Gadis bernama Suhana Khan ini ternyata mewarisi kecantikan dan bakat kedua-dua ibu bapanya. Meskipun baru berusia 18 tahun dan masih bergelar pelajar, namun setiap kali kelibatnya muncul di khalayak pasti ada ‘mata-mata’ yang memerhati. Begitulah kehidupan yang dilalui Suhana yang merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Raja Bollywood, Shah Rukh Khan. Belum pun menceburi bidang seni di India, tapi simbahan dunia glamor sudah mula menyinari kehidupannya.
Bersandarkan populariti bapa dan daya penarik ibu Gauri Khan… Suhana telah dipilih menghiasi kulit depan majalah terkemuka India iaitu Vogue India edisi Ogos 2018. Bagi anak gadis yang muda sepertinya dan tidak pernah terlibat dengan sebarang filem mahupun drama, ia nyata satu penghormatan besar. Untung Suhana!
Timbul juga ramalan bahawa gadis cantik ini adalah pelapis kepada bintang terkenal seperti Aishwarya Rai dan kemunculannya kelak bakal menggegarkan industri perfileman Bollywood. Apa yang pasti, Suhana sudah mula menjadi buruan penerbit filem tersohor dan syarikat produksi. Namun segala-galanya terletak kepada keputusan Shah Rukh Khan dan isteri.
Ads
Ads
Khabarnya, rakan karib Shah Rukh Khan yang juga penerbit filem Kahan Johar antara yang sedang mengintai bakat Suhana selain beberapa penerbit filem lain termasuk Sanjay Leela Bhansali dan Sujoy Ghosh. Cerah masa depan Suhana lepas ni.
Selain Suhana, perkahwinan hampir tiga dekad Shah Rukh Khan dan Gauri turut dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Aryan Khan dan AbRam Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meresahkan. Mencabar. Berbeza. Mungkin inilah yang kita fikirkan tentang tahun 2020 tapi realitinya menerusi Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2020, tingkah laku kewangan rakyat Malaysia pada tahun ini tidak banyak berubah.
Sebentar tadi, pembentangan Belanjawan 2021 merekodkan perbelanjaan terbesar dalam sejarah negara iaitu membabitkan sejumlah RM322.5 billion. Ia dilihat mampu meringankan beban rakyat sewaktu berdepan impak COVID-19 yang jelas menjejaskan pertumbuhan ekonomi seluruh dunia.
Hasil tinjauan mendapati 76% rakyat Malaysia mendakwa bahawa kewangan masing-masing adalah terkawal (sedikit kenaikan daripada 69% tahun lalu).
Walau bagaimanapun, 46% responden mengakui sering membelanjakan seluruh atau lebih daripada gaji bulanan mereka. Sementara itu, 53% pula mengaku bahawa mereka tidak mampu bertahan lebih dari 3 bulan tanpa gaji dengan wang simpanan yang ada.
Golongan belia (umur 35 tahun ke bawah) lebih membimbangkan kerana 60% belia tidak mampu bertahan lebih dari 3 bulan tanpa sebarang wang simpanan.
Banyak peruntukan kali ini dikhususkan untuk tujuan pemulihan – Belanjawan 2021
“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada bulan Mac, ekonomi negara sangat terjejas. Sepanjang tempoh tersebut, ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan kukuh kerana mereka tidak boleh keluar bekerja, dipotong gaji, atau pun dihentikan kerja kerana syarikat terpaksa mengurangkan kos,” kata Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif RinggitPlus, Hann Liew.
Disebabkan wabak Covid-19, 27% masyarakat Malaysia sedar betapa pentingnya dana kecemasan. Statistik moratorium pinjaman automatik turut menyokong sentimen ini.
Menurut Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), terdapat lebih daripada 7.7 juta peminjam di Malaysia yang mengambil moratorium pinjaman. 16% responden kajian ini juga mengaku bahawa mereka masih belum mampu meneruskan pembayaran balik apabila tempoh moratorium tamat.
Di sebalik itu, pandemik ini juga telah menyebabkan satu perubahan ketara dalam tingkah laku perbelanjaan masyarakat Malaysia. 88% menyatakan bahawa mereka lebih kerap membuat pembayaran menerusi kaedah tanpa tunai atau tanpa sentuhan. Malahan, 90% responden mempunyai e-dompet dalam telefon pintar mereka.
Ini adalah kajian terbesar RMFLS oleh RinggitPlus sejak dilancarkan pada tahun 2018, dengan jumlah 10,628 responden dari seluruh negara – yang mana persampelan berstrata telah dilakukan untuk mencapai sampel yang mewakili populasi negara Malaysia.
Celik Literasi Kewangan
Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan literasi kewangan di negara ini, RinggitPlus juga mengumumkan pelancaran myRinggitHealth, satu perkhidmatan baru yang membolehkan masyarakat Malaysia mengakses dan memahami kesihatan kewangan mereka dengan segera, di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara percuma.
Pertama di Malaysia, myRinggitHealth adalah perkhidmatan integrasi di aplikasi WhatsApp yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan chatbot yang akan membantu mereka memeriksa skor kredit mereka. Apa yang menarik adalah chatbot ini juga boleh membantu membimbing pengguna dan memberikan nasihat, berdasarkan status kewangan mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama tudung popular, Loveta melancarkan koleksi tudung terbaharu, Assyfa Manes
yang hanya memakan masa 7 saat untuk digayakan oleh wanita. Menampilkan 8 pilihan warna, pilihan kain jenis premium soft pleated chiffon ini menambahkan keselesaan kepada setiap wanita selain menjimatkan masa untuk digayakan.
Menurut pengasas LOVETA Siti Fatimah Suberi, Assyfa Manes merupakan rekaan tudung terbaharususulan kejayaan dan permintaan tinggi tudung Assyfa yang menjadi signator jenama ini.
“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan iaitu Assyfa cinta yang telah mendapat permintaan tinggi oleh kaum wanita. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan mencecah 50,000 helai dalam tempoh sebulan.
Siti Fatimah Suberi bersama Allahyarhamah Siti Sarah
“Justeru kami tampilkan koleksi Assyfa Manes sebagai pengubat kepada peminat koleksi
Assyfa yang sentiasa menantikan pembaharuan dan rekaan baharu. Lebih menarik, Assyfa
Manes akan menjimatkan masa setiap wanita yang memakai dengan hanya 7 saat.
“Saya faham peranan dan tanggungjawab wanita dimasa sekarang tidak mudah, banyak kerja yang perlu dilakukan sekaligus memberikan inspirasi kepada saya untuk tampil dengan rekaan yang mudah dipakai dan sesuai untuk semua generasi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Assyfa Manes di Rumah Anak Yatim Al Kausar, Bangi.
Memilih Rumah Anak Yatim Al Kausar, sebagai lokasi perlancaran, Siti Fatimah berkata dia
ingin menyambung usaha murni yang pernah dilakukan Allahyarham Siti Sarah ketika
hayatnya. Kanak-kanak dan remaja perempuan di Rumah Anak Yatim Al Kausar berpeluang ditatarias oleh jurusolek professional sambil menggayakan koleksi jubah dan tudung terbaharu jenama LOVETA. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka menerima kehadiran tetamu istimewa kali ini.
“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah
akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim. Dalam majlis ini juga saya adakan bacaan yaasin untuk arwah.
“Antara sebab lain saya adakan disini juga adalah kerana saya belum dikurniakan
zuriat,sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus
maju dan memiliki cahaya mata,” Katanya.
Tudung Assyfa Manes sudah mula dijual secara online di laman web www.lovetahq.com,
media sosial Facebook,Instagram,Tiktok dan shopee (@lovetahq),stokis dan ejen sejak selasa lalu susulan mendapat permintaan yang tinggi. Tudung Assyfa Manes dijual pada harga RM59.00.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengumuman tergempar oleh penyanyi No. 1 negara, Datin Seri Dato’ Siti Nurhaliza di kediaman beliau malam tadi, menjawab teka-teki kehamilannya selama ini.
Meskipun Nona tidak berpeluang ke lokasi, namun sesi santai bersama teman media itu turut disiarkan secara langsung melalui media sosial rasmi beliau bagi berkongsi khabar gembira tersebut.
Menurut Dato’ Siti, tujuan beliau berehat selama 4 bulan adalah bagi memastikan kandungannya benar-benar stabil selepas menjalani rawatan kesuburan.
“Alhamdulilah kini saya hamil 4 bulan. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur ini selepas 11 tahun kami bersabar. Sebab itulah saya ambil keputusan untuk berehat daripada sebarang persembahan.
Saya telah melakukan rawatan kesuburan di Alpha Fertility Centre. Sepanjang proses rawatan, saya buat keputusan untuk betul-betul berehat daripada sebarang aktiviti, demi kandungan ini. Duduk dalam bilik dan tak buat kerja berat.
Dengan izin-Nya, saya memanjatkan kesyukuran sebab pada usia 38 tahun, pada ulang tahun perkahwinan ke-11 dan kepakaran Dato’ Dr. Colin Lee, maka kami dapat rezeki ini.
InsyaAllah saya akan berkongsi tentang kaedah kesuburan ini dengan lebih terperinci nanti. Semoga ia juga dapat membantu wanita lain yang turut berikhtiar mendapatkan zuriat seperti saya,” kata Dato’ Siti yang kelihatan sangat anggun, walaupun sedikit berisi.
Sewaktu majlis doa selamat, solat hajat dan maulid
Beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa turut berterima kasih pada semua yang menyokong mereka selama ini.
Dato’ Siti juga mengharapkan doa agar kandungan beliau membesar dengan sihat, diberi kesempurnaan serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Beliau juga berharap agar penjelasan itu dapat menutup semua spekulasi negatif kerana fokusnya sekarang adalah anak dalam kandungan.
Selama 22 tahun dalam industri hiburan tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza berjaya meraih pencapaian luar biasa di dalam dan luar negara serta masih mengekalkan popularitinya sebagai penyanyi No. 1 Malaysia.
Di atas faktor itu, beliau beberapa kali menerangkan tujuan diadakan majlis sederhana tersebut agar para peminat tahu keadaannya yang sebenar. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung Dida Sinclair kerana bukan hanya mempunyai suami penyayang. Malah dikurniakan anak-anak yang ‘cantik’ budi pekerti dan menantu yang baik. Kemesraan dan rumah tangga bahagia Dida Sinclair di samping suami tercinta, Mohamed Sinclair wajar menjadi inspirasi ...