuri Selangor Sudi Terima Cenderahati!

Bertuah Zamani dapat bersua muka dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin baru-baru ini. Lengkap berpakaian kemeja hitam lengan panjang, seluar kelabu dan bersongkok, pertemuan Zamani bersama Tengku Permaisuri Selangor turut ditemani rakannya iaitu Aalan Ahmad.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan itu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim turut menyampaikan cenderahati konsert terbaharunya kepada Baginda.

Berkongsi momen istimewa tersebut di media sosial, vokalis kumpulan Slam berkenaan melahirkan penghargaan atas kesudian DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin meluangkan masa.

Kongsinya, “Terima kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sudi mencemar duli menerima kami mengadap dan menyampaikan cenderahati di Istana Bukit Kayangan.”

Credit Instagram @zamanislam_official
Credit Instagram @zamanislam_official
Credit Instagram @zamanislam_official
Credit Instagram @zamanislam_official

Pada 30 September ini, Zamani bakal mengadakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged di Zepp Kuala Lumpur yang turut dijayakan bersama Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof. Sementara itu, Datuk Aznil Hj Nawawi juga membuat penampilan istimewa dalam konsert tersebut.

Zamani yang kini berusia 52 tahun memberitahu media bahawa konsert ini amat bermakna buat dirinya yang berhasrat bertemu dan berkumpul dengan para peminat sebelum menjalani pembedahan yang dijangka pada November depan.

Credit Instagram @zamanislam_official
Credit Instagram @zamanislam_official
Credit Instagram @zamanislam_official
Credit Instagram @zamanislam_official
Credit Instagram @zamanislam_official

Ia susulan keadaan kesihatan Zamani yang menghidap penyakit scoliosis sejak 2015 hingga menyebabkan perubahan fizikal badannya dan semakin membengkok. Difahamkan juga tulang belakang penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini mula mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung.

Semoga Konsert Doa Buat Zamani Unplugged berjalan lancar dan urusan pembedahan Zamani kelak turut dipermudah.

Share
Published by
Suzi