Menjaga kecantikan kulit tidak kira masa termasuk ketika bercuti raya. Kelihatan cantik berseri di pagi raya menjadi dambaan wanita lebih-lebih lagi ketika mahu mempotretkan bersama keluarga tercinta.
Cantik ketika beraya tidak bermakna perlu membawa semua peralatan make up yang tersusun indah di atas meja solek. Nanti, satu bagasi hanya untuk mengisi peralatan solek semata-mata.
Cukup hanya membawa alat solek yang perlu untuk memberi perlindungan kepada kulit serta menyerlah kecantikan semulajadi.
Sebaik-baiknya ketika melancong tidak perlu bersolek tebal kerana ketika itu kulit terdedah kepada perubahan cuaca, sinar ultra ungu dan pencemaran. Saat santai solekan nipis telah memadai dan jangan lupa membawa kosmetik di bawah ini ketika berlibur.
SUN BLOCK
Krim pelindung matahari ini sangat penting dan wajib dibawa ketika bercuti. Krim ini memberi perlindungan kepada tubuh dari sinar UVA dan UVB dan perlu diletak di dalam beg tangan ketika libur. Memakai krim perlindungan suria ini tidak hanya ketika mahu ke pantai sahaja. Ke mana-mana sahaja perlu di sapu ke tubuh dan wajah termasuk di dalam kota yang nampak sejuk. Sinar matahari tetap ada walau dalam keadaan cuaca dingin, bukan begitu?
PELEMBAP WAJAH
Kulit wajah tidak boleh disembunyi dengan fabrik seperti kulit tubuh. Kulit wajah paling terdedah dan perlu diberi perlindungan sempurna. Pelembap wajah sangat diperlukan jika melancong ke tempat sejuk. Biasanya kulit akan mengalami hidrasi kerana udara yang sangat sejuk. Namun, ini bukan bererti bercuti di negara yang beriklim panas tidak perlu menyapu pelembap. Walau di mana sahaja kaki anda melangkah, pelembap perlu disapu ke wajah dan tubuh sebelum keluar rumah.
PELEMBAP BIBIR
Jika bibir kering dan pecah-pecah pasti mengganggu mood untuk menikmati percutian idaman. Kurang minum air dan cuaca sejuk melampau menjadikan bibir kering dan mengelupas. Cara paling mudah untuk memelihara bibir kering adalah pelembap bibir. Jika memilih pelembap bibir yang mengandungi perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB adalah suatu bonus. Selain itu, jangan lupa menganbil sekurang-kurangnya dua liter air putih setiap hari.
BODY LOTION
Walaupun tubuh dilindungi dengan baju atau seluar namun tetapi juga perlu dipelihara kelembapannya. Tidak perlu membawa losen dalam kuantiti yang banyak atau botol besar, cukup untuk memenuhi keperluan percutian. Jika menemui kesukaran untuk menyapu losen di siang hari paksa diri untuk menyapu losen setiap kali sebelum tidur. Udara kering daripada penghawa dingin ketika tidur menjadi punca kulit kering.
DEODORAN
Bau badan ketika bercuti adalah a big no no! Menyelusuri kawasan yang dibanjiri dengan rakyat tempatan ditambah pula dalam kawasan panas mengundang peluh mengalir laju. Apabila memiliki penampilan yang menarik tetapi meninggalkan bau badan tidak enak akan menyelit persepsi yang tidak baik pada diri. Botol deodorant tidak sebesar mana dan mudah diselitkan di mana-mana. Sila masukkan deodorant dalam checklist!
BEDAK, LIPSTICK DAN MASKARA
Tiga item cantik ini penting dan wajib dibawa ke mana sahaja. Tidak ada siapa tahu siapa yang akan ditemui ketika sedang bercuti. Mungkin jodoh ditemui sewaktu sama-sama melawati tempat yang sama. Namun jangan tampil keterlaluan cukup hanya dengan penampilan natural. Pilih warna lipstick nude atau lembut. Jika mahu mata kelihatan sedikit besar boleh membawa pengalit mata bersama.
UBAT JERAWAT
Ini adalah penyelamat ketika mengalami waktu sukar apabila tiba-tiba jerawat muncul di tempat yang tidak diingini seperti ditengah-tengah hidung atau atas dahi. Tidak semua tempat ada menjual ubat jerawat yang sesuai dengan kulit. Lebih mudah bawa sendiri dan keluarkan ketika diperlukan. Mudah bukan?