Balik Raya Dengan Kaca Mata Branded, Ini Caranya Buat Gayamu Pandang Tak Jemu!

Dari mata turun ke hati. Bagi pemakai cermin mata, sudah masanya untuk bertukar gaya bingkai baru yang lebih moden sempena Hari Raya ini. Bingkai yang cantik dan berjenama bukan saja melambangkan taste fesyen anda, tapi juga melindungi mata daripada sinar UV.

Selepas bertahun-tahun tak bersua, apa salahnya muncul dengan statement eyewear yang sepadan dengan baju raya. Lebih-lebih lagi kalau pulang ke kampung halaman, kaca mata yang sesuai tentu membuat gaya anda makin manis dipandang.

Nak #OOTD raya pun yakin, nampak stylo dan up-to-date kalau pakai kaca mata macam di bawah ni…

 

 

Untuk kaca mata hitam, paling penting adalah lensanya mampu menapis UV daripada merosakkan mata.

Bagi yang lebih berani, gayakan stail yang lebih ikonik dari zaman 60-an atau 70-an dengan sentuhan moden. Tapi kalau sukakan gaya minimalis, cukup dengan potongan simple tapi yang penting, jenamanya buat yang melihat kata ‘Wow!’

 

3 IDEA RAYA

 

(1) Retro untuk si fashionista!

Sesuai dipakai semasa perjumpaan keluarga, rumah terbuka atau sesi makan-makan dengan rakan, bingkai kaca mata retro ‘menghidupkan’ gaya agar tidak membosankan. Nampak macam orang lama, tapi bukan.

Kenakan dengan baju kebaya, batik atau baju yang lebih meriah seperti print-on-prints.

Nampak playful!
Burberry

 

Coach

 

Ray-ban Thalia

 

Emporio Armani

 

(2) Bingkai tebal untuk gaya 90-an!

Generasi 90-an tentu ingat zaman jiwang atau ‘rock kapak’ di mana bingkai kaca mata tebal memang menjadi trend pada zaman itu.

Nak nampak moden, pilih bingkai tebal dari warna-warna senada dengan baju raya anda. Baju Melayu atau kurung rona putih, coklat atau kelabu, cantik dah tentu! Macam transformasi baru.

Prada

 

Vogue Eyewear

 

Emporio Armani

 

Coach

 

(3) Jiwa moden dan minimalis

Untuk generasi lebih muda atau peminat gaya ringkas, kekalkan identiti anda dengan bingkai kaca mata yang lebih minimalis tapi elegan.

Bingkai yang nipis dan sofistikated menyerlahkan bentuk wajah si pemakai, sekaligus membuatkan anda kelihatan lebih ‘polished’ dan bersiap.

Prada

 

Vogue Eyewear

 

Oakley

 

Ray-ban Round
IKLAN
Share