Hari bersejarah dalam hidup aku semakin hampir. Aku bakal melangkah menjadi seorang lelaki yang lebih matang, bertanggungjawab dan tentu sekali tiba masanya to approve that I’m a real man! Aku tahu bukan senang untuk melewati hidup baru ini, namun InsyaAllah perkara yang baik itu tentu sahaja akan mendapat bimbingan dan dorongan dari Allah S.W.T. Aku sudah bersedia untuk menggalas semua tanggungjawab ini dalam usia 28 tahun. Dari terus mengusung anak dara orang ke sana ke mari, lebih baik aku membina masjid kukuh bersamanya.
Arisa bakal isteri yang menjadi pilihan hati, setelah setahun bercinta kami memutuskan untuk berkahwin. Dia anak bongsu dari tiga adik-beradik dan aku anak tunggal dari sebuah keluarga kecil. Arisa anak manja ibu dan ayahnya, so apa kurangnya aku juga! Kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju dengan ikatan ini tetapi sejak dua tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan keadaan menjadi huru-hara, pelbagai perkara timbul yang mencabar keegoan aku sebagai seorang lelaki…
“Mama nak majlis ni jadi wedding of the year, biar semua adik-beradik kita buka mata!” “Hantaran tas tangan dan kasut, at list
Channel dan Ferragamo.”“Sayang… boleh tak kita buat wedding kat Hotel five star!”
“Sayang… hari ni kita pergi shopping barang hantaran kat Pavillion ye! Latest hand bag and shoes dah sampai.”
“Sayang… Mama I bukan nak jual anak tapi, boleh tak you discuss dengan family you tambah sikit lagi duit hantaran.”
“Sayang… Malam berinai kita bersanding berdua ye! Boleh ambil-ambil gambar. I tak nak berinai sorang-sorang. You jangan risau mama dah pasang air-cond dekat ruang tamu rumah so you tak la berpeluh nanti tukar enam baju.”
“Sayang… Lepas kahwin kita duduk kat umah Mama boleh! Kesian Mama dan Papa nanti sunyi. Please… kita boleh cut budget tinggal dengan family.”
Aduh… pening kepala aku dibuatnya! Sebelum ini tidak pula menunjukkan perangai sebegitu sekali. Semakin hampir dengan saat yang di nanti, semakin menjadi sifat ibu mertua dan anaknya. Pening juga kepala bapa mertua, bila aku meminta nasihatnya… Dia sendiri pun tidak boleh campur tangan when it come to women’s talk! Yang menjadi mangsanya Aku…
Wanita ni perangainya macam lalang kut! Kejap berubah-ubah… Aku tahu perkahwinan ini sekali seumur hidup dan menjadi bakal menjadi sejarah dalam hidup kami berdua. Tetapi gelabah wanita menjadi-jadi! Kaum lelaki, macam aku biasanya cool
je. Tapi bila demand semakin tinggi, setiap sepuluh minit telefon tanya itu ini, setiap minggu harus pergi berjumpa wedding planner… Suruh aku naik pelamin dua tiga kali tukar baju… cukup je lah bersanding sekali dan terus makan beradab. Fahamilah bahawa aku ni lelaki yang agak pemalu dan bukannya peragawan untuk diulang tayang… Oh! Aku tak tahan lagi dengan semua ini.Kesianlah lelaki ini, aku masih banyak tanggungjawab lain perlu difikirkan tentang masalah kerja, kewangan, perancangan lepas kahwin dan sebagainya. Bukan aku tidak bersedia untuk semua ini bila aku sendiri yang putuskan untuk berkahwin tetapi aku rasa biarlah perkahwinan itu sederhana tetapi menjadi kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan. Aku tidak sanggup menjadi seperti sahabat aku yang lain berhutang sana-sini untuk berkahwin demi memenuhi impian perkahwinan orang lain untuk majlis sendiri.
Yang paling aku bengang! Lepas kahwin tinggal bersama keluarga mertua. Dari awal aku sudah berbincang dengan Arisa tentang perkara ini… Walaupun aku anak tunggal tetapi aku ingin kehidupan sendiri selepas berkahwin. Ingin rasanya duduk sendiri, berdua bersama isteri tercinta. Hari minggu bergilir-gilir pulang ke rumah orang tua dia dan ibu bapa ku… tetapi lain pula jadinya. Ikutkan ibu bapa ku juga… dia orang lagi nak aku dan isteri tinggal bersama mereka.
Tolonglah wahai kaum wanita… kasihanilah lelaki yang tidak mungkin mampu berlari dengan pemikiran dan nafsu anda bila tiba soal perancangan perkahwinan. Boleh jadi pitam dibuatnya! Aku rela berfikir dan menyelesaikan projek-projek seni bina di pejabat dari menyusutkan fikiran tentang perkara-perkara begini. Aku tidak anggap merancang majlis perkahwinan ianya remeh tetapi aku percaya jika dilaksanakan dengan sederhana, satu persatu, bertolak ansur dan mengikut perancangan yang ditetapkan semua kekalutan ini pasti tidak timbul.
Aku perlukan suasana lebih tenang dari diburu rasa tekanan. Inilah lelaki… kadang-kadang bila sudah sampai tahap kesabaran dan kebosanan, aku rela keluar dari situasi ini, berdiam diri dan mencari penyelesaian sebenar. Lantas aku mengambil keputusan membawa diri bukan bermaksud lari dari masalah tetapi memberi masa untuk semua pihak bertenang dan berfikir seketika.
Aku off handphone membawa diri di satu tempat yang tiada siapa ketahui. Merajuk aku mungkin akan mengecewakan banyak pihak tetapi biarlah menjadi pengajaran buat mereka untuk berfikir kembali. Maruah anak teruna masih boleh dibendung tetapi malu anak dara bukan sahaja menggigit jari boleh kecoh sekampung. InsyaAllah, bukan tujuan aku untuk memalukan sesiapa… Cuma berilah aku masa untuk berfikir kembali. Perkara yang elok tidak sama sekali aku akan kecewakan…
This website uses cookies.