Bakal Cecah 64 Tahun, Rupa Baru Madonna Buat Ramai Gadis Muda Resah!

Penampilan baru Ratu Pop Madonna lewat beberapa bulan ini mengejutkan peminat. Bayangkan pada usia emas, beliau masih kelihatan remaja malah digelar jelmaan Kim Kardashian kerana kecantikannya.

Jika wanita lain seusia Madonna sudah ‘berdamai’ dengan kedutan, berbeza pula halnya dengan superstar yang bakal mencecah usia 64 tahun itu.

Lali dengan pelbagai kontroversi, beliau terus mencuri perhatian dengan melancarkan debut ‘Frozen’, lagu klasik Madonna pada tahun 1998 yang diolah semula bersama Sickick dan Fireboy DML.

Rupa terkini Madonna

 

Rupa Madonna pada tahun 2016

 

KALIS KECAMAN

Meraikan ulang tahun ke-40 beliau dalam kerjaya muzik, Madonna dikhabarkan kembali membuat ‘comeback’ ke dalam industri. Kini beliau sibuk dengan penggambaran biopic serta merakamkan lagu dengan Katy Perry.

Pastinya kemunculan semula ini menjadi asbab ‘perubahan’ wajah baru Madonna, atau Madge.

Bagi peminat empunya nama Madonna Louise Ciccone dan ibu kepada 6 anak itu, ia bukanlah sesuatu yang asing kerana rupanya memang selalu berubah mengikut peredaran masa!

 

 

 

 

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang lepas, Madonna berkongsi semula petikan ucapan beliau sewaktu menerima anugerah Billboard Woman of the Year 2016.

Memang hebat ucapan ni, tersirat banyak mesej agar wanita menghargai nilai diri dan juga nilai antara satu sama lain.

“People say that I’m so controversial but I think the most controversial thing I have ever done is to stick around.

If you’re a girl, you have to play the game. What is that game?

You’re allowed to be pretty and cute and sexy but don’t act too smart, don’t have an opinion.

Women have been oppressed for so long and many believe they have to stand behind a man to get the job done…” Madonna

 

Tonton video penuh ucapan Madonna yang cukup membakar semangat ini…

 

Tambah Madonna, beliau mahu meraikan semua wanita termasuk mereka yang berjuang tanpa rasa penat, tanpa rasa takut, golongan ibu, mereka yang menangis sendirian serta melalui pelbagai ujian hidup.

“Celebrated other women’s success and embraced there female superpowers!” Madonna

Beliau turut memuji keberanian wanita di Ukraine yang kini berdepan masalah pergolakan yang runcing dengan Rusia.

 

POSITIF

Meskipun berdepan pelbagai cemuhan haters di media sosial, Madonna mengambil langkah tidak peduli dengan kata-kata orang yang kurang senang dengan rupa parasnya sekarang.

Biarpun sering dikatakan membuat fillers, pembedahan plastik dan menggunakan teknik suntingan Photoshop yang keterlaluan, beliau jarang membalas balik sebaliknya membuktikan diri dengan pelbagai kejayaan luar biasa.

Semangat Madonna seharusnya menjadi contoh kepada wanita moden. Berani dan menjadi diri sendiri!

 

 

 

 

Share
Published by
Norzalina