Sejak pagi, berita penahanan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi tajuk bualan utama hari ini. Tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 10.30 pagi.. ribuan rakan media dari dalam dan luar negara telah mula membanjiri perkarangan mahkamah. Apa yang pasti, seluruh rakyat menanti-nantikan perkembangan Perdana Menteri ke-6 ini. Hingga ada yang sanggup ‘melekat’ di kaca televisyen!
Melalui rakaman video yang terpapar secara meluas, kelihatan beberapa pemimpin parti UMNO dan penyokong Datuk Seri Najib hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan. Turut kelihatan, dua anak beliau iaitu Nooryana Najwa dan Mohd Norashman yang setia menemani bapa tersayang.
Berusia 30 tahun, anak perempuan Datuk Seri Najib yang mendirikan rumah tangga pada 2015 dengan jejaka dari Kazakhstan, Daniyar Kesikkba dilihat cukup tenang melalui detik sukar berkenaan.
Meskipun telah bergelar ibu, Yana tetap meluangkan masa bersama ahli keluarga dan tidak mengalah menyuarakan kata-kata semangat kepada para penyokong bapanya menggunakan platform media sosial miliknya.
“No one is as kind, loving and gentle as this man. He has more emotional and mental strength than all of us put together. Even in the face of adversity today, he smiled, laughed and gave us all a hug… worried more for the family than himself.
For 42 years, he thinks of the ‘rakyat’ when he wakes up from sleep until he goes to bed. Let’s just think of him this one time when he needs us the most. You can paint a man black but Allah knows. If it can happen to our leaders, it can happen to anyone of us…. nevertheless we believe Allah is not sleeping.”
Keterbukaan Yana menzahirkan suara hatinya itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang positif memberi kata-kata semangat, tidak kurang juga yang mengecam tindakan Yana tersebut.
Sebagai anak, sudah tentu Yana rasa bertanggungjawab dan sanggup melakukan apa saja untuk menyokong bapa tersayang tidak kira dalam apa jua keadaan.
Difahamkan, Datuk Seri Najib telah dibebaskan petang tadi dengan jaminan RM1juta dengan dua orang penjamin iaitu anaknya, Ashman dan Yana. Mahkamah juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 18 Februari tahun depan dan menetapkan 8 Ogos ini untuk pengurusan kes.
Sumber: Instagram Yana Najib