Perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai kehamilannya kali ini membuatkan para peminat berteka teki jantina bayi yang bakal dilahirkan pada tahun hadapan.
Ads
Hari ini, penyanyi nombor satu negara telah membuat pengumuman jantina bayi itu secara langsung menerusi sesi live ‘Love With Datuk Seri Siti Nurhaliza’ di aplikasi Shopee yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa. Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki menerusi kehamilan keduanya ini.
Dalam sesi live tersebut, suaminya turut memaklumkan bayi berkenaan akan diberikan nama dengan awalan huruf A.
“Semua anak lelaki (saya) bermula dengan Muhammad. Nanti di awalnya selepas itu huruf ‘A’ lah,” katanya.
Datuk Seri Khalid mempunyai empat orang anak lelaki iaitu Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief . Manakala hasil perkongsian hidup dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun. Sebagai info Siti Aafiyah merupakan cahaya matanya yang lahir pada 19 Mac 2018 hasil persenyawaan in-vitro (IVF).
Ads
Di dalam program tersebut, Siti turut berkongsi dirinya kini tidak boleh lagi mengambil makanan yang pedas seperti kebiasaan.
“Saya tak adalah nak mengidam makan makanan yang bukan-bukan atau yang susah nak dapat. Cuma, perbezan paling ketara yang saya rasa sebelum dan semasa hamil ini, saya dah tak boleh makan pedas.
“Walhal sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Bila di tanya nak makan apa..hanya makan sup sahaja,” katanya.
Ads
Terdahulu, Siti Nurhaliza mengumumkan hamil empat bulan selepas sekali lagi menjalani rawatan IVF untuk kehamilan keduanya. Pengumuman kehamilan kali ini turut disiarkan secara langsung kepada media bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ketika pelancaran secara online kolabrasi Wonderlab dan Beausiti awal Disember. Siti Nurhaliza berkata, dia kini berbadan dua dan kandungan sudah pun berusia empat bulan.
Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini NONA ada melaporkan pelakon jelita Bollywood, Bipasha Baru selamat melahirkan anak di usia 44 tahun pada November lepas. Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri oleh Bipasha menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.
Hamil anak pertama di usia 43 tahun, Bipasha Basu dan Karan Grover mengumumkan mereka menjadi ibu bapa pada Ogos selepas melayari perkahwinan selama 6 tahun. Ini merupakan perkahwinan kali pertama buat Bipasha dan ketiga buat Karan.
Dan kelmarin, akhirnya Bipasha berkongsikan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Devi Basu Singh Glover dengan menulis kepsyen ‘Hello dunia, saya Devi’.
Dan menjengah ke hantaran di Instagram, ramai rakan-rakan artis serta peminat Bipasha mulai membanjiri ruangan komen menyatakan rasa teruja melihat kecomelan anak Bipasha.
Untuk rekap, Bipasha dan Karan berkahwin pada tahun 2016 selepas menjalinkan hubungan ketika pengambaran filem Alone setahun sebelumnya. Malah Bipasha juga hamil secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang keadah ibu tumpang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac pastinya membawa pelbagai impak dalam kehidupan rakyat Malaysia. Tidak dinafikan, ramai pihak terkesan apabila kerajaan mengumumkan langkah tersebut untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Prihatin dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan mengambil langkah bijak apabila memberi diskaun bil elektrik kepada semua pengguna bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020 yang akan datang.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Menurutnya, pemberian diskaun sebanyak dua peratus ini bagi membantu meringankan beban rakyat akibat penularan wabak COVID-19.
Tambah beliau lagi, selain itu kerajaan turut bersetuju memberi potongan diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
“Diskaun sebanyak 15 peratus ini membabitkan kira-kira 10 ribu pemilik syarikat daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja.
“Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak, katanya dalam satu kenyataan.
Pemberian diskaun ini diumumkan secara berperingkat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE2020) dan juga melalui pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin selepas mensyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac yang lalu.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita sudah biasa melihat tanaman-tanaman hiasan yang diletakkan di ruang tamu, laman rumah serta dapur. Namun ruang yang jarang dihiasi dengan tanaman segar ialah bilik mandi. Mungkin keadaannya yang kerap basah dan lembap menyebabkan tidak semua jenis tanaman sesuai dengan diletakkan di bilik mandi. Jika anda berhasrat untuk menghiasi ruang bilik mandi dengan tanaman segar inilah pilihannya.
BOSTON FERNS
Bagi bilik mandi yang lembap dan kurang menerima cahaya matahari, Boston Ferns pilihan yang tepat kerana ia boleh tumbuh dengan baik di dalam pasu, bakul atau raga yang digantung. Tanaman ini juga sangat efektif bagi menghilangkan bahan kimia dan pelembap dari produk-produk mandian.
MAIDENHAIR FERNS
Sesuai diletakkan di dalam bilik mandi yang mendapat sinaran matahari yang banyak supaya daun-daunnya tumbuh sihat.
AIR PLANT
Tanaman ini menyerupai pokok lidah buaya yang biasanya diletakkan di dalam botol terrarium kerana saiznya yang comel. Hendak menjaganya mudah sangat, cukup menyiramnya dengan air dan diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
GOLDEN POTHOS
Bentuk daun tanaman ini berbentuk hati dan tumbuh segar di kawasan yang hangat dan ada cahaya matahari. Namun berhati-hati kerana jika terlalu kerap terkena panas, daunnya akan mudah mengering.
ORKID
Selain tahan lasak dan mudah merawatnya, tanaman yang mempunyai bunga cantik dan beraneka ini juga boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi untuk bilik mandi. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...