Gaya Hidup

“Bakal Pengantin Paling Manis & Cantik”. PERMAISURI RANIA Puji Bakal Menantu, Pelengkap Doa Seorang Ibu.

Pasti ramai tidak sabar menantikan detik penyatuan  Putera Mahkota Hussein dengan pasangannya, Rajwa Alseif yang bakal berlangsung pada tanggal 1 Jun nanti. Sebelum berlangsungnya majlis gilang-gemilang itu, baru-baru ini permaisuri kesayangan rakyat Jordan itu telah mengadakan majlis khas untuk bakal menantunya yang diadakan secara tertutup.

Foto: Instagram @queenrania

Dalam majlis tersebut, Permaisuri Rania menzahirkan rasa gembira dan menyifatkan bakal menantunya itu sebagai bakal pengantin yang paling manis dan paling cantik. Malah, melalui perkongsian di laman Instagram juga Permaisuri Rania menyayangi bakal menantunya itu yang diibaratkan seperti anaknya sendiri, sama seperti dua orang puterinya, Puteri Iman dan Puteri Salma.

Foto: IG @queenrania

Sebagai seorang ibu,  Permaisuri Rania turut berkongsi rasa mengenai perasaannya yang bakal melepaskan anak lelaki melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya tidak lama lagi.

“Saya tidak akan lupa momen apabila Al Hussein menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengn Rajwa. Saya dan baginda Raja Abdullah amat gembira dengan perkhabaran tersebut. Ia merupakan jawapan yang sempurna untuk doa seorang ibu,” ujar permaisuri yang disayangi oleh rakyat Jordan ini.

Untuk rekod, dua bulan lalu keluarga diraja Jordan telah menerima kehadiran menantu lelaki apabila Puteri Iman berkahwin dengan pasangannya, seorang akauntan berketurunan Yunani. Majlis perkahwinan pasangan terbabit diadakan di istana di barat ibu kota Amman.

Upacara pernikahan itu turut dilangsungkan di hadapan raja, permaisuri dan ahli keluarga diraja serta keluarga pengantin lelaki. Dilahirkan pada 1996, Puteri Iman ialah puteri sulung kepada Raja Abdullah dan Permaisuri Rania.

Putera Mahkota Hussein merupakan anak sulung Raja Abdullah dan Permaisuri Rania dan pewaris takhta Jordan. Majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada  1 Jun 2023. Upacara pertunangan pasangan ini berlangsung di rumah ayah Rajwa Khaled di Riyadh, Arab Saudi pada bulan Ogos 2022.

Hussein yang lahir pada 28 Jun 1994 merupakan putera sulung Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania. Putera Mahkota Jordan itu mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem. Hussein juga menyandang pangkat tertinggi dalam Angkatan Senjata Jordan dan pernah menyertai latihan ketenteraan di Unit Latihan Khas Raja Abdullah II.

Upacara perkahwinan akan berlangsung di Istana Zahran di Amman, manakala majlis resepsi akan diadakan di Istana Al Husseiniya.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu