Bangga Berkening Tebal & Bercantum Di Tengah, Model Ini Berani Keluar Daripada STANDARD KECANTIKAN Dunia

Trend solekan kening sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Daripada yang dilukis nipis kepada tebal, kening bulu pelepah dan terkini gaya squiggly brows, pencinta solekan tak pernah kering idea menata rias bahagian ini.

Tapi sebanyak mana pun trend solekan kening yang tercipta, tidak ada satu pun yang mengetengahkan idea untuk si pemilik kening bercantum atau unibrow.

Memiliki bentuk kening yang bercantum di tengah ini dipandang seperti satu kesalahan kecantikan, lalu mendorong pemiliknya ‘memisahkan’ kening agar dilihat normal.

Sebaliknya bagi model Greek, Sophia Hadjipanteli, dia tekad membuktikan bahawa tiada yang memalukan tentang kening bercantum. Gadis jelita yang berambut kuning keemasan itu turut menghitamkan bulu keningnya agar ia kelihatan lebih menonjol.

“Saya sedar bahawa rupa paras saya ini mungkin tak menepati citarasa semua orang. Mungkin ia tak menarik tapi saya tak kisah pun apa kata orang. Sejujurnya saya suka dengan wajah saya sekarang. Kening bercantum saya adalah diri saya dan saya bangga mengekalkannya.

Apabila kita suka menilai penampilan orang lain semata-mata ia berbeza dengan diri kita, atau orang lain, itu menggambarkan hati kita yang sangat bertoksik,” ujar Sophia melalui akaun Instagramnya.

Jadi berbanggalah dengan kening semula jadi kita. Biarlah ia tebal atau jarang atau pendek sekali pun, tak perlu malu memilikinya! Jom tengok lagi foto-foto Sophia yang cantik ni. Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina