Takutnya nak bersalin. Banyak pula pengalaman yang dikongsi dalam internet. Tapi kebanyakkannya lebih kepada mitos dan bukan fakta. Betul ke?
Ads
Bersalin normal:
MITOS
Tidak memerlukan persiapan kerana segalanya berlaku secara semulajadi
FAKTA
Oh, jangan ambil mudah! Kaedah bersalin normal memang sakit kerana itu anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Posisi yang betul serta teknik yang sesuai perlu dipelajari kerana ada cara untuk mengelakkan anda merasa sakit yang teruk.
MITOS
Doktor perlu ada walaupun sudah ada bidan yang dipilih menyambut kehadiran si kecil
FAKTA
Bidan yang ada sudah dilatih untuk menyambut kelahiran bayi. Ilmu kebidanan yang mereka ada sudah cukup tanpa memerlukan bantuan doktor. Cuma, jika ada komplikasi, anda perlu segera menghubungi doktor.
Kaedah caesarean:
MITOS
Jika anda sudah melepasi tarikh due, anda perlu berhadapan dengan kaedah pembedahan atau caesarean.
FAKTA
Induksi adalah cara alternatif yang boleh menjadi pilihan anda sekiranya kontraksi tidak berlaku
MITOS
Kaedah caesarean sangat selesa dan lebih rendah risiko dari bersalin normal
FAKTA
Pembedahan caesarean tetap berhadapan dengan pendarahan, komplikasi terhadap ubat, jangkitan kuman serta kemalangan yang berlaku ketika pembedahan. Jadi, pilihlah kaedah untuk bersalin dengan betul.
Ads
MITOS
Hubungan ibu dengan anak lebih renggang sekiranya si ibu memilih untuk melakukan pembedahan caesarean.
FAKTA
Hubungan erat di antara ibu dan anak boleh sahaj menjadi rapat. Sebaik selesai pembedahan, si ibu tetap boleh melihatnya si kecil dan memanjakannya bermula dengan memberikan susu badan.
Bersalin dalam air atau waterbirth:
MITOS
Ads
Bayi boleh tenggelam, tersedak air dan lemas
FAKTA
Bayi baru lahir menerima oksigen dari plasenta dan mengalirkannya ke paru-paru. Plasenta berperanan sebagai sistem filter dan pernafasan di dalam perut. Ketika ia muncul di dalam air, sistem ini masih bekerja dan bayi ini di angkat dari air menerima signal untuk mengganti sistem sirkulasi. Ini menyebabkan darah mengalir ke paru-paru untuk kali pertama.
MITOS
Usia ibu menentukan kesesuaian pilihan untuk waterbirth
FAKTA
Tidak semestinya ini menjadi keutamaan. Cukup sekadar anak dan ibu cukup sihat untuk menjalani kaedah ini. Namun, jika bayi songsang, mempunyai kelahiran kembar atau bayi pra matang, anda dinasihatkan tidak menggunakan kaedah waterbirth.
MITOS
Kaedah waterbirth lebih sakit dari kaedah normal
FAKTA
Melahirkan bayi melalui kaedah waterbirth tetap sakit namun ramai wanita mengakui sakitnya kurang ½ daripada kaedah bersalin normal. Sekalipun sakit, ia bukan akibat daripada kontraksi tetapi kerana tekanan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti yang satu ini sememangnya wanita inspirasi. Najwa Latif ada sarjana dan bakal bergelar Doktor apabila tamat pengajian kelak.
Siapa sangka walaupun pada mulanya tidak meminati bidang akademik namun Najwa Latif kini sedang berusaha meraih gelaran tertinggi dalam pendidikan. Penyanyi lagu Kosong ini begitu teruja dengan ‘rezeki’ yang diperolehnya ini. Sebelum meneruskan pengajian di peringkat PhD, Najwa Latif ada sarjana dalam bidang yang sama.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Najwa Latif kini menjawat jawatan sebagai pensyarah, sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017. Najwa Latif kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Sarjana.
Wanita yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-27 baru-baru ini telah menzahirkan rasa syukur dalam masa yang sama teruja membayangkan ‘gelaran’ yang bakal disandangnya kelak walaupun pengajiannya baru bermula seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.
“Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar doktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.
Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.
Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.
Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” tutur Najwa Latif.
Menurut Najwa (ketika itu) masih dalam proses untuk menentukan penyelidikan apa mahu dikaji bagi tesisnya nanti. Semoga kejayaan Najwa Latif ini menyuntik inspirasi kepada wanita lain untuk mencapai sesuatu tanpa kenal istilah putus asa.
Bangga dan kagum dengan semangat pelakon, Darling Ngasri atas kejayaan menamatkan pengajian sekaligus menggenggam Diploma baru-baru ini. Meskipun sudah melakar nama dalam industri seni tanah air sejak kecil dan membintangi ratusan drama namun kakak kepada pelakon Datin Anne Ngasri ini tetap meneruskan hasrat untuk melanjutkan pengajian.
Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri pada 1 Julai lepas kelihatan ceria meraikan majlis graduasinya di Majlis Konvokesyen Meatech Creative Academy ke-6. Dia yang anggun dalam persalinan kurung biru turut ditemani suami tercinta, Nur Azlin Rahmat dan ibu tersayang.
Pada istiadat konvokesyen itu, Darling yang berusia 41 tahun menggenggam Diploma Kemahiran Malaysia. Turut sama menerima diploma ialah rakan artis yang juga pelakon, Fauzi Nawawi.
Darling menerusi media sosial miliknya turut menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan berkenaan.
“I officially graduated! Syukur alhamdulillah atas segala nikmatMu, dapat berkongsi pentas bersama rakan-rakan seperjuangan menerima diploma dalam bidang penerbitan.
Semoga dengan pengiktirafan ini akan terus menyuntik semangat kepada semua penggiat industri! Mudah-mudahan kita dapat memberi manfaat kepada insan lain, insyaAllah.
Terima kasih suami, mama, keluarga, rakan-rakan dan kolej Meatech atas sokongan dan peluang ini. Ke arah masa depan industri yang lebih baik. InsyaAllah.”
2 Jun lalu, Darling menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-41. Dia merupakan anak kepada Ngasri Sain and Habibah Jaafar.
Darling juga adik kepada pelakon Naszeli Ngasri, Nasrizal Ngasri atau dikenali sebagai Bell Ngasri dan kakak Naszriah Ngasri atau Datin Anne Ngasri.
Selain itu, figura ini turut mempunyai dua orang adik-beradik lain iaitu Nasliza Ngasri dan Nassuhada Ngasri. Bapa mereka pernah berkhidmat sebagai juruhebah dan pengacara di RTM.
Darling Ngasri menceburi bidang seni pada tahun 1988 dan kini bergelar penerbit serta pemilik NS Star Sdn Bhd.
Dia mendirikan rumah tangga bersama Nur Azlin Rahmat pada 30 Mei 2009 dan hasil perkongsian hidup selama 15 tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Nur Nashrullah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuatkuasa 21 April lalu.
Dr Muhammad Radzi yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Dr Muhammad Radzi berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara.
“Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah; Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.
“Dr Muhammad Radzi juga pernah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi serta menjadi Pengerusi Pentauliahan bidang kepakaran ini dari tahun 2013 hingga 2021.
“Saya yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti Dr Radzi mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama saya dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dklaksanakan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, ini selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia Madani dapat terus menikmati perkhidmatan Kesihatan yang komprehensif, berkualiti serta mampan.
Sumber: Astro AWANI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...