Di antara aktiviti menyeronokkan kalau balik ke kampung adalah membelek album gambar. Bagi yang dah beranak-pinak, masa inilah nak tunjukkan pada anak-anak gelagat kita masa kecil-kecil dulu. Tak terlepas, usahawan dan jurusolek yang juga pempengaruh media sosial, MUABELLAZ berkongsi gambarnya yang penuh kenangan.
“Balik rumah Tok terjumpa gambaq kami masa 4 beradik.
Ads
Mahal gambar ni sebab Bellaz banyak gambar kecik-kecik ni gambar kedua ketiga Bellaz rasa.
Masa saya kecik, mulut merah tak lepas naa.
Macam Yusuf ada sikit, Aidil ada sikit, Eica pon ada…” MUABELLAZ
Tambahnya, gambar ini turut disertai arwah abangnya yang meninggal kerana demam panas. Bella sempat memohon peminat menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah yang amat disayanginya.
Satu perkara lagi yang menarik perhatian, ramai yang menyedari bakat Bella dalam solekan sebenarnya sudah tersemai sejak kecil.
Siap bergincu merah, kecomelan Bella dikatakan seiras anak-anaknya sekarang!
Nur Nabila Zulyadaini atau MUABELLAZ merupakan ibu kepada empat cahaya mata iaitu Iris Alisya, Aidil Mikhail, Ean Yusof dan Nur Aisywara Nealofa.
Sempena Hari Raya ini, Bella tak keberatan memenuhi hajat kami yang teringin memotretkan wajahnya dengan si comel sebagai penghias sampul digital Nona Mei 2023.
Terkenal dengan mata kelabu dan raut wajahnya yang comel, kecomelan Lofa yang baru menginjak usia 9 bulan jadi perhatian. Berkulit putih bersih dengan rambut ikal kecoklatan, anak bongsu Bella rupanya membesar dengan sihat kerana menyusu badan. Geram sungguh tengok telatah Lofa!
Tidak sukar membayangkan mengapa Pengasas Bellaz Beauty yang juga pempengaruh media sosial ini enggan berpindah ke bandar raya. Kampung ini ada jiwa di dalamnya, jauh daripada hiruk-pikuk kota, bunyi ekzos letup-letup, drama dunia… Bella lebih puas membesarkan anak-anak di sini.
“Saya seronok duduk kampung. Pahit manis, pengalaman hidup saya di sini. Bila dekat dengan famili saya rasa lebih selesa. Malah anak-anak pun saya ‘lepaskan’ mereka bermain, pergilah main selut, sauk ikan, lari-lari atas batas… biar mereka nikmati alam kanak-kanak macam saya ‘berlemuih’ dulu.” Bella
#nonainspirasiwanita #nonano1″ />
AIDILFITRI
Persiapan raya Bella, meriah tak? Tanya penulis sambil meninjau ke seluruh ruang bilik mekapnya.
Ads
“Jujurnya biasa-biasa saja, pakai apa yang ada. Beli tapi tak berlebihan.”
Tambah Bella, dia hanya membeli dua pasang baju raya saja untuk dipakai Syawal pertama dan kedua. Tapi yang penting menu juadah raya memang meriah, antara masakannya Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Ayam Masak Merah. Kuih raya Cornflakes Madu buatan tangannya pun ada!
Berlatarkan Gunung Keriang, angin sepoi-sepoi dan lambaian dedaun nyiur, cerita hidup Bella seterusnya menjadi topik bicara kami.
“Saya ni tengok jer macam ni (gelak-gelak) tapi sebenarnya saya garang. Garang dan tegas yang bertempat. Sebelum anak nak keluar main, pastikan dulu kerja rumah dah siap kalau tak mahu dicubit.
Ads
Anak-anak boleh dapat apa yang mereka nak, tapi tidaklah selalu kerana saya ajar mereka erti kesusahan untuk mendapatkan sesuatu. Saya tak ajar mereka bermewah-mewah malah selalu kongsi kesusahan hidup saya dulu.
Dulu saya selalu ponteng sekolah. Kesusahan hidup masa tu sampai ke tahap terpaksa menjaga adik-adik seramai tiga orang bila Mak bersalin. Sayalah yang jaga adik, memasak. Saya tak mampu. Cikgu sampai faham, mereka pernah datang tengok situasi saya di rumah bila saya selalu tak ke sekolah.
Cikgu-cikgu berpakat nak tolong saya, sara biaya persekolahan saya. Memang sedih kalau diingatkan, banyak sangat pahit manisnya. Mereka bagi saya belanja duit makan dan tambang bas sekolah. Hari-hari mesti pergi pejabat guru dan ambil duit. Sehari RM3 sampai saya Tingkatan 5. Dan paling saya ingat Ustaz Muslan, dialah cikgu yang paling banyak ambil berat.” Bella
Perkara yang membuat Bella menangis?
“Adalah momen-momen yang saya teringat. Orang yang suka gelak-gelak ni banyak memendam. Sebab tu saya suka alam, supaya saya ingat siapa diri saya. Kadang-kadang bila saya tidur dalam aircond sejuk, teringat nikmat-nikmat yang Allah bagi, dulu susah tapi sekarang alhamdulillah.
Saya tanya diri saya, nikmat apa lagi saya nak? Semua dapat. Sampai menitik air mata sendiri. Ingat lagi pernah dihina, dikecam. Paling saya ingat sampai mati, kata-kata orang yang saya mekap macam n***s. Itu paling menusuk hati. Orang fitnah macam-macam, cancel booking makeup disebabkan fitnah tu. Mekap macam n****s, mekap tak cantik.
Masa tu saya bajet bila pelanggan bayar nanti, dapatlah saya pergi makan di Secret Recipe. Teringin nak merasa tapi tiba-tiba semua cancel. Allahu, sedih kalau diingatkan semula.” Bella
Merancang supaya legasi bisnesnya dapat diwariskan kepada anak-anak, Bella sejak awal lagi sudah merancang strategi kewangannya sebaik mungkin. Untuk perniagaan, dia mahu sentiasa diingati sebagai usahawan berjaya.
“Kita menangis kena menangis. Menangislah sepuas-puasnya tapi jangan lama-lama. Hidup hanya sekali, jadikan ia sebaik mungkin untuk diri kita dan orang sekeliling.” Bella
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah berat badan naik mendadak ini menjadi masalah utama kepada wanita tidak kira buat mereka yang baharu melahirkan anak, stres atau tidak mampu mengawal nafsu makan. Bagi Adliza Mohd Hizan, yang mempunyai berat badan lebih 100kg dahulu, kini gembira dengan perjalanan hidupnya yang sudah mencapai berat badan 54kg.
Ketika ditanya bagaimana dapat motivasi untuk menguruskan badan, “Sebenarnya saya memang sudah cuba menurunkan berat badan bertahun-tahun lamanya, terutamanya selepas berat badan saya naik secara mendadak semasa saya belajar di University of Michigan (Ann Arbor) di Amerika Syarikat dulu. Tetapi semuanya kurang berhasil dan berakhir dengan kekecewaan.
Apa yang dilakukan bukan untuk orang lain tetapi, untuk diri sendiri. Kita kena sayang diri sendiri, and think of what is best for us. Lain impaknya apabila kita buat sesuatu kerana kita yang mahu, berbanding menerima arahan. I had to learn to love myself first.
Suami, anak-anak dan keluarga adalah sumber motivasi. Malah anak sulung faham apa keperluan ibunya. Dalam masa yang sama saya mahu tunjukkan contoh yang baik kepadanya what discipline and determination means. Plus, I want to be the best mummy I can be for my three girls,” katanya.
Bila dah berjaya mendapat berat badan ideal, cabaran paling utama adalah untuk maintain. Antara cara yang paling berkesan adalah untuk mengawal jumlah makanan. “Kena redefine control makan itu sebenarnya. It doesn’t mean you can’t eat, or kena completely give up all your favorite foods. But rather, kena bijak portion control and maybe be more selective.
Sebagai contoh, jika anda seorang peminat kek, mungkin boleh menikmatinya pada hujung minggu sahaja. Tapi bukan sebiji kek, hanya sepotong kek, itu pun kena kongsi dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Atau mungkin anda tak berselera makan kalau tak ada karbo, boleh makan karbo tetapi, pilih karbo yang baik dan kawal jumlahnya. Perubahan mengawal makan ini perlu perlahan-lahan dan tak drastic, kalau tak bila fed up maka berat badan masih di takuk lama. Remember, it’s a lifestyle change – not a temporary fix,” katanya.
Bagaimana pula nak kuatkan semangat untuk kurus, “Pertama sekali buat untuk diri sendiri. Biar apa orang lain nak kata, tapi diri kita penting. We are valuable. We are worth investing in. It is not selfish, kita kita mahu menjaga diri sendiri. Sebab sebelum kita bantu orang lain sekeliling kita, we have to take care of ourselves first too.
Kalau kita happy and healthy, lebih senang untuk kita berbakti kepada orang lain pula. Badan kita, kita yang rasa, rasa tak selesa, rasa mengah, rasa sakit, rasa letih setiap masa, adalah kita sendiri. Orang lain tak dpt nak faham exactly what we are feeling in our own bodies, and nothing they can do will help us if kita sendiri tak take effort to make ourselves feel better. Sebab kalau kita buat untuk kepuasan diri sendiri, apa orang cakap dah tak penting dan kita akan jadi lali dengan segala dugaan.
Kemudian baru cari tujuan lain kenapa nak kurus. Mungkin untuk keluarga tercinta, kerja, atau mungkin sebab nak kahwin, mendaki Gunung Kinabalu dan sebagainya. It’s good to have various reasons kenapa kita nak lose weight, sebab the more reasons we have, the more push factors are available untuk continue to motivate us, “ katanya sambil memberi tip agar jangan terlalu fokus pada angka di mesin penimbang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ikut jejak langkah bapa, Paetongtarn Shinawatra kini Perdana Menteri Thailand dan lakar sejarah sebagai Perdana Menteri termuda serta wanita kedua memegang jawatan tertinggi negara itu. Di Thailand, nama keluarga Shinawatra bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat. Sejak berdekad lamanya, ahli keluarga ini turut dikenali dalam bidang perniagaan.
Bapa Paetongtarn, Thaksin Shinawatra berusia 75 tahun merupakan Perdana Menteri Thailand ke-23 yang memimpin tampuk pemerintahan dari tahun 2001 hingga 2006 dan usahawan berjaya serta berstatus billionaire.
Thaksin berkahwin dengan Potjaman Damapong pada 1976 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Panthongtae Shinawatra, Pinthongtha Shinawatra dan Paetongtarn Shinawatra.
Paetongtarn Shinawatra Anak Thaksin Shinawatra Bekas PM Thai
Menelusuri latar belakang Paetongtarn Shinawatra, pemimpin wanita ini berusia 38 tahun dan ibu kepada dua cahaya mata. Dia berkahwin dengan juruterbang, Pidok Sooksawas pada 22 Mac 2019.
Dikenali dengan nama panggilan Ing, wanita ini melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Politik di Chulalongkorn University dan menerima ijazah dalam bidang pengurusan hotel antarabangsa dari University of Surrey.
Ketika usia 17 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi tumpuan khalayak apabila dia bekerja separuh masa di salah sebuah cawangan McDonalds di Thailand.
Paetongtarn Shinawatra Pernah Part Time Di McDonalds
Memetik laporan China Daily, Paetongtarn cuba menyembunyikan status diri daripada pengetahuan ramai pada hari pertama dia bekerja di sana namun usaha tersebut gagal apabila bapanya yang ketika itu Perdana Menteri singgah ke cawangan berkenaan.
Dedah Thaksin kepada media waktu itu, dia mahu mendidik anaknya mengenai nilai kehidupan dan kerja keras untuk mendapatkan wang.
Paetongtarn secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Thailand pada 18 Ogos 2024 selepas menerima pengesahan daripada Raja Vajiralongkorn.
Karier politik anak perempuan Thaksin ini bermula apabila dia menyertai parti Pheu Thai pada tahun 2021. Ibu saudaranya, Yingluck Shinawatra turut pernah menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand pada tahun 2011 hingga 2014.
Sebelum menceburi bidang politik, Paetongtorn mengurus perniagaan bapanya dalam bidang hartanah, hotel dan telekomunikasi. Dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di Rende Development Co, yang diuruskan oleh kakak, Pintongta Shinawatra Kunakornwong dan hotel mewah Rosewood Hotel di Bangkok.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan negara tahun lalu.
Sewaktu di temu ramah NONA, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
Sebelum Berhijab Sentiasa Rasa ‘Tak Cukup’ Ada Je Yang Kurang!
“Shooting non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
Istiqamah Berhijab Amat Mencabar – PSL
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi.
Jelasnya lagi, Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga amat memainkan peranan penting.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...