CHARMS COSMETICS bukanlah jenama asing dalam dunia kosmetik tempatan. Ia pernah menerima penganugerahan NONA Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award pada NONA Superwoman 2020 yang lalu. Berkat kepercayaan terhadap jenama lokal ini, CHARMS COSMETICS sekali lagi meraih penganugerahan NONA Superwoman 2022 melalui Anugerah NONA BEST EFFECTIVE & SCIENTIFICALLY RESEARCHED SKINCARE AWARD.
Menurut Nur Bashirah Hussein atau lebih mesra di sapa Syira, penganugerahan yang diberikan oleh satu-satunya majalah yang lebih 40 tahun bertapak di industri percetakan tanahair, ia bertepatan dengan misi dan visi CHARMS COSMETICS sebagai produk ‘skincare’ pilihan utama rakyat Malaysia.
“Penganugerahan ini juga menyokong dan mendokong visi serta usaha kami di mana setiap produk CHARMS COSMETICS yang dihasilkan hendaklah selamat dan berkesan melalui pembuktian ujian yang dijalankan secara saintifik.
Setiap produk CHARMS COSMETICS melalui beberapa siri ujian secara klinikal dan saintifik untuk menentusahkan formula, bahan yang digunakan halalan toyiban, selamat dan berkesan,” ujar Syira memulakan bicara.
Tambah Syira lagi, selepas dinobatkan sebagai penerima anugerah NONA Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award pada NONA Superwoman 2020 semakin ramai meyakini dan mempercayai jenama CHARMS COSMETICS. Tidak kurang juga ramai yang ingin menjana pendapatan dengan meluaskan manfaat produk CHARMS COSMETICS itu sendiri. Ia turut melantik Datin Seri Heliza Helmi sebagai “Face of CHARMS” dan wajah baharu bagi papan iklan terkini CHARMS.
“CHARMS COSMETICS memperkenalkan program khas ‘Guna, Jimat dan Jana’ di mana ia telah membuka peluang kepada golongan eksekutif dan suri rumah untuk sama-sama meningkat ekonomi rumahtangga.
Melalui program ini CHARMS telah melahirkan ribuan usahawan CHARMS yang cakna pada zakat. Bukan memperlihatkan keuntungan atau penjimatan malah menekankan aspek tanggungjawab menunaikan zakat melalui perniagaan.
Secara peribadi kejayaan terbesar buat CHARMS adalah menghasilkan produk skincare berimpak tinggi dan berkualiti serta melahirkan pembayar zakat yang cemerlang. Paling saya syukur dahulu reseller saya seorang penerima bantuan zakat, kini adalah menjadi penyumbang zakat,” ujar Syira yang nyata berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh syarikatnya itu.
Melihat kejayaan demi kejayaan dirai oleh syarikat bumiputra ini, antara inspirasi yang mendorong Syira berusaha gigih mengukuhkan jenamanya termasuklah memegang kata-kata motivasi tidak pernah mudah putus asa sebagai penguat semangatnya.
“Saya meletakkan ibrah kehidupan kekasih ALLAH Rasulullah SAW sebagai rujukan dan sumber kekuatan. Saya tidak pernah sesekali menyerah kalah walaupun apa jua cabaran yang mendatang,” ujar Syira yang menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai pendorong utama dalam dirinya.
Selain itu, Syira amat menitikberatkan soal masa dalam setiap urusan yang dijalankan kerana pada pandangan wanita ini, masa itu adalah emas.
“Masa adalah komoditi yang sangat berharga yang tidak boleh ditebus dengan wang ringgit. Secara peribadi, saya mempunyai jadual harian sebagai panduan untuk mengimbangi antara tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan diri sendiri.
Jadual harian menuntut komitmen dan disiplin yang tinggi kerana kita perlu jelas dan faham dengan mengikuti panduan jadual hidup kita nescaya apa jua yang kita hajati atau hala tuju untuk kita capai dengan izin ALLAH akan tercapai,” ujar Syira panjang lebar.
Melihat rutin hariannya yang sibuk dengan urusan perniagaan, Syira tetap memperuntukkan masa untuk diri dan keluarga kerana meletakkan kepentingan keluarga melebihi segalanya.
“Di masa lapang saya lebih gemar menghabiskan masa dengan membaca. Bacaan pilihan saya adalah sirah para anbiya dan tokoh-tokoh Islam terkemuka. Saya juga banyak menghabiskan masa membaca laporan-laporan trend skincare yang terkini.
Saya juga seringkali menonton filem atau drama yang menceritakan kisah benar dan kisah memberi inspirasi seperti The Pursuit of Happiness. Saya memilih cara ini untuk bukan sekadar meredakan tekanan malah ia dapat meningkatkan pengetahuan secara peribadi yang boleh dipratikkan dalam kehidupan atau kerjaya,” ujar Syira yang menanamkan aura positif dalam diri.
Sebelum mengakhiri perbualan, NONA sempat mengajukan persoalan mengenai perancangan CHARMS COSMETICS untuk jangkamasa 10 tahun akan datang. Bekas pensyarah ini telah mempunyai pelbagai perancangan untuk memajukan jenama yang diusahakan itu.
“Doakan kami. Doakan CHARMS COSMETICS. Sepanjang tahun ini kami telah memeterai kolaborasi bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menjalankan penyelidakan bersama. Penyelidikan ini mengkhususkan kajian akan bahan kandungan di dalam produk CHARMS.
CHARMS COSMETICS telah bekerjasama dengan UTHM dalam penyelidikan saintifik untuk menaik taraf kualiti produk sejajar dengan matlamat “safe use”. Puan Nur Bashirah atau lebih mesra di sapa Syira juga memaklumkan ia bakal menembusi pasaran Indonesia memandangkan terdapat permintaan produk halal dari negara seberang itu.
Kajian ini sebagai usaha untuk membuktikan bahan yang digunakan oleh CHARMS COSMETICS berimpak tinggi, halal toyiban, selamat dan berkesan. Bulan September yang lalu, syarikat telah membuat lawatan ke universiti antarabangsa di United Kingdom, Perancis dan Switzerland sebagai lanjutan visi dan misi untuk mendapatkan akreditasi akan produk. Kami juga dalam rangka perbincangan dengan potensi rakan niaga luar negara untuk memasarkan produk ke peringkat antarabangsa,” ujar Syira seraya mengakhiri perbualan.