Wow, mantap betul susuk tubuh personaliti kecergasan popular, Nana Al Haleq ini! Susah hendak jumpa lebihan lemak di badannya sebab semua dah ‘diselimuti’ dengan otot. Memang fit. Iyalah, hari-hari terlibat dengan aktiviti kecergasan dan work out di gimnasium.. tak hairanlah Nana boleh miliki bentuk tubuh menawan. Di samping itu, stamina pun terjaga. Tak adalah rasa cepat mengah atau letih. Lagipun umur masih muda, kan?
Walaupun kelibat dan foto yang dikongsikan di IG banyak berlatarbelakangkan suasana gim, tapi sebenarnya Nana ni ligat di dapur. Pandai memasaklah senang cerita. Rentetan bakat yang dimiliki dan potensi untuk melangkah lebih jauh dalam arena kecergasan dan kesihatan, Nana berani mengambil pendekatan untuk menceburi bidang keusahawanan. Siap dah ada produk makanan lagi.
“Nah I belanja video menyanyi sambil masak. Al maklumlah, ada yang membawang kata I tak tahu masak. Padahal most of my clients pernah rasa air tangan I siap masak macam-macam for they all last time.
And atas permintaan ramai, now our jar is bigger. Doa-doakan rezeki Nana bertambah so can hantar sambal ke lab for nutrition facts etc.”
Macam ini lambang wanita sukses. Multitasking, semua benda boleh buat. Khabarnya, Nana akan masak Fit Sambal ini sampai 6 kuali sehari. Hmmm.. patutlah otot biceps Nana makin menjadi-jadi. Balik gim, sambung ‘senam’ pula di rumah.
Menariknya Fit Sambal by Nana Al Haleq adalah ia ditumis tanpa menggunakan minyak, gula atau bahan-bahan pengawet. Sebaliknya hanya menggunakan ramuan premium yang berkualiti. Boleh juga dimakan ketika sedang berdiet.
Antara kelebihan lain, Fit Sambal boleh di simpan di dalam peti sejuk sehingga dua minggu dan dihasilkan tidak terlalu pedas agar boleh dinikmati oleh semua orang. Mesti lepas ini ramai pengamal diet dan ahli kecergasan ambil Fit Sambal sebagai menu sampingan mereka!
Buat Nana, semoga perniagaan anda semakin maju dan terus memberi inspirasi buat kaum wanita. Tidak kira dari segi kerjaya, kesihatan mahupun kecantikan diri!
Sumber: Instagram Nana Al Haleq