Trend solekan kening sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Daripada yang dilukis nipis kepada tebal, kening bulu pelepah dan terkini gaya squiggly brows, pencinta solekan tak pernah kering idea menata rias bahagian ini.
Ads
Tapi sebanyak mana pun trend solekan kening yang tercipta, tidak ada satu pun yang mengetengahkan idea untuk si pemilik kening bercantum atau unibrow.
Memiliki bentuk kening yang bercantum di tengah ini dipandang seperti satu kesalahan kecantikan, lalu mendorong pemiliknya ‘memisahkan’ kening agar dilihat normal.
Sebaliknya bagi model Greek, Sophia Hadjipanteli, dia tekad membuktikan bahawa tiada yang memalukan tentang kening bercantum. Gadis jelita yang berambut kuning keemasan itu turut menghitamkan bulu keningnya agar ia kelihatan lebih menonjol.
“Saya sedar bahawa rupa paras saya ini mungkin tak menepati citarasa semua orang. Mungkin ia tak menarik tapi saya tak kisah pun apa kata orang. Sejujurnya saya suka dengan wajah saya sekarang. Kening bercantum saya adalah diri saya dan saya bangga mengekalkannya.
Apabila kita suka menilai penampilan orang lain semata-mata ia berbeza dengan diri kita, atau orang lain, itu menggambarkan hati kita yang sangat bertoksik,” ujar Sophia melalui akaun Instagramnya.
Jadi berbanggalah dengan kening semula jadi kita. Biarlah ia tebal atau jarang atau pendek sekali pun, tak perlu malu memilikinya! Jom tengok lagi foto-foto Sophia yang cantik ni. Norzalina Mohd Alias
Ads
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 8 Jun 1957 merupakan ulang tahun kelahiran bintang tersohor Bollywood, Dimple Kapadia. Melewati tarikh tersebut hari ini, Dimple secara rasminya genap berusia 65 tahun. Meskipun mencecah umur 60an, kecantikan aktres filem blockbuster Bobby ini masih berbisa. Lebih-lebih lagi dagu lekuknya yang sering menjadi tarikan!
Menelusuri latar belakang Dimple, dia dilahirkan di Mumbai, India dan anak kepada keluarga berada Gujarati di sana. Dimple merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Simple Kapadia yang juga pelakon. Namun Simple meninggal dunia pada tahun 2009.
Ketika baru berusia 16 tahun, Dimple Kapadia sudah bergelar bintang Bollywood. Namanya melonjak dan terus menjadi perhatian menerusi filem Bobby bergandingan bersama pelakon handalan, Rishi Kapoor pada tahun 1973.
Sewaktu menjalani penggambaran filem Bobby, Dimple dilapor menjalin hubungan dengan teraju utama filem berkenaan dan Rishi berhasrat melamarnya. Tetapi dihalang untuk berjumpa dengan wanita cantik itu lagi oleh bapa Rishi yang juga pengarah tersohor, Raj Kapoor.
Dimple Kapadia menjadi tumpuan ramai bukan hanya kerana bakat lakonannya bahkan kerana wajah cantik aktres ini. Enam bulan sebelum filem Bobby disiarkan di layar perak, Dimple telah mengikat tali perkahwinan bersama superstar Bollywood, Rajesh Khanna yang 15 tahun lebih berusia daripadanya.
Sebaik bergelar isteri, anak kepada pasangan Betty Kapadia dan Chunnibhai Kapadia tersebut memutuskan untuk berhenti berlakon. Bagaimana pun, pasangan ini dikatakan berpisah pada tahun 1982. Hasil perkongsian hidup, Dimple dan Rajesh dikurniakan dua anak perempuan yang juga pelakon, Twinkle Khanna dan Rinke Khanna.
Pada tahun 1984 Dimple kembali mewarnai industri filem Bollywood dengan niat mahu bekerja selepas dua tahun berpisah dengan Rajesh Khanna. Berdasarkan rekod cemerlang dan reputasi baik dalam karier lakonan, Dimple berjaya meletakkan dirinya sebagai antara pelakon wanita terbaik Bollywood. Sepanjang pembabitan dalam kerjaya seni, Dimple mendapat pengiktirafan daripada National Award dan meraih lima FilmFare Award di India.
Tidak hanya dikagumi kerana kecantikan, keperibadian Dimple Kapadia turut menarik perhatian peminat seni di India. Mana tidaknya walau sudah berpisah dengan Rajesh Khanna dan tidak membuat kenyataan rasmi mengenai penceraian mereka, Dimple dilaporkan tidak pernah mengeluarkan kata-kata sindiran atau bercerita buruk tentang bekas suami.
Memetik kenyataan Dimple menerusi temu bualnya dengan media India pada tahun 2017, “Ramai salah faham terhadap Kaka (Rajesh Khanna). Dia ialah seorang lelaki yang hebat.
Saya sangat muda dan terburu-buru ketika kami berkahwin. Memang kami berpisah tapi kenangan dan cinta saya terhadapnya masih terasa. Jadi, jangan sesekali cuba mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas mengenainya.”
Seawal pembabitan bergelar anak seni, Dimple dilihat enggan terlalu mengejar populariti dan komited dengan minat lakonan yang diceburi. Meniti usia 65 tahun, kini Dimple bahagia menjalani hidup normal di samping anak-anak tersayang dan hanya menerima tawaran berlakon yang dirasakan sesuai dengan dirinya.
Sumber: Pink Villa & Hindustan Times
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raut wajah yang lembut dan menawan, senyuman manis, lemah lembut serta sopan itu antara pesona yang dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Keperibadiannya juga tidak terperi hebatnya.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Tengku Puteri Daulath yang berusia 20 tahun ini turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
Setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi, Tengku Fatimatuz Zahra’ sering menjadi sorotan lensa. Ini membuktikan Tengku Fatimatuz Zahra’ antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Bukan hanya pesona yang dimilikinya bahkan busana yang disarungnya terutama bercirikan tradisional serta songket Terengganu sering menjadi perhatian perhatian ramai.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 tahun Masihi bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan oleh Ayahandanya, Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kredit Foto: Instagram @terengganu_royalfamily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah besar panjang anak gadis Dato’ AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida! Diam tak diam, anak bongsu daripada dua beradik ini sudah pun menginjak usia remaja. Lebih menarik tumpuan, Fea Eryssa memiliki rupa paras menawan dan mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Meraikan ulang tahun kelahiran ke-16 anak gadis kesayangan baru-baru ini, pasangan romantis berkenaan memilih dekorasi rona merah jambu dan putih khas buat Fea.
Berkongsi momen istimewa tersebut di media sosial, Datin Emylia yang juga kakak Emelda Rosmila meluahkan rasa syukur melihat anak gadis kian membesar sihat dan menjadi anak yang baik.
“Today is your birthday our sayang, 5th February. Cepatnya masa berlalu, kejap je dah besar, pejam celik pejam celik dah 16 tahun dah manja mummy daddy ni.
Thank you Fea for being a good girl, soft spoken and a good kind hearted girl and selalu dengar cakap mummy daddy.
Bersyukur pada Allah we have you; we love you so much sayang. Please be manja forever and maintain your soft spoken. Happy birthday our dear sayang Fea Aryssa. Love you forever.”
Dalam hantaran di media sosial, Datin Emylia turut memuat naik beberapa gambar Fea dari kecil hingga remaja.
Turut kelihatan meraikan hari lahir Fea ialah ibu saudaranya, Emelda Rosmila dan suami, Adlin Aman Ramlie.
Datin Emylia mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Pasangan selebriti ini juga merupakan pemilik stesen televisyen SUKE TV.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...