Sempena sambutan Hari Malaysia ini nampaknya memberi keriangan berganda buat wira badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei!. Perkongsian di Instagram miliknya hari ini memaklumkan bahawa keluarganya bakal menerima kehadiran ahli baharu tidak lama lagi.
Bapa kepada dua orang cahaya mata, Kingston dan Terrance ini mengumumkan kehamilan isterinya, Datin Wong Mew Choo.
Dalam kegembiraan berkongsi berita kehamilan isteri tersayang, sebagai individu yang cintakan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei sempat menitipkan beberapa pesanan khas untuk rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia:
1.Sebentar tadi, Azlan tanya pada saya kenapa Woo Yik menangis bila memenangi Kejohanan Dunia. Saya kaya ia berkemungkinan besar disebabkan pada masa itulah dia mengimbas kembali semua usaha yang dia lakukan untuk negara ini, semuanya berbaloi sekarang. Detik itu dia tahu mampu membanggakan keluarga, rakan dan rakyat senegaranya.
Side note.
1. Sebab sayang sangat negara kita, kita tambah satu lagi warga Malaysia ! Minta semua tolong doakan smooth pregnancy @wong_mew_choo
2. Tanya budak budak. “Boys , Korang nk baby boy or baby girl?”
@terrance_leekj :” x kisah papa. Janji baby and mommy sihat ”
( terus bergenang air di Mata Mew Choo. )
X sempat nk habis terharu…
Kingston :” Baby girl. ”
Saya :” kenapa ?” ( hmm.. maybe budak ni matang gak.. nk adik pompuan sebab dah ada adik lelaki )
@kingstonleekc :” oo… u punya pasal la. Tak nk beli controller lebih untuk Nintendo switch aku. Ada 2 je ni. Kalo adik lelaki lagi, kurangla chance untuk I main ”
( Nasib baik belajar yoga Baru Baru ini )
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2012. Datin Wong Mew Choo pernah menjadi pemain pemain perseorangan wanita dan memenangi emas di Sukan Asia Tenggara 2003.
Kisah pertemuan kali pertama pasangan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo pernah viral, apabila jaguh badminton itu berkongsi bagaimana beliau mula menyimpan perasaan terhadap isterinya seawal usia 15 tahun. Itulah yang dikatakan jodoh dan cinta pandang pertama beliau membawa ke fasa perkahwinan dan bahagia sehingga ke hari ini!
This website uses cookies.