Cantik sungguh Madammu! Selamat bersalin anak sulung dan bergelar ibu pada 9 Jun lepas penampilan terbaharu usahawan Noir Health & Beauty ini benar-benar menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat yang sentiasa menantikan perkembangan terkini jelitawan tersebut.
Menerusi perkongsian Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid di media sosial miliknya, dia memuat naik foto terkini memperlihat dirinya bersolek cantik
sedang menolak stroller bayi dengan baju kemeja putih.
Meskipun baru melahirkan anak tapi dia tetap mengutamakan penampilan diri apatah lagi dia seorang public figure!
Kongsi isteri Muhammad Azri Che Noh ini, “First day keluar ke hospital. Jauh lagi perjalanan Madammu! 6 hari baru hilang 14 kg. Ada 15 kg lagi kena turun!”
Rata-rata followers setia kagum dengan penampilan usahawan berkenaan yang kembali mendapatkan tubuh langsing seperti sebelum ini. Mesra melayan agent dan peminat, Madammu turut meninggalkan komen kepada mereka yang bertanya mengenai ‘rahsia’ dia berjaya menurunkan berat badan.
“Madammu tak diet pun. Makan makanan pantang. Mungkin sebab masa pregnant bengkak air. So dah bersalin je turun semua terus.”
Tambahnya lagi, “Sebab I breast feeding (BF). Tapi memang dia turun dengan sendiri. Makan 3 kali sehari. Memang turun sebab bengkak air masa pregnant
jadi turun cepat.”Mengimbas detik kelahiran anak yang dinanti-nantikan selama ini, Madammu akhirnya dapat menimang zuriat sendiri secara IVF selepas genap hamil 39 minggu serta bersalin secara pembedahan.
Sehingga kini, dia dan suami masih belum mendedahkan wajah anak kepada umum. Selain memperkenal anak mereka sebagai Baby A.
Kisah kecekalan Madammu mengharungi dugaan bisnes dan menguruskan keluarga dalam satu-satu masa menjadi inspirasi ramai wanita. Madammu memiliki Diploma Penjagaan Kesihatan dan merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi massa.
Beliau berkahwin dengan duda anak tiga yang sudah kematian isteri, Muhammad Azri Che Noh berumur 45 tahun.
Tiga orang anak tirinya bernama Zahara, Qally dan Ahmadhi. Dia mengakui sudi berkahwin muda kerana terlalu menyayangi anak-anak suaminya dan melayan mereka
seperti anak sendiri.
Wanita jelita berusia 34 tahun dan berasal dari Besut, Terengganu itu mencuit perhatian ramai apabila tampil dari siri eksklusif ‘Diari Madammu’ pada setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran Astro RIA.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/genap-39-minggu-madammu-akhirnya-bersalin-anak-sulung-baby-a-menjelang-hari-jumaat/
This website uses cookies.