Bakal Ikut Jejak Datuk K Kahwini Artis, Anaknya ADIB KHALID Pun Turut Hebat Dalam Kerjaya! Genetik Agaknya?

Menghitung momen-momen terakhir Izara Aishah dan Adib Khalid sebelum mereka diijabkabulkan, niat Nona untuk mempertemukan pasangan berdarah manis ini sebagai cover depan isu November 2017 disambut baik.

Tinggal 17 hari saja lagi sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung. Tempoh getir yang penuh dugaan. Kata orang, macam-macam boleh berlaku waktu ini meskipun sudah empat tahun mereka menyulam kasih.

Jika Izara kelihatan berhati-hati, tapi Adib pula sebaliknya. Dia tenang seperti biasa, suka tersenyum dan lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. Kali terakhir wajah Adib menghiasi cover majalah Nona ialah pada September 2006, iaitu bersama ibu dan adik-beradiknya.

Mukadimah bicara pun bermula dengan soalan, mengapa Izara? Adib atau nama penuhnya Muhammad Adib Bin Khalid Mohamad Jiwa, tanpa berselindung menjawab,Jodoh… For me, she is the definition of a perfect women, we have a lot in common and we are both each other’s best friend. That’s why I am marrying her!”

Dah sedia berkongsi kehidupan peribadi dengan peminat Izara? “Saya dah biasakan diri dengan media sejak ayah mengahwini Datuk Seri Siti Nurhaliza lagi. Apa saja yang viral, saya lebih senang berdiam diri,” jawab Adib.

Tapi bagaimana pula dengan Izara, klik video interview di bawah.

Dilahirkan pada 7 Oktober 1988, kini Adib merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Tune Studios/Tune Records iaitu salah satu studio rakaman terbesar di Malaysia sejak tiga tahun lalu. Mungkin kerana tanggungjawab tersebut, banyak mematangkan fikirannya tentang hala tuju kehidupan.

Apakah sisi lain Adib Khalid yang jarang diketahui masyarakat? Ini ceritanya kepada Nona.

Perkembangan kerjaya sekarang, apa projek terbaru?

Tune Studios kini beralih arah selepas kami banyak memfokuskan pada dunia digital yang sedang berkembang pesat. Tahun lepas, we acquired a company called gigfairy.com, iaitu satu platform tempahan untuk pemuzik serta penghibur. Jadi kami sangat sibuk mengembangkan sayap syarikat ini, termasuk menetapkan new direction terhadapnya.

Cara mengatur jadual anda?

Percaya tak, saya banyak bergantung hidup pada pelbagai Apps dalam iPhone! My schedule is usually filled up at least one week in advance, jadi saya suka membuat rancangan awal untuk masa depan.

Ciri-ciri bapa anda, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang paling dikagumi?

Ayah seorang yang sangat berdisiplin dalam kerjaya. Dia juga tak tahu perkataan letih bekerja. Orangnya penyayang walaupun tegas.

Sebenarnya saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Walaupun secara teknikal, saya boleh minta apa saja yang dimahukan tapi itu tidak bererti ia datang dengan mudah.

Tapi ayah banyak menekankan soal ilmu bagi mencapai apa yang diidamkan. Saya dihantar ke private school di Taman Melawati dan kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Perniagaan di RMIT University, Australia.

Walaupun saya lebih erat dan membesar dengan kasih sayang ibu (YM Tengku Datin Sri Zawyah), namun ayah tetap menjadi mentor terbaik dalam hidup saya.

Saya banyak belajar daripada dia. Ayah adalah idola saya. He is the one who polished me to what I am now today. Dia juga bagi saya adalah a well balanced man yang pentingkan agama dan keluarganya.

Hubungan dengan ibu tiri anda?

Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan seorang yang sangat penyayang, merendah diri dan sangat baik. Dia merupakan figura yang cukup hebat dan berjaya.

Kehidupan kami juga seronok. Kami cukup selesa disampingnya dan dia juga mudah membiasakan diri dengan keluarga kami. She’s a nice person to talk to and she is not faking it. (Maskulin Februari 2015)

Tokoh perniagaan lain yang ingin dicontohi?

Selain ayah saya? Tentu sekali Datuk Kamarudin Meranun, Tan Sri Tony Fernandes, Steve Jobs, Howard Hughes dan Elon Musk.

Pernah terfikir untuk berlakon atau menyanyi?

Tidak. Saya lebih minat dan sesuai membuat kerja-kerja di belakang tabir.

Ketika timbul kontroversi tentang Izara, apa reaksi dan nasihat yang anda berikan?

Saya beritahu dia supaya belajar daripada kesilapan itu, and that I will always have her back no matter what.

Apa rancangan untuk kerjaya Izara lepas melangsungkan majlis nanti?

Saya nampak dia sangat meminati bidang lakonan. Jadi saya tak mahu menyekat minat tersebut. Mungkin balik kerja awal sikitla, set some time curfew that is fair for the both of us.

Nak tahu lebih banyak tentang perjalanan cinta dan persiapan majlis bersejarah Izara Aishah dan Adib Khalid? Segala-galanya kami kongsikan secara eksklusif dalam majalah Nona edisi November 2017, kini di pasaran! Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina