Seorang kanak-kanak perempuan daripada Filipina, Sofia Isabella menikmati kehidupan mudanya dengan cukup indah apabila keluarga tersayang menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-7 dengan penuh mewah bak puteri!
Isabella anak kepada usahawan terkenal dan berjaya, William Barbo pastinya cukup teruja dengan majlis impiannya. Mana tidaknya, ditemani keluarga dan rakan-rakan terdekat di samping kek hari jadi 6 tingkat serta dekorasi keseluruhan dewan yang cukup mempersona tentunya menjadikan childhood memorynya sukar untuk dilupakan.
0
Serba-serbi perincian untuk majlis tersebut adalah mengikut tema yang menjadi kegemaran gadis bertuah ini sendiri iaitu Cinderella termasuklah gaun yang dipakai Isabella.
Kalau dilihat daripada perkongsian gambar-gambar di atas, tak keterlaluan rasanya kalau Nona katakan ia sebagai sebuah majlis yang paling gah untuk gadis semuda Isabella! Fuh, tak dapat bayangkan bagaimana pula nanti agaknya majlis perkahwinan Isabella kan?
Sumber gambar: facebook www.niceprintphoto.com
PKP Versi SITI NURHALIZA, Bantu Frontliners, Golongan Terjejas Sempena Ramadan & Syawal!
Selaku penyanyi nombor satu negara dan rakyat Malaysia pertama memiliki jumlah pengikut paling tinggi di Instagram iaitu 7.2 juta orang, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggunakan pengaruh yang ada untuk membantu para frontliners, individu terjejas akibat Covid-19 dan bantuan khas kepada golongan kurang bernasib baik sempena ketibaan Ramadan dan Syawal ini menerusi inisiatif Dana PKP Siti Nurhaliza.
PKP yang dimaksudkan Datuk Seri Siti bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi ia merupakan singkatan kepada Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin iaitu satu bentuk sumbangan yang disalurkan kepada tiga kumpulan terlibat. Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza.
Berkongsi usaha murni itu di laman media sosial miliknya, isteri Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini menjelaskan objektif Dana PKP Siti Nurhaliza dibahagikan kepada tiga kategori.
Pertama, Peduli (P) yang membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid-19. Antaranya termasuk peralatan perlindungan PPE, topeng muka dan sarung tangan.
Kedua, Kemanusiaan (K) iaitu membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga terjejas pendapatan di samping mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
Dan ketiga, Prihatin (P) yang menumpukan kepada bantuan khas sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan kurang berkemampuan serta rumah-rumah kebajikan.
Bagi memudahkan urusan pemberian sumbangan kepada kumpulan terlibat, satu platform dinamakan Kitafund diwujudkan. Ujar Datuk Seri Siti, “Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma selain memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu.”
Sebagai langkah permulaan, SNP mensasarkan pengumpulan dana keperluan segera bagi kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Memetik kenyataan Datuk Seri Siti kepada Berita Harian, “Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh PKP dilanjutkan dan banyak jenis bantuan akan disalurkan.”
Sumbangan boleh dibuat secara pembayaran sama ada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal atau E-Wallet seperti Boost/GrabPay/Touch n Go.
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live PKP Siti Nurhaliza di saluran Youtube Siti Official Video pada 19 April 2020 bermula jam 2.30 petang. Menariknya, para penonton di saluran Youtube ini nanti berpeluang menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR dan selebriti ini akan menghiburkan anda dengan nyanyian lagu-lagu pilihan.
FARA FAUZANA Siar Penderitaan Pelarian SYRIA Secara Live! Galas Tugas Duta Bagi Misi Kemanusiaan Musim Sejuk #FaFau4Syria
Kagum! Bukan mudah bagi seorang selebriti popular sepertinya untuk menyertai sebuah misi bantuan kemanusiaan ke negara asing. Namun atas dasar persaudaraan Islam dan Lillahi Taala, Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau meneruskan usaha murni yang dianjurkan Malaysia Life Line For Syria (MLLFS).
Hasil menandatangani persetujuan menjadi Duta MLLFS bagi tempoh setahun, bekas penyampai radio Hot FM ini turut akan menyertai beberapa lagi misi bantuan akan datang untuk terus menyantuni pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan bukan hanya di Turki malah di Jordan dan juga Lubnan.
Telah pun berlepas ke Turki pada 18 Disember lalu, Fafau bersama wakil MLLFS dan Pusat Zakat Pulau Pinang membawa dana bantuan sebanyak RM300, 000 yang diperoleh dari sumbangan orang awam menerusi kempen #FaFau4Syria. Ia termasuk bantuan Pusat Zakat Pulau Pinang berjumlah RM200, 000 dan dijangka pulang ke tanah air pada 26 Disember depan.
Antara bantuan yang akan dihantar adalah set kelengkapan kit musim sejuk, bantuan bahan bakar, makanan, susu bayi dan juga bantuan kepada pusat pembangunan pendidikan anak-anak pelarian Syria serta pusat rehabilitasi mangsa peperangan Syria yang mendapatkan rawatan di sempadan Syria dan Turki.
Di samping itu, sebahagian daripada sumbangan yang dibawa juga akan turut diagihkan untuk meringankan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Syria yang masih berada di Syria seperti di pinggir bandar Aleepo dan juga Idlib. Bantuan ini akan diselia dan diagihkan oleh wakil MLLFS iaitu Organisasi Bonyan.
Menerusi klip video Live yang disiarkan Fafau menerusi Instagramnya @therealfafau, semalam dia sempat meluangkan masa bersarapan bersama anak-anak yatim di Ash Sham Association. Dan malam tadi, Fafau turut bersama seorang pegawai perhubungan awam Organisasi Bonyan iaitu Ola yang juga rakyat Syria berusia 20 tahun.
View this post on InstagramA post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on
Ikuti perkembangan semasa Fafau di Instagramnya mahupun Facebook MLLFS. Anda juga boleh menghulurkan sumbangan di www.billplz.com/donateforsyria atau hubungi 03-4141 6732 / 012-2409173.
Buat Fafau, teruskan suntik semangat dan inspirasi kepada semua wanita untuk berjuang ke jalan kebaikan! Syabas
Ramai Kagum Tengok SITI NURHALIZA Baca Berita Di RTM “24 Jam Tengok Berita Pun Tak Apa…”
Penampilan istimewa penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi laporan cuaca daripada MET Malaysia dalam Berita Wilayah terbitan RTM, jam 5 petang pada Rabu, mencuri perhatian ramai. Menerusi slot berdurasi hampir dua minit tersebut, Siti, 43, melaporkan perkembangan terkini keadaan cuaca yang melanda negara yang disediakan agensi terbabit dalam bentuk info grafik.
@radiotelevisyenmalaysia Ni betul-betul @Siti Nurhaliza gais, bukan cobaannn 🤩🤩 #BeritaRTM #YangSahihDiRTM ♬ original sound – RTM Malaysia Official
Siti mengharapkan penampilan dan kolaborasinya bersama Met Malaysia itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai. “Alhamdullillah, terima kasih MET Malaysia menjemput saya berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember.
“Kolaborasi itu diharap dapat mengalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca, dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” ujar Siti.
@radiotelevisyenmalaysia Ni betul-betul @Siti Nurhaliza gais, bukan cobaannn 🤩🤩 #BeritaRTM #YangSahihDiRTM ♬ original sound – RTM Malaysia Official
Gaya Tersendiri
Tidak hanya berkongsi laporam cuaca, penyanyi Anta Permana itu juga turut menitipkan pesanan buat penonton dan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah penjagaan yang sewajarnya ketika berdepan bencana dan cuaca tidak menentu.
Menariknya Siti dilihat tampil berkeyakinan dengan gaya penyampaiannya tersendiri.
Meninjau ruangan komen di saluran YouTube Met Malaysia yang turut menyiarkan laporan tersebut, rata-rata peminat dan penonton memuji Siti yang disifatkan turut berbakat sebagai pembaca berita dan penyampai laporan cuaca.
Sumber: Sinar Plus
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***