Masih terbayang kejelitaan pelakon popular Elly Mazlein di majlis pernikahannya tempoh hari. Manis dengan rekaan pereka Jimmy Couture, walaupun busana tersebut kelihatan ringkas namun perincian yang diletakkan cukup mewah dan menyerlahkan nilai eksklusiviti yang sangat tinggi.
Diam tak diam kini wanita yang mempunyai nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi. Wanita yang berusia 40 tahun ini dijangka bakal bersalin anak lelaki sebagai pelengkap keluarganya. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah Elly Mazlein yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini.
Foto: Instagram @iamellymazlein
Isteri kepada Mohamad Azlan yang kini sedang mengecap bahagia hidup bersama berkongsi keterujaan menimang cahaya mata kedua menerusi Instagramnya turut memohon doa daripada orang ramai agar proses bersalin dipermudahkan.
“Dengan ini, Kak Pom sudah cuti rehat tunggu baby boy mama lahir di dunia. Insya-Allah, tidak sabarnya nak jumpa permata hati kedua mama. Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” coretnya. Semoga dipermudahkan segala urusan Elly Mazlein dan proses bersalin kelak berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, terpegun melihat keindahan kediaman milik penyanyi lagu lagu Janji Kekasih ini. Bukan hanya tersusun kemas bahkan dekorasi di segenap ruang dihias penuh teliti dan sarat dengan elemen mewah.
Memang cita rasa Elly Mazlein sangat high class
dan kelihatan umpama sebuah resot yang mendamaikan penghuninya. Rajin berkongsi dekorasi kediamannya di media sosial paling mencuri tumpuan ialah ruang tamu miliknya. Bijak mengatur perabot sehinggakan kelihatan luas dan mewah malah bersih serta praktikal.Bagaimana pula ibu kepada Putri Sara Sefhia ini berhadapan dengan keyboard warrior? “Memang benar kita sukar untuk menggembirakan hati semua pihak. Tidak semua orang akan suka kita begitu juga sebaliknya. Walaupun, masih ada juga yang membenci diri ini tetapi, pada kiraan saya hanya sekitar 15 peratus sahaja.
Manakala yang selebihnya adalah penyokong setia. Saya sangat terhutang budi kepada mereka yang sanggup menghulurkan tangan di saat saya amat perlukan sokongan. Tidak tahu bagaimana hendak membalasnya.
Saya tidak kisah dengan haters
dan mahu kekalkan sifat pemaaf saya. Saya tidak pernah berkecil hati dengan mereka dan sentiasa berdoa agar suatu hari nanti mereka akan menyokong perjuangan saya,” ungkap Elly Mazlein di zaman kegemilangannya dahulu pernah mencipta rekod tersendiri melalui album ketiganya berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun 2001 dengan jualan melebihi 60,000 unit.
This website uses cookies.