Nama Dato Alha Alfa bukan suatu yang asing dalam dunia solekan. Namanya mekar seiring dengan mekap artis selebriti yang lain.
Sentuhan magis jemari juru solek jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Dato Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil kala berkarya mampu menaikkan seri wajah mempelai dan sentiasa menjadi pilihan selebriti terkenal seperti pelakon adik-beradik Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
Ads
Pernah suatu ketika menjadi tular kerana bersolek menyerupai pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan. Kuasa solekan yang diadunnya atas wajah mencetus impak luar biasa dan menjadi momen terindah untuk dikenang.
Nampaknya Dato Alha tak lama lagi bakal mengakhiri zaman bujang apabila bakal berkahwin dengan tunang tersayang. Dato’ Alha sebelum ini telah melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya, Noor Azlin Ismail, 22 tahun pada 29 Disember 2018.
Dalam laman media sosial Dato’ Alha telah berkongsi dengan buat kejutan terhadap tunang tersayang apabila memilih busana Dato’ Rizalman untuk digayakan pada hari bahagia mereka nanti. Tulis Dato’ Alha, “Teringat mula-mula kenal beliau dulu. Time tu duit memang cukup pakai je. Simpan duit simpan duit nak buat produk.
Ya lah buat makeup gaji berapa sangat. Nak buat produk harga ratus ribu. Boleh dapat sebiji rumah. Masa tu pulak berkenalan dengan beliau melalui kelas makeup. Bila ada kelas makeup, ada la duit lebih sikit nak simpan. Kira masa kenal tu, memang hidup tunggang-langgang.
Selagi boleh ada kerja, boleh simpan, beliau banyak bagi support. Faham kesibukan dan selalu bagi semangat jangan down. Walaupun muda tapi cara pikir cara cakap dan cara bertindak sangat matang. Alhamdulillah Allah SWT temukan dengan beliau yang memahami situasi orang business dan kerja sendiri ni.
Detik paling merisaukan bila call mak beliau. Nak mintak izin untuk lebih serius dan nak masuk meminang. Call nak tanya berapa wang hantaran? Mashaallah, mak beliau cakap “Alha nak amik anak dia pun makcik bersyukur sangat dah. Nak bagi berapa pun tak apa. Suruh bincang dengan beliau,” Bila tanya beliau pulak, ”You terima I pun I dah bersyukur, tak yah bagi pun tak apa,”.
Ads
Allahu, syukurnya. Masih ada rupanya insan yang ikhlas. Katanya nak mintak senaskah AlQuran pun cukup. Masa tu saja tanya dia, nanti kahwin nak pakai baju sapa? Dengan gelak-gelak dan bergurau “Dato’ Rizalman,” katanya sambil gelak-gelak dan saya tahu dia bergurau.
Ya lah siapa tak nak kan? Masa tu macam tertelan biji nangka tapi dah tekad simpan duit. Kalau panjang jodoh, ada rezeki lebih, saya akan sedaya upaya usahakan.
Ads
So semalam senyap-senyap saya bawa dia ke sini jumpa Dato’ Rizalman. Syukur, semuanya berjalan lancar. Bagi saya kalau wanita ikhlas, tak payah hantaran pun lelaki akan usahakan yang termampu.
Kalau hantaran tinggi-tinggi pun ok jugak kalau dua pihak mampu dari keturunan kaya-kaya. Ramai ja kawan-kawan saya yang nak kahwin, stuck sebab hantaran tiggi. Depa struggle nak menyimpan untuk nak kahwin dan lepas kahwin akan datang masalah sebab duit simpanan habis.
Patutnya lepas kahwin kita gembira dan kalau hantaran lepas untuk kenduri, makan minum pun dah ok. Kalau ukuran hantaran diukur melalui degree ke, master ke, tak semua mampu. Sudahnya ramai lelaki takut nak kahwin dengan perempuan bijak sebab takut hantaran tinggi. Sedangkan lepas kahwin nanti lagi banyak duit akan digunakan untuk kehidupan bersama, kan?” tulis Dato’ Alha panjang lebar.
Foto: Instagram @alhaalfa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun masih ramai memilih untuk menjadikan telefon bimbit untuk melihat masa namun penggunaan jam tangan masih relevan tambah-tambah lagi untuk menambah penampilan nampak professional.
Senarai ini adalah sebab terbaik mengapa anda perlu mula memakai jam tangan.
Hormat masa
Pemakaian jam tangan memudahkan anda untuk menjadi seorang yang lebih berdisplin dan menghormati masa. Bukan sahaja masa anda malah masa orang lain juga.
Perincian dan perhatian
Dua kualiti yang membuatkan anda diperhatikan; kehalusan dan ketelitian pada perincian yang terukir pada jam tangan.
Hijab kelemahan
Tidak, bukan bercakap soal tudung. Jam tangan menjadi daya tumpuan paling sedikit pada figura anda. Jadi, alihkan perhatian mata orang lain pada bahagian paling anda rasa insecure. Tonjolkan jam tangan yang cantik ukirannya.
Pelengkap gaya
Jam tangan melengkapkan penampilan anda setiap hari, di mana-mana jua. Disebabkan anda memakai jam tangan setiap hari, maka kuranglah perhatian dan masa untuk anda memilih aksesori apa yang akan digayakan.
Jaga adab
Jam tangan boleh menjaga adab? Ya…kerana setiap kali anda memilih untuk melihat masa pada telefon bimbit, anda boleh mengganggu suasana ketika dalam perbincangan, perbualan mahupun mesyuarat. Agak biadap untuk memegang telefon bimbit ketika anda sedang dalam perbincangan.
Hukum memakai jam tangan kiri
Melalui perkongsian daripada Datuk Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama mengenai pemakaian jam tangan di laman Instagramnya, boleh menjadi panduan untuk kita semua.
Daripada A’isyah R.A, beliau berkata:
“Adalah Nabi Muhammad S.A.W suka kepada mendahulukan bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhu’ dan juga dalam urusan baginda seluruhnya.” (Riwayat Al-Bukhari:168)
Tambahnya lagi, menurut para ulama Syafi’eyyah:
Pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdal dan utama.
Pemakaian jam tangan adalah lebih sesuai diqiyaskan kepada pemakaian cincin, kerana kedua-duanya di pakai di tangan.
Pemakaian jam tangan di tangan kiri tidak termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang-orang kafir.
Diringkaskan lagi oleh Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli:
Hukum memakai jam di tangan kiri adalah harus. Memakai jam di tangan kanan dengan tujuan mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W adalah lebih afdal dan mendapat pahala, Insha Allah.”
Kredit info: Instagram Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Al Bakri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk perut ibu mengandung dapat anak rajin memasak macam Farahdhiya. Macam-macam jenis hidangan Melayu yang dimasak untuk ibu tersayang semasa pulang bertemu permata hatinya itu di Portsmouth, England. Ada kari ayam, sambal ikan bilis, masak lemak hijau dan banyak lagi. Kecur tengok air tangan penyanyi bersuara lunak ini.
Berangkat ke England pada pertengahan Disember lalu, kunjungan Farahdhiya yang disifatkan sebagai ‘balik kampung’ ini adalah kerana mahu bertemu ibu dan beberapa ahli keluarganya yang menetap di sana. Dengar khabar, ibu Farahdhiya bakal berusia 70 tahun Februari nanti. Walaupun sudah berusia namun masih aktif dan kuat.
Agak lama juga pemilik nama Farahdhiya Mohd Amin ini berada di Portsmouth. Kalau kebiasaannya di Malaysia, dia akan menyediakan makanan untuk bapa sebelum keluar bekerja atau memenuhi persembahan nyanyian… rutin sama juga dilakukan Farahdhiya ketika di Portsmouth. Iyalah, bukan selalu dapat sediakan hidangan untuk orang tersayang. Mesti mereka pun rindu dengan masakan Melayu.
Sampaikan, selebriti berusia 35 tahun ini sanggup membawa beberapa ramuan penting ke sana. “Gula CSR yang terbaru Better Brown rendah glisemik pun ku bawa sekali ke Portsmouth dan tak lupa juga Gula Masak ala Gula Melaka.
Memang dah tahu akan masak masakan Melayu untuk my mum and family dekat sini so dah bawa siap-siap gula, cili kering, ikan bilis dan sebagainya dari KL. Senang jadinya.”
Mengintai Instagram Farahdhiya, wanita cantik ini memang gemar memasak. Ada saja video masakan yang dikongsikannya setiap hari. Daripada hidangan tradisi, Barat dan sebagainya … macam-macam juadah pernah disediakan. Pendek kata, boleh jadi sumber rujukan masakan untuk kaum wanita.
Menyedari bakat memasak yang ada dalam diri Farahdhiya, ramai yang mengharapkan agar pelantun lagu Bertakhta di Hati ini membuka restoran kelak.
Berpeluang menyambut Tahun Baru 2019 di England, Naib Juara Gegar Vaganza Musim Kedua ini turut berkongsi azam tahun barunya bersama para peminat, “Selamat Tahun Baru! Apa yang saya harapkan pada tahun 2019 ini adalah untuk menjadi insan yang lebih baik, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi atau bakal ceburi, bertemu dengan orang-orang yang baik, merancang untuk buka restoran, menjadi anak, kawan dan dapat bertemu dengan bakal suami.”
Semoga segala impian Farahdhiya menjadi kenyataan dan hasrat mencari suami dimakbulkan Allah SWT.
Kredit: Instagram Farahdhiya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, cantik sungguh pemandangan dari mahligai Bonda Rozita Ibrahim! Bukan hanya memiliki persekitaran alam semula jadi yang terbentang luas malah sangat privasi dan eksklusif kerana terasing daripada tumpuan orang. Terpegun tengok kediaman usahawan Jamu Ratu Malaya ini yang tersergam indah dan menjadi satu-satunya rumah di puncak gunung.
Berkongsi suasana rumah pada Oktober lepas, Bonda Rozita mendedahkan dia merancang membina kediaman ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 lagi.
“Jujurnya saya tak nak pun buat rumah ni, pada awalnya kerana saya perlukan budget tu untuk menyiapkan keseluruhan resort. Impian bonda berumah kecil di puncak hutan yang jauh daripada orang ramai.”
Ujar ibu kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Yatie Kamarzaman ini, jiwanya cukup dekat dengan alam semula jadi disebabkan itu terbinanya mahligai Bonda Rozita Ibrahim di kawasan berkenaan.
“Bonda Ratu Hutan di tengah rimba. Saya memang nak kembali kepada asal saya ke hutan hidup nature – bersuluk. Bertemankan unggas, rumah kebun, sungai yang cantik saya melihat dari atas puncak tinggi berjirankan resort Rumah Terapi Alam dan perkampungan Orang Asli.
Di kejauhan warung bonda, tetamu boleh melihat rumah bonda di puncak awan. Mengasing diri, bonda di rumah puncak ada 5 hall view hutan tercantik dengan scenery 360 darjah. Seakan di New Zealand dan view Kundasang. Rumah saya tak besar pun tapi view super mewah alam ciptaan Allah.
Kabus pagi dan remang senja yang superb cantik. Saya jika tinggalkan dua jam pun, saya dah rindu.
Pagar kawat askar dibina sepanjang kawasan tanah (import dari Australia). Rumah saya tak sebesar rumah Kri (Aliff Syukri) ada 20 bilik, membazir je, rumah Yati pun besar juga. Rumah saya tak sebesar rumah mereka berdua, rumah bonda kecil saja.
Saya gunakan semanfaat yang boleh – ada lounge office dan surau, dapur open konsep dengan pemandangan hutan rimba, ada loft (loteng), glass house outdoor, ada rumah singgah untuk tetamu dan staf bonda berehat.”
Patutlah Bonda Rozita Ibrahim sering menjadi sumber inspirasi dalam kalangan wanita dan ahli perniagaan kerana misi serta impiannya yang melangkau ke hadapan.
“Sebelum ending tahun 2024 bonda raikan usia dengan kejayaan JRM Holistic, Rumah Hutan dan JRM International. Bonda membangun bersama staf-staf bonda yang amat sayangkan saya sebagai ibu. Kami bagai satu keluarga demi misi yang jelas, jihad ekonomi dan Islam.
Bangunlah wahai anak-anak Muslim, Melayu generasi yang saya harapkan menggantikan tempat saya nanti.”
Ketika ini, Bonda Rozita Ibrahim berangkat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah di samping anak gadisnya iaitu Nur Ain Sufiah dan pekerja kesayangan.
Namanya pernah berada di kemuncak industri seni suara tanah air, apabila single berjudul 'Cinta Muka Buku' meledak hingga menjadi siulan ramai satu ketika dahulu....