Jakel terus memperluaskan penawaran jualan persiapan Aidilfitri kepada orang ramai menerusi pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen 7, di sini hari ini. Gedung baharu itu terletak 200 meter dari premis lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran, awal tahun ini.
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan di mana ia berkeluasan 7.02 ekar yang dimiliki oleh Jakel Realty Sdn Bhd.
“Premis baharu kami yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam ini turut menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa. Kita turut menyediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,” katanya.
Jelas Datuk Feroz lagi, MBSA telah memberikan kebenaran selama 2 tahun untuk Jakel meniaga di sini. Dari segi kekuatan bangunan, ia lebih kukuh, malah dibina mengikut piawaian TNB, Bomba dan sebagainya. Ditanya bagaimana pula dengan keadaan bangunan lama, ini penjelasan beliau.
“Bangunan lama masih lagi dalam proses ujian, untuk melihat sama ada masih selamat untuk diubahsuai atau dirobohkan. Kes tersebut juga masih dalam siastan, berkemungkinan juga bangunan terbakar disebabkan oleh adapter yang diletakkan oleh staf-staf kita. Kita kena tunggu keputusan kes, mungkin kita akan dapat dalam bulan lima. Sekiranya semuanya selamat, Jakel akan kembali berpindah ke sana dan gudang ini akan dibesarkan menjadi sebuah pusat membeli belah”.
Sehubungan itu, Mohamed Feroz menyeru warga Shah Alam dan orang ramai untuk meluangkan masa berkunjung ke Jakel Shah Alam yang baharu itu sambil membeli belah dengan tawaran harga yang menarik.
“Apapun kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. Pada masa sama, orang ramai juga berpeluang untuk dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya. Tambah beliau, di samping itu, selari dengan inisiatif dan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihaknya turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel baru-baru ini.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” ujarnya.
Selain itu, kata beliau, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad dipilih menjadi duta Jakel tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju percuma.