Sesungguhnya semua ini adalah ketentuan-Nya. Dan kita semua amat berdukacita atas apa yang berlaku. Namun sebagai orang beriman kita harus sabar dan berikhtiar mencegah penyakit untuk kebaikan semua.
Cubalah untuk patuh dengan segala nasihat dan arahan yang telah dilaksanakan. Kasihan insan lain yang berkorban demi kita. Terpaksa bekerja dan tinggalkan keluarga demi amanah merawat pesakit di hospital.
Mereka ada tanggungjawab yang besar, ia bukan soal gaji atau imbuhan. Tapi ia soal sumpah ahli badan perubatan yang mereka pernah ikrarkan.
Mereka patuh untuk menjaga kesihatan kita semua. Bantu mereka dengan:
- Kekal duduk di rumah dengan baik.
- Jangan ada impian pulang ke kampung halaman. JANGAN BAWA RISIKO BUAT IBU BAPA YANG TINGGAL DI KAMPUNG.
- Jangan sebarkan berita yang tak pasti.
- Jangan sesekali mengkritik kerja sesiapa pun, ini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan orang.
- Jadi positif dalam keadaan sekarang. Wabak ini benar-benar bahaya.
- Motivasikan diri dan rakan rakan dengan kata kata yang baik dan sihat di media sosial.
- Keluar dan tinggalkan WhatsApp Group yang tak habis kerja kritik kerja orang sahaja. Left and delete group.
- Solat jemaah dengan keluarga kita, inilah masa berbaik mengeratkan silaturrahim. Tapi jangan cuba-cuba untuk ke surau atau masjid yang dah dimaklumkan tutup buat sementara waktu.
- Bacalah Quran atau buku, satu surah atau satu bab sehari, cabar 14 hari berapa surah dan berapa buku boleh dibaca.
- Boleh mantapkan ilmu dengan ikuti kuliah online siaran tertunda Surau Nurul Iman.
- Banyakkan berdoa, bukan untuk keluarga dan diri kita saja. Tetapi buat semua pegawai perubatan, kakitangan KKM yang bertarung dengan virus yang tak nampak dengan mata ini.
Ya Allah, peliharalah kami semua dan semua yang bertungkus lumus membantu agar ummat Nabi Muhammad ini masih kekal bernyawa.
Jaga diri dan ahli keluarga baik-baik. Kiffy Razak #staysafe #stayhome