Hidup ini penuh dengan pengorbanan. Apabila kita menginginkan sesuatu, kita juga perlu melepaskan sesuatu. Seperti itulah yang dialami Nor Azila Aman sebelum perniagaannya sebagai stokis maju, sekaligus menyelamatkan rumah tangga yang bergolak gara-gara kesempitan wang.
Duit tidak boleh membeli kebahagiaan tetapi duit boleh membeli banyak perkara yang membuat kita bahagia. Berasal dari Selangor, wanita berusia 37 tahun ini pada asalnya hanya seorang surirumah sepenuh masa.
Ketika itu, kehidupan Nor Azila sekeluarga hanya bergantung pada pendapatan suami yang tak seberapa.
“Saya mula berjinak-jinak dengan bisnes online pada tahun lepas. Macam-macam bisnes yang saya buat tapi semua hanyalah sekadar jual-beli.
Maksudnya di sini saya tidak tahu erti sebenar tentang perniagaan sehinggalah saya ternampak iklan Makeydap’s.
Saya tertarik dengan cara pengasasnya iaitu Mama berbisnes. Jadi saya bermula sebagai dropship tanpa modal sehinggalah saya berjaya naik ke satu tahap lagi iaitu sebagai ejen.
Hasil tunjuk ajar yang berterusan, saya berjaya melantik ramai team di bawah saya dan berjaya naik ke satu tahap lagi iaitu stokis.
Alhamdulillah kini saya telahpun membantu ramai orang untuk buat bisnes sehingga mereka mampu untuk menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain lagi.” Nor Azila
PELAJARAN
Sebelum menceburi bisnes Makeydap’s, Nor Azila berkongsi bagaimana hidupnya sering kesempitan wang.
“Ya, masa dulu hampir setiap hari saya dan suami bertengkar. Masalah kewangan pernah menjejaskan hubungan kami. Sebab tu saya ambil keputusan untuk berniaga dan bantu suami untuk keluar dari masalah itu.” Nor Azila
Dengan azam untuk mencari kebebasan wang dan membantu lebih ramai suri rumah seperti dirinya agar tidak melalui situasi yang sama, Nor Azila tekad bekerja keras mencari rezeki melalui platform bisnes ini. Ditanya apakah cabaran paling sukar pernah ditempuhi, jawabnya…
“Ketika pandemik melanda, saya sukar menguruskan team saya dan biarkan mereka terkapai-kapai tanpa tunjuk ajar. Satu persatu lari tinggalkan saya seorang diri. Hal itu terjadi kerana saya tak pandai mengawal emosi.
Jadi saya rasa down dan sering menyalahkan diri sendiri. Masa itulah Mama menasihati saya supaya usah ada perasaan seperti itu. Kata-kata dan nasihatnya saya pegang sampai ke hari ini.
Rentetan pengalaman tersebut, saya bangkit semula membantu ramai suri rumah agar boleh berdikari. Mampu melihat mereka tersenyum dengan hasil bisnes sendiri adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan.” Nor Azila
SOKONGAN
Menjadikan kekuatan pengasas Makeydap’s iaitu Mama Rina sebagai inspirasi, Nor Azila tekad mahu menjadi wanita hebat seperti beliau yang sentiasa membantu wanita lain bangkit dari kesusahan hidup.
Mengakhiri perbualan, Nor Azila sempat mendedikasikan penghargaan terhadap ahli keluarga tersayang.
“Suami dan keluarga saya juga banyak memberi kata-kata semangat dan menyokong apa yang saya lakukan sekarang walaupun pada mulanya ada tentangan daripada mereka. Syukur setelah saya tunjukkan hasil saya pada mereka, mereka perlahan-lahan menyokong apa yang saya lakukan sekarang.
Saya harap boleh menjadi seorang wanita yang dikagumi oleh masyarakat di seluruh dunia. Besar impian saya mahu membantu lebih ramai suri rumah menjadi wanita yang hebat supaya mereka tidak dipandang rendah di mata masyarakat.” Nor Azila