Keputusan penyanyi rap dan komposer, Kanye West, bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat pada November 2020 ini mengejutkan dunia.
Kalau menjadi kenyataan, bermakna selebriti Kim Kardashian juga bakal menjadi First Lady Amerika Syarikat, tidak lama lagi.
Ciapan Kanye West pada Ahad, 5 Julai 2020 itu walau bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi.
Kim Kardashian, 40 tahun, dan Kanye West, 43 tahun, telah berumah tangga selama enam tahun. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu:
Meskipun tersenarai sebagai pasangan hiburan terkaya di dunia, namun Kim Kardashian juga tidak terlepas daripada mengalami masalah kesihatan wanita seperti orang lain.
Anak pertamanya, North, dilahirkan ketika kehamilan baru berusia 34 minggu kerana komplikasi pre-eclampsia yang dialami oleh Kim. Beliau juga mengalami masalah placenta accreta selepas melahirkan, hingga memaksa satu pembedahan dibuat bagi membuangnya.
Selepas kelahiran anak kedua mereka, Saint, Kim dinasihatkan untuk hamil secara surrogacy (rahim tumpang). Justeru, Chicago dan Psalm kedua-duanya lahir dari kaedah ini demi menjaga kesihatan Kim.
Kim juga pernah mengalami masalah kulit psoriasis sewaktu berusia 30 tahun. Beliau juga pernah didiagnosis dengan sindrom carpal tunnel pada tahun 2017.
PINGGANG KERENGGA
Memiliki tubuh badan dengan lekuk-lekuk ‘berisi’ di tempat-tempat yang tepat… ah, wanita manalah yang tidak mengidamkannya? Untuk mendapatkan bentuk badan seperti Kim, pertama sekali semak stok bahan makanan di dapur milik keluarga kaya ini.
Pernah ditabalkan sebagai wanita ke-65 paling seksi di dunia, Kim Kardashian tekad untuk menjaga diet serta rutin senamannya bagi mengekalkan figura tubuh yang sempurna. Dalam buku Kim Kardashian bertajuk ‘Selfish’
, beliau membongkar rahsia yang diamalkan iaitu menukar menu diet setiap 10 hari.“Kanye sukakan makanan sihat dan kami sering mencuba pelbagai diet. Setiap hari, ada seorang cef yang akan datang ke rumah, memasak dan merancang menu makanan secara harian untuk kami berdua.
Kami juga bertemu dengan pakar nutrisi yang akan menukar pelan diet kami setiap 10 hari,” kata ibu anak empat itu selepas berikrar mahu menurunkan berat badan berlebihan.
Cita-cita Kim untuk kembali ke saiz 4 selepas bersalin tertunai apabila wanita ini menolak sebarang hadiah berbentuk manisan, kek dan coklat.
Sewaktu permulaan, Kim hanya mengambil 1200 kalori sehari dan membahagikan dietnya kepada lima menu kecil yang merangkumi sayuran seperti seleri, daun collard, bayam dan cilantro.
Hampir keseluruhan daripada diet awal Kim menekankan pengambilan sayuran kukus, ayam rendah lemak, salad dan sebagainya. Malah memandangkan penyusuan bayi dapat membakar 500 kalori sehari, Kim berjaya menurunkan 25 paun dalam hanya tiga minggu sambil menjaga pemakanan yang seimbang.
Kini Kim mampu tersenyum puas apabila tubuh badannya nampak lebih ramping daripada dulu. Selain bersenam setiap pagi termasuk berlari di sekitar kediamannya di Los Angeles, beliau turut berkongsi contoh menu sihatnya untuk mengekalkan bentuk badan yang dimiliki.
SARAPAN
MAKAN TENGAH HARI (1.00pm)
MAKAN MALAM
SESEKALI
This website uses cookies.