Baru 7 Syawal, NEELOFA Terkejut Rezeki MUHAMMAD BILAL Dapat Duit Raya RM14,020!

Mewahnya rezeki anak Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail! Mana tidaknya, baru berusia tiga bulan Muhammad Bilal dah dapat duit raya cecah belasan ribu ringgit. Malah angka itu lebih daripada jumlah pengeluaran wang KWSP yang diterima ramai baru-baru ini.

Kisah duit raya Muhammad Bilal meraih perhatian ramai khususnya dalam kalangan peminat apabila ibunya yang juga selebriti terkenal, Neelofa berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok.

Daripada perkongsian itu, jelas kelihatan Neelofa dan Haris sedang rancak mengira duit raya yang diberikan kepada anak tersayang.

Ia nyata menarik tumpuan apatah lagi duit raya yang diterima itu kebanyakannya daripada notes

RM100! Juga, terselit sekeping wang bernilai 1,000 Dirham! Banyaknya!
@neelofa♬ Eid Mubarak – Aayat Arif

Yang pasti, video yang dimuat naik Neelofa mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang sempat berseloroh mengatakan kanak-kanak tak boleh pegang duit banyak. Ada juga yang gembira melihat rezeki anak personaliti glamor ini yang melimpah ruah.

Neelofa dan Haris selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari lepas. Pengumuman pasangan ini mengenai kelahiran anak tersayang amat dinanti-nantikan namun kedua-duanya masih belum bersedia mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada khalayak.

 

 

Share
Published by
Suzi