Bakat Lebih Menyerlah Di Luar Negara, Gaya Fesyen Headwrap MIN YASMIN Turut Jadi Ikutan Wanita Filipina

Namanya mungkin kurang mendapat perhatian umum serta tidak segah penyanyi-penyanyi tersohor tanah air yang lain biarpun sudah sekian lama bertapak dalam industri muzik tempatan. Biarpun terpaksa akur dengan hakikat itu namun jauh di sudut hati Min Yasmin atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz tetap bersyukur dan tidak pernah mengeluh kerana yakin rezeki Tuhan itu luas.

Buktinya, bakat anak jati Johor lulusan International Diploma in Beauty Therapy & Cosmetology London ini dipandang hebat oleh peminat muzik di Filipina. Ternyata, rezeki dan tuah Min Yasmin tidak salah alamat. Segalanya bermula apabila album duetnya bersama penyanyi Filipina, Nikki Bacolod berjudul 2 Voices

 mendapat sambutan luar biasa di negara tersebut. Ternyata bakat Min Yasmin bukan biasa-biasa kerana ia menerima penghormatan masyarakat luar.

SAMBUTAN LUAR BIASA

“Saya sendiri terkejut dengan penerimaan luar biasa dan penghormatan yang diberikan sehinggalah single berjudul Sa Iyo mendapat tempat di carta Top 10 selama empat bulan di stesen radio nombor satu Filipina. Mereka di sana lebih mengutamakan bakat berbanding rupa. Layanan juga terbaik. Maka, cara saya ‘membeli’ jiwa mereka adalah melalui nyanyian,” ungkap wanita berusia 29 tahun ini. Popularitinya di Filipina melebihi populariti di negara sendiri.

BUTIK JENAMA SENDIRI

“Saya bakal membuka butik pakaian Muslimah berjenama sendiri di Selatan Filipina memandangkan peminat-peminat saya di sana suka dengan penampilan dan apa yang saya pakai contohnya headwrap.

Butik ini tertelak di bangunan dua tingkat. Ruang butik terletak di tingkat atas manakala tingkat bawah ialah restoran makanan halal. Saya sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang gemar berniaga.

DIS 04 2017 NONA AMY WANITA CEMERLANG MIN YASMIN

Dari sudut nyanyian pula saya bakal mengeluarkan album berbahasa Melayu solo kedua berjudul Belum Lelah Setia. Kali ini saya mula berjinak-jinak dalam penghasilan lirik lagu. Saya bersyukur kerana suami banyak memberi tunjuk ajar untuk menjadi seorang artis yang versatil. Kami banyak berbincang demi kebaikan bersama.

Semoga perjalanan seni saya di Filipina berjalan lancar. Saya akan berusaha lakukan yang terbaik demi mengharumkan industri seni tanahair di mata dunia. Ini juga salah satu cara untuk saya ‘membeli’ jiwa peminat-peminat Malaysia,” luah Min Yasmin. AMY MOHD

Kredit Foto: Min Yasmin

Share
Published by
Suzi