Sebelum munculnya Kim Kardashian, Kelly Jenner dan sebagainya… selebriti berkulit tanned Jennifer Lopez antara yang sering mencuri perhatian di Hollywood dan serata dunia. Berbekalkan wajah unik dan susuk tubuh menggiurkan, tidak hairanlah penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu ‘Love Don’t Cost A Thing’ ini dikenali ramai.
Meskipun sudah hampir 2 dekad Jennifer Lopez atau JLo bertapak dalam industri muzik dan pentas lakonan namun auranya masih berbisa hingga ke saat ini. Menginjak usia 49 tahun, kecantikan yang dimiliki JLo seakan tidak pudar bahkan tetap kelihatan menawan tatkala beraksi depan lensa kamera mahupun ketika berada di khalayak ramai.
Memetik sumber Style Craze, kenyataan jujur JLo tentang rahsia dia kekal awet muda nyata mengundang seribu persoalan. Tak sangka, semudah itu saja yang diamalkan selebriti ternama ini. “Kecantikan itu bermula dari dalam. Walaupun kedengaran cliche, tapi saya mempercayainya,” jelas JLo kepada WebMD Magazine.
Mengulas lanjut mengenai rejim kecantikannya, “Berikan masa kepada diri anda sendiri. BIla anda nampak cantik, secara automatik anda juga rasa hebat. Bila rasa hebat pula, ia akan menjadikan anda individu atau ibu bapa yang lebih baik. Yang pastinya tidak memerlukan khidmat dari spa untuk kelihatan cantik. Saya hanya perlu tenang dan kosongkan minda. Ada ketika, tak perlu buat apa-apa, just breathe.
Biarkan perangai anda menjadi stylist. Dari sudut stail, saya sarankan agar semua wanita berasa selesa dan seronok dengan apa yang dipakai. Life is meant to be fun!
Bergaul dengan orang yang mampu membuatkan anda ketawa. Bila saya bersama kawan-kawan, adik-beradik dan saudara-mara, kami suka lakukan perkara yang mengarut dan di luar jangkaan. Jantung anda akan terasa lebih ‘sihat’ bila ketawa. Semua kerisauan akan terpadam begitu saja dan membuatkan wajah lebih berseri. Segala tekanan yang dialami akan membuatkan wajah anda kelihatan berusia. Lagi banyak anda ketawa, lagi muda penampilan anda.”
Last but not least, JLo juga menasihatkan wanita agar sentiasa peka dengan kualiti tidur. Pastikan anda menikmati tidur yang cukup iaitu lapan jam untuk kekal bertenaga, sihat, awet muda dan berseri-seri.
Sumber: Style Craze
This website uses cookies.