Mungkin anak perempuan kesayangan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak antara wanita terbahagia di dunia apabila ibunya dibenarkan untuk menemaninya sepanjang proses melahirkan anak kedua kelak.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan semula pasportnya untuk kegunaan sementara. Seperti yang dilaporkan Awani, ia bagi membolehkan Datin Seri Rosmah ke Singapura untuk menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib yang dijangka melahirkan anak kedua tidak lama lagi.
Tahniah! Nooryana yang bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi. Mesti comel macam abangnya Adam Razak. Nooryana atau lebih mesra dipanggil Gina oleh ayahnya ini sebelum ini telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel pada 25 Ogos 2017. Bayi kacukan Melayu-Kazakstan ini telah diberi nama Adam Razak yang kini berusia 4 tahun.
Memiliki kulit wajah putih gebu dan wajah Adam lebih mirip kepada ayahnya Daniyar Kessikbayev membuat mata tak jemu memandang. Nooryana dan Daniyar telah berkahwin ketika masing-masing berusia 27 tahun.
Mereka bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan telah mengikat tali pertunangan pada tahun 2011. Seterusnya mendirikan rumah tangga dengan Daniyar Kessibayev yang berasal dari Kazakhtan pada tahun 2015. Kini pasangan ini dikhabarkan menetap di Singapura.
Nooryana Najwa juga merupakan lulusan degree of Master in Public Administration dari Harvard University. Bukan calang-calang kelulusan anak kepada pasangan suami isteri, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah ni ya.