Gaya Hidup

Bangun Awal Pagi Sediakan Sarapan Anak-Anak, RUTIN Harian Datin Azila Caramella

Untuk mengambil sedetik waktu milik figura anggun dan terkenal di laman Instagram ini ternyata bukanlah mudah. Mana tidaknya, sebagai isteri, ibu, wanita yang mementingkan kecergasan, kecantikan dan fesyen  Datin Azila Caramella mempunyai jadual harian yang agak sibuk.

Walaupun sering sibuk sebagai Pengarah di beberapa syarikat miliknya dan suami, ini tidak bermakna tanggungjawab terhadap keluarga diabaikan malah Datin Azila mempunyai cara terbaik untuk memastikan segala jadual hariannya dapat disusun sebaik mungkin.

“Saya memegang jawatan sebagai Pengarah di beberapa syarikat milik suami. Oleh itu, saya perlu bijak mengatur jadual agar saya tidak mengabaikan tugas sebagai isteri dan ibu. Kebiasaannya, saya akan ke pejabat pada sebelah petang untuk menghadiri perjumpaan mahupun mesyuarat selepas jam dua petang. Pada sebelah pagi, saya akan pastikan hal anak-anak dan rumah diselesaikan terlebih dahulu. Tidak kira walau sesibuk manapun, urusan keluarga tetap menjadi keutamaan saya.”

“Sebelum saya keluar rumah, selalunya saya akan pastikan semua urusn suami dan anak-anak sudah tersedia terutamanya hidangan makan malam untuk anak-anak apabila mereka pulang dari sekolah. Saya lebih gemar menyediakan juadah untuk dinikmati oleh anak-anak.

Malah jadual harian saya bermula seawal jam 5.30 pagi setiap hari. Saya akan menyediakan lunch box

 untuk anak-anak. Pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Ini merupakan masa di mana mereka akan bercerita mengenai hal ehwal sekolah.

Manakala hari minggu pula, saya dan suami akan luangkan masa bersama anak-anak untuk bersantai di pusat beli-belah ataupun bercuti ke destinasi dalam mahupun luar negara.

Menyentuh mengenai destinasi percutian kegemaran keluarga, Datin Azila berkata destinasi percutian tepi pantai sering menjadi pilihannya seisi keluarga kerana keluarganya amat gemarkan pantai yang memutih serta keindahan alam semulajadi.

“Saya tidak suka mengunjungi destinasi pelancongan yang terlalu padat dengan pelancong. Walaupun saya telah mengunjungi destinasi percutian pantai di seluruh dunia, tetapi saya rasakan keindahan pantai di Malaysia terutamanya di Pulau Redang menjadi salah satu destinasi kegemaran. Saya gemarkan keindahan pantai dan keindahan alam semulajadi.

Kami berkesempatan ke Pulau Redang dan salute dengan usaha yang dilakukan di Taaras resort, Pulau Redang yang mengekalkan kawasan tersebut sebagai tempat persinggahan penyu. Satu usaha yang perlukan perhatian untuk menyelamatkan haiwan yang semakin pupus ini perlu diberi pujian,” ujar Datin Azila seraya mengakhiri perbualan.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu