Masalah bau mulut apabila bangun tidur memang memeningkan ramai orang. Busuknya Ya Rabbi, Tuhan sajalah yang tahu!

Ads

Jika ramai orang merungut kerana masalah ini, bermakna babak-babak romantis dalam filem seperti berpelukan di atas katil pada waktu pagi itu adalah palsu.

Kebiasaannya sejurus kita bangun pagi, kita pasti akan ‘menggerakkan’ suami dan anak-anak untuk bangun sekali. Masa inilah anda dapat menguji sejauh mana mereka bertahan dengan bau mulut sebelum gigi digosok, bau nafas naga tak?

Bangun Tidur Dengan Bau Nafas Naga, Ini KOMPLEN Isteri Paling Banyak Tentang Suami Mereka!

Bagaimana mulut boleh berbau? Sebenarnya semakin kering mulut anda, semakin tinggilah risiko nafas berbau terjadi. Di kalangan lelaki, masalah ini pasti bertambah buruk jika mereka tidur dan bernafas dengan mulut, berdengkur atau mengambil ubat-ubatan tertentu.

Ads

Kebiasaannya bau ini terhasil kerana produksi air liur yang sedikit sewaktu tidur. Menurut pakar pergigian di New York, Dr. Mazen Natour, air liur berfungsi untuk membersihkan bakteria penyebab bau mulut.

Ads

Jadi apabila produksi air liur ini berkurang maka bakteria bau mulut juga akan muncul berlipat ganda. Terdapat juga kondisi tertentu dimana bau mulut yang luar biasa terjadi akibat infeksi gusi, masalah gastrousus atau GERD.

Cara Hindari

  • Bernafas dengan hidung, bukan mulut.
  • Gosok gigi sebelum tidur kerana bakteria akan membiak lebih banyak jika mulut tidak dibersihkan.
  • Gosok gigi selama 2-3 minit kemudian gosok lidah. Setengah daripada bakteria punca bau nafas busuk berlaku di bahagian lidah.
  • Berkumur-kumur dengan ubat kumur bebas alkohol.
  • Minum air sebaik bangun tidur.
  • Guna penyembur nafas.
  • Buat pemeriksaan selalu di klinik gigi. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI