Bantu Rakyat Perangi COVID-19, PUTERA MAHKOTA Kacak DUBAI Ini Suntik DANA & SEMANGAT

Pandemik COVID-19 telah merebak ke seluruh dunia dan ketika ini penularan virus ini paling parah di negara Itali. Lebih dari 40,000 rakyat Itali telah jadi mangsa COVID-19. Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum telah merencana pelbagai langkah untuk menentang virus yang sedang mengancam dunia ini.

Lelaki terkaya di dunia ini, telah mengeluarkan perintah yang perlu dituruti oleh seluruh rakyat demi membendung pandemik ini daripada merebak. Pewaris takhta kerajaan Dubai ini berusaha menyakinkan rakyat bahawa kerajaan ambil berat tentang keselamatan mereka. Antara langkah yang telah diatur oleh Putera Mahkota ini;

1. Putera kedua kepada Emir Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum ini telah mengeluarkan resolusi, menubuhkan pusat bagi penyakit dan wabak ‘The Disease and Epidemic Control Centre’.

2. Sheikh Hamdan telah melancarkan kempen ‘Your City Needs You’ yang merupakan kempen sukarelawan melalui aplikasi ‘Day for Dubai’. Aplikasi ini memanggil semua pakar dalam bidang masing-masing untuk menyumbang dalam suasana getir ini.

3. Baginda juga telah melakukan suntikan ekuiti baru ke syarikat penerbangan Emirates untuk membantu mengatasi krisis COVID-19. Coretnya di laman Twitter, “Emirates, syarikat penerbangan nasional kami, meletakkan Dubai sebagai hab perjalanan global dan mempunyai nilai strategik yang besar sebagai salah satu tonggak utama ekonomi Dubai, serta ekonomi UAE yang lebih luas. Kami akan mengumumkan butir-butir lanjut tentang suntikan ekuiti dan lebih banyak langkah tidak lama lagi,” katanya.

Putera Mahkota Dubai yang berkahwin pada bulan Ramadan tahun lalu sering kali memujuk rakyatnya dan menekankan tentang kepentingan duduk di rumah. Antara perkongsiannya, “Pandemik ini adalah ancaman yang sangat bahaya kepada setiap orang. Satu-satunya cara untuk memastikan kita melindungi orang yang tersayang ialah Duduk Di Rumah,” katanya.

Selain itu, Sheikh Hamdan telah memuji pegawai petugas hadapan yang dedikasi membantu membendung pandemik COVID-19 di laman Twitter peribadinya. Sheikh Hamdan  juga berkongsi mesej untuk mengurangkan ketakutan yang disebabkan oleh Pandemik Covid-19. Baginda memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai menjadi keutamaannya.

Putera diraja Dubai yang berusia 35 tahun ini, dikagumi dan disayangi kerana bersikap sederhana, merendah diri, bijak, berbudi bahasa dan suka membantu rakyat jelata. Sheikh Hamdan juga dikenali sebagai seorang yang dermawan dan prihatin akan nasib rakyatnya yang kurang bernasib baik.

Sejak ditabalkan sebagai Putera Mahkota Dubai pada 1 Februari 2008, Sheikh Hamdan masih memainkan peranan aktif dalam Pusat Autisme Dubai selaku penaung kehormat.

Sumber: khaleejtimes.com

Share
Published by
Hamizatul Maizan