Anda masih tercari-cari lagi baju Raya yang sesuai dan sedondon dengan keluarga? Jangan bimbang kerana butik Temujanji by Suzie Eryanty mengeluarkan koleksi ready-to-wear bertemakan Greek Goddess bersempena Syawal tahun ini.
Butik Temujanji by Suzie Eryanty turut menawarkan koleksi pakaian wanita berkonsepkan moden, elegan serta ladylike.Semua koleksi boleh dilihat menerusi Instagram dan Facebook Temujanji by Suzie Eryanty. Butik ini boleh dikunjungi di Saville Melawati.
Ditubuhkan sekitar tahun 2014 pengasasya, Suzie Eryanty mengambil ilham daripada namanya sendiri di samping caranya yang gemar melaram setiap kali ke majlis-majlis antaranya perkahwinan.
EKSKLUSIF
“Kami menyediakan khidmat pakaian made-to-measure di mana pelanggan boleh menempah stail pakaian diinginkan. Pakaian bagi lelaki dan anak-anak juga boleh direka khas di butik ini agar dapat sedondon dengan keluarga.
Pereka kami bersedia memenuhi permintaan tersebut seiring dengan falsafah kami iaitu “classy and timeless beauty, is on every design”. Butik Temujanji turut menawarkan koleksi ready-to-wear khusus buat wanita.
Pelanggan kami bukan sahaja dari Malaysia malah Singapura, Brunei, Indonesia dan Dubai. Selepas ini saya merancang mengeluarkan lebih banyak koleksi ready- to-wear
bersaiz standard agar lebih ramai berpeluang menyarungkan jenama Temujanji by Suzie Eryanty.Rekaan kami juga sesuai sepanjang masa kerana ia dihasilkan tidak mengikut trend. Setiap koleksi dikeluarkan dalam kuantiti terhad. Keistimewaan lain ialah fabrik berkualiti di samping butiran manik yang terhad bagi setiap rekaan. Setiap sudut butik menerapkan konsep moden kontemporari yang direka sendiri oleh Suzie. Off white dan kelabu menjadi warna latar butik. Rona dusty pula menjadikan butik tidak terlalu menyerlah.
Tujuannya agar setiap produk Temujanji lebih menonjol sekaligus menarik perhatian ramai untuk membeli
PERANCANGAN
“Selepas musim perayaan butik Temujanji by Suzie Eryanty bakal melebarkan sayap dengan melancarkan label baharu di bawah Temujanji iaitu TJKL. Ia memfokuskan kepada koleksi ready-to-wear serta lebih banyak pilihan. Kami cuba untuk memasarkan pakaian mampu milik agar lebih ramai yang dapat membeli dan menggayakan busana bercirikan sofistikated dan sepanjang masa.
Kredit Foto: TEMUJANJI BY SUZIE ERYANTY
This website uses cookies.