Jenama Ezzati Amira kian mendapat tempat dihati penggemar fesyen tempatan. Rekaan segar Ezzati memberikan nafas baharu dalam pemakaian trendy harian serta pemilihan gabungan fabrik menjadikan setiap helaian tersendiri. Pemilik jenama yang diungguli oleh seorang wanita bernama Ezzati Amira binti Affandy merupakan graduan dalam jurusan rekaan fesyen di Raffles Design Institute. Pengalaman selama 8 tahun dalam industri fesyen membuktikan Ezzati mampu membina jenama dan empayarnya sendiri.
BAGAIMANA JENAMA EZZATI AMIRA BOLEH TERCETUS?
Selepas saya tamat belajat pada tahun 2010, saya terus bekerja di sebuah syarikat high street lokal fesyen bernama Le Ann Maxima selama 3 tahun. Selepas itu, saya pernah menajdi jurujual di sebuah butik fesyen yang terletak di Publika. Dalam pada masa yang sama, keluarga saya mencadangkan saya untuk membuka jenama fesyen saya sendiri. Dari situ, bermulanya karier saya sebagai pereka fesyen dimana saya mula menghasilkan beberapa koleksi dalam skala yang kecil iaitu koleksi Spring/Summer 2013. Saya ada memuat naik gambar koleki saya menerusi laman Instagram dan ia menjadi tular dikalangan rakan-rakan saya.
APAKAH SIGNATURE JENAMA EZZATI AMIRA?
Di sini saya boleh katakan jenama saya terkenal dengan cetakan atau motif yang menyerlah. Selain itu, Setiap rekaan Ezzati Amira juga boleh dikatakan cukup versatil. Sebagai contoh, dalam satu koleksi, anda boleh menyuai padan mengikut citarasa anda. So, I would say, my designs are quite thoughtful. Ini kerana, ketika saya mereka sesebuah pakaian seperti, baju, dress atau skirt, saya akan memikirkan ia mampu dijual atau pun tidak? Adakah ia cukup praktikal untuk digayakan oleh individu yang kurus atau besar? dan cuaca yang sesuai atau tidak? Misi utama jenama saya ialah memastikan setiap pelanggan saya tampak cantik dan berkeyakinan saat menggayakan rekaan saya.
BAGAIMANAKAH ANDA MENDAPAT INSPIRASI DAN MENTERJEMAHKAN IA KE DALAM REKAAN ANDA?
Sejujurnya ia tidak menentu. Kadangkala ia datang begitu saja dan kadangkala saya akan mendapat inspirasi bila duduk minum kopi while observing people on the street. Saya suka observe apa yang manusia pakai. Saya juga selalu membuat research dan update dgn trend-trend terkini. Untuk koleksi saya, kebanyakkannya diinspirasikan dari fotografi, filem dan budaya. Namun paling banyak ialah fotografi. Saya suka melihat foto-foto perang, foto berkenaan dengan alam semulajadi atau national geographic related and cultural stuffs. Dari situ, saya melihat perincian yang amat menarik dan saya terjemahkan ia ke dalam rekaan saya.
APAKAH CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMASTIKAN JENAMA ANDA BERTAHAN HINGGA KINI?
Alhamdulillah, kini jenama Ezzati Amira sudah masuk tahun yang ke-6. Terlalu banyak cabaran especially when you are doing fashion in Malaysia. Ini kerana negara kita bukan negara yang sangat berkembang dengan dunia fesyen. Jadi, ia sedikit mencabar bagi saya. Dari segi ekonomi dan retail juga, kami masih lagi mengejar and slowly building up. Dari segi persaingan pula, saya melihat terlalu banyak jenama yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
BAGAIMANA ANDA MELIHAT JENAMA ANDA 5 TAHUN AKAN DATANG?
Inshaallah saya berhajat untuk membuka retail shop di pusat membeli-belah. Manun, ini masih dalam perancangan dan impian saya dan berharap akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Selain itu, saya juga ingin meluaskan jenama Ezzati Amira di peringkat antarabangsa seperi di China.
APAKAH PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN?
Mungkin waktu yang sangat stres adalah sewaktu menghasilkan koleksi untuk runway dan tidak mendapatkan waktu tidur dan rehat yang secukupnya. Namun pengalaman itulah yang sangat memorable buat kami semua and I guess that is the beauty of being a fashion designer. Hidup ini tidak pernah berhenti daripada bekerja. Selepas siap satu koleksi, ada lagi koleksi yang perlu disiapkan. Dalam waktu yang sama, kami ada side job seperti bridal wear yang perlu disiapkan. So, yeah it’s pretty much a stressful life, especially managing a brand while designing as well. But I still love my job.