Gaya Hidup

Baru 3 Bulan Melahirkan, Zahirah Macwilson Tampil Anggun Kini Duta Produk Lampin Offspring

Bayi secara umumnya dilahirkan dengan kulit yang sangat nipis, menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada sensitiviti dan iritasi. Menyedari keperluan ini, Offspring Inc., peneraju dalam produk penjagaan bayi organik yang premium, hari ini memperkenalkan inovasi terbarunya, lampin Offspring FeatherAIR. Direka dengan teknologi terkini dan komitmen terhadap keselamatan, Offspring FeatherAIR meningkatkan prestasi industri penjagaan bayi, memberikan ketenangan untuk ibu bapa serta memberikan yang terbaik buat si kecil mereka tanpa perlu berkompromi.

Bercakap di majlis pelancaran, Encik Ng Hock Guan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEDANIA Innovator Bhd berkata, “1 daripada 3 bayi mempunyai kulit sensitif. Kulit bayi agak lemah dan dianggarkan 30% lebih nipis daripada kulit dewasa, menjadikannya lebih mudah menyerap bahan dan menembusi jauh ke dalam lapisan kulit. Jika penghalang kulit menjadi lemah, kulit boleh mudah teriritasi disebabkan oleh imuniti yang rendah. Offspring FeatherAIR yang baharu ini menangani isu ini dengan penyerapan terbaik dalam kelasnya dan kekeringan yang tiada tandingan, sambil menawarkan keselesaan optimum. Diluluskan oleh pakar pediatrik dan dermatologi, ianya 100% bebas klorin dan bahan kimia, memastikan keselamatan dan ketenangan minda untuk ibu bapa. Dengan inovasi baharu Offspring FeatherAIR, kami mentakrifkan semula piawaian lampin sambil mematuhi piawaian etika yang ketat—bebas ujian haiwan dan vegan—untuk memastikan lampin kami lembut dan selamat untuk kulit bayi anda.”

Pelancaran Offspring FeatherAIR kali ini disensasikan dengan kehadiran individu-individu hebat dan terkenal termasuk Datuk Azrin Bin Mohd Noor, Pengasas dan Pengarah Urusan Sedania Innovator Berhad; Datuk Noor Syafiroz bin Mohd Noor, Pengarah Eksekutif Sedania Innovator Berhad; personaliti dan juga pengguna sebenar Zahirah MacWilson, Jeii Pong, Nelysa Norazlan dan Dr Shazril Shaharuddin, bersama pakar-pakar terkemuka Dr. Chin Wai Seong, Pakar Perunding Pediatrik dan Ms. Jade Ng, Saintis Bahan.

Duta Offspring yang baru dilantik, Zahirah MacWilson, berkongsi pengalamannya menggunakan Offspring FeatherAIR untuk si kecil yang baru saja dilahirkan, Inara. “Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mencari produk yang bukan sahaja berkesan tetapi juga selamat untuk kulit sensitif anak saya. Offspring FeatherAir melebihi jangkaan saya dengan bahan semulajadi dan formulasi yang lembut. Saya gembira dapat memilih produk yang bukan sahaja baik untuk bayi saya tetapi ia juga mesra alam. Saya juga cukup teruja melihat pembungkusan Offspring bukan sahaja menarik tetapi juga mesra pengguna—jelas sekali jenama ini benar-benar mengambil berat tentang ibu-ibu dan si kecil mereka.”

Ciri-Ciri Utama Offspring FeatherAIR:

  • Bebas Bahan Kimia & Klorin: Menepati falsafah Offspring, Lampin FeatherAIR adalah 100% bebas daripada klorin dan bahan kimia berbahaya, menjadikannya selamat walaupun untuk kulit yang paling sensitif. Ia diluluskan oleh pakar pediatrik dan dermatologi, memberikan keyakinan penuh kepada ibu bapa.
  • Penyerapan Unggul: Dengan 11X penyerapan air kencing melalui teknologi teras SapGuard 10-lapisan dan 2XSap, lampin ini menjamin 6X kekeringan dan ketenangan fikiran untuk ibu bapa.
  • Pengaliran Udara Ditingkatkan: Dengan 130X pengaliran udara yang dipertingkatkan, FeatherAIR memastikan keselesaan udara untuk pernafasan kulit maksimum, memastikan kulit bayi kekal kering dan sihat.
  • Perlindungan Kebocoran Inovatif: Perlindungan tiga lapisan terhadap kebocoran mengelakkan kebocoran dan “blowouts”, memastikan keselesaan tanpa gangguan untuk bayi yang aktif.
  • Ketipisan dan Keselesaan Tanpa Tandingan: Dengan ketebalan hanya senipis 1.5mm, lampin FeatherAIR menawarkan pengalaman seperti “kulit kedua”, memastikan keselesaan maksimum untuk bayi sepanjang hari dan malam.

Direka bagi memenuhi keperluan segmen premium dan massa, Offspring FeatherAIR tersedia dalam dua varian – Comfort dan Premium. Offspring FeatherAIR Comfort membolehkan Offspring mencapai pasaran yang lebih luas, dengan menitikberatkan faktor keputusan utama bagi ibu bapa – keselamatan tanpa kompromi, reka bentuk ringan, dan pengaliran udara yang tinggi. Bagi ibu bapa yang mencari penjagaan tambahan untuk kulit bayi yang halus dan penghapusan bakteria, Offspring FeatherAIR Premium yang mengandungi Ekstrak Shea Butter adalah pilihan yang ideal.

Offspring FeatherAIR Comfort dan Premium ditawarkan dengan harga yang kompetitif, masing-masing RM45.90 dan RM61.90. Ibu bapa boleh membeli lampin ini secara dalam talian melalui kedai web Offspring dan pasaran utama, serta di kedai-kedai fizikal seperti pasar raya besar, kedai bayi, dan farmasi.

Alami masa hadapan penjagaan lampin dengan Offspring FeatherAIR — di mana keselesaan bertemu dengan keyakinan dan penjagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.offspringinc.com.

IKLAN
Share