Bangunlah Daripada Mimpi Dunia Yang Membutakan, Natasha Hudson Seru Rakan Muslim Bersatu HULUR BANTUAN KEMANUSIAAN

Assalamualaikum. Kesempatan menitipkan sepatah dua kata di sini memberikan saya sedikit ruang untuk berkongsi hiba tentang isu kemanusiaan yang kian menjadi-jadi.

Sebenarnya setiap kali saya ikuti perkembangan saudara Muslim kita yang sedang diancam peperangan, hati saya bagai dihiris-hiris dengan pisau. Gambar-gambar pembunuhan, anak-anak kecil yang menjadi mangsa dan semua yang tidak bersalah amat menyayat hati. Melihat berita saja pun dah cukup membuatkan hati saya hancur berderai-derai.

Nasib dunia kini semakin parah. Apabila manusia terlalu rakus dengan hal-hal duniawi menyebabkan masyarakat mula berpecah-belah, berperang dan jenayah menjadi-jadi.

Lalu apa yang dapat dilakukan hanyalah berdoa, tingkatkan amalan serta pengetahuan agama kita agar menjadi umat yang lebih baik daripada sebelumnya.

Setiap negara dan tempat mempunyai konfliknya yang tersendiri. Ada isu dalaman atau masalah mereka yang berbeza-beza, sama seperti yang berlaku di negara kita sekarang. Kerana itu, golongan muda merupakan foundation yang paling penting dan asas itu adalah Islam.

Akhlak dan akidah perlu diperkukuhkan, kekuatan iman perlu dipertingkatkan serta selami ajaran Islam secara berterusan. Sesungguhnya amat banyak yang perlu kita belajar terhadap dua perkara ini.

Instagram: @natashahudsonofficial

Jauh di sudut hati, hanya Allah SWT saja yang tahu betapa melonjak-lonjaknya jiwa ini mahu menghulurkan bantuan kemanusiaan. Tapi tangan ini tak terjangkau mahu menolong semua yang tak bersalah, saudara semuslim kita semestinya.

Doa semata-mata tidak cukup tanpa laungan suara dan bantuan fizikal untuk meringankan beban mangsa. Konflik peperangan, kebuluran, penindasan atau apa sahaja di mana-mana ceruk dunia perlu diekspresikan dengan berani.

Kita perlu tegas dengan prinsip mengutamakan keamanan dan perdamaian. Para pemimpin mesti bersatu. Sehati menentang keganasan dan memilih kepimpinan yang adil serta amanah. Sayangnya, ia begitu sukar berlaku.

Sebagai seorang manusia, saya mengharapkan sebuah dunia yang aman. I crave for peace di seluruh alam sejagat. Inilah sebabnya kita perlu selalu mendampingi Al-Quran, belajar tentang agama kita dan timba ilmu untuk faham apa yang sedang berlaku dalam dunia sekarang.

Kita harus bangun daripada mimpi dunia yang membutakan kita dengan materialisme ini. Where are we Muslims? Who is helping? When? Kuasa menyebabkan manusia alpa, tapi ingat, Allah SWT lebih berkuasa dan penentu segala-galanya. Generasi muda perlu selalu ‘dikejutkan’ dari lena, kita boleh bersatu hati mengelakkan lebih banyak bencana dengan berdiri bersama-sama.

Saya juga berharap semoga para Muslimah kita akan menjadi wanita-wanita yang hebat seperti Ummul Mukminin, Sayyidatina Aisyah Abu Bakar dan puteri-puteri Rasulullah. Lead by example. Represent the Muslims like these great amazing women figures.

Praktis amalan sunah dan segala yang terbaik untuk masyarakat kita. Saya percaya memang sukar untuk menolak godaan dunia tapi lihatlah kehidupan ini dari mata hati. Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik untuk semua hamba-Nya. Dunia dan kehidupan kita adalah sementara.

Mati tidak menunggu kita, so you make the best of it with your ibadah and obedience to Allah.

Cerminlah diri kita sebagai manusia dan fikirkan sumbangan diri sendiri terhadap masyarakat dan Tuhan. Perbetulkan jiwa kerana pada akhirnya, kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Atau sesiapa. Kita akan berseorangan. Mati seorang diri dan berjumpa-Nya juga seorang diri. Change is now sisters. Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina