Wow, belum pun cecah usia 20 tahun tapi model dari Perancis ini sudah dinobatkan Wajah Wanita Tercantik Di Dunia 2018! Satu kejayaan besar bagi remaja bernama Thylane Blondeau ini. Raut wajah unik Thylane terutamanya di bahagian bibir menyerlahkan aura seksi gadis ini dan sudah tentu ia salah satu tarikan yang membuatkan ramai terpegun.
Ads
Menampilkan 100 Most Beautiful Faces of 2018, keputusan TC Candler itu menyaksikan Thylane berada di kedudukan paling atas mengalahkan 99 calon wanita cantik di seluruh dunia. Antaranya nama-nama bintang terkenal antarabangsa termasuk Keira Knightly, Ariana Grande, Selena Gomez, Deepika Padukone, Natalie Portman dan Emma Watson.
Tahun lalu, model dari Filipina iaitu Liza Soberano dinobatkan sebagai The Most Beautiful Faces of 2017. Acara yang mula diadakan sejak tahun 1990 ini turut pernah menampilkan wajah aktres, pelakon dan penyanyi terkenal seperti Nicole Kidman, Lindsay Lohan, Keira Knightly, Emma Watson dan Natalie Portman sebagai pemenang hasil undian pengguna Internet.
Ads
Ads
Thylane Blondeau merupakan Duta Loreal Paris dan juga Pengasas Heaven May. Menerusi Instagram miliknya, gadis ini turut berkongsi rasa teruja dan tidak menyangka sama sekali akan terpilih sebagai The Most Beautiful Faces of 2018.
Dilahirkan pada 6 April, Thylane kini bertapak kukuh sebagai model popular bernaung di bawah agensi IMG Models yang menghiasi kempen label terkenal seperti Ralph Lauren, Fendi dan banyak lagi.
Kredit: Instagram Thylane Blondeau
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda tentu perasan setiap produk kecantikan seperti bedak asas, atau krim tangan kini mempunyai Sun Protection Factor atau SPF, menunjukkan ia satu kemestian untuk digunakan dalam rutin harian anda. Malah, pengasas jenama Supergoop! juga berkongsi kisah seorang temannya yang menghidap kanser kulit pada usia 29. Menurut Holly Thaggard, kanser kulit adalah barah no satu dihadapi di Amerika Syarikat dan ia boleh dielakkan dengan penggunaan SPF setiap hari.
Krim tabir suria mempunyai SPF terbaik untuk menyelar terikan cahaya matahari menembusi kulit secara terus. Dengan sapuan krim, sekurang-kurangnya anda melindungi kulit dari kesan penuaan, kemerahan dan kanser kulit!
8 LANGKAH MUDAH SAPU KRIM TABIR SURIA
Lapisan krim tebal
Gunakan satu sudu besar krim (sekurang-kurangnya SPF 25) pada wajah dan tubuh. Anda boleh mencari krim tabir suria yang senang meresap ke dalam kulit dan mempunyai tekstur lebih halus.
Krim pelembap dengan SPF ini juga penting sekiranya anda bekerja di tempat yang sentiasa dikelilingi penghawa dingin. Walaupun tidak kena cahaya matahari, kulit anda lebih mudah menjadi kering.
Elakkan krim terus ke wajah
Picitkan kuantiti krim yang diingini pada telapak tangan. Jangan biasakan memicit sejumlah besar krim secara terus ke wajah. sapu dengan perlahan supaya krim ini mudah meresap ke dalam kulit secara sekata.
Cuba bayangkan bagaimana krim SPF anda nak meresap ke dalam kulit sekiranya ia diletakkan secara direct pada wajah, tentu bercapuk nanti!
Krim SPF dulu, baru krim pelembap
Pastikan kulit wajah bersih dan kering terlebih dahulu. Sapuan tipis krim tabir suria pada wajah dan biarkan seketika sehingga ia meresap. Kemudian, oleskan krim pelembap. Lebih mudah sekiranya krim pelembap anda sudah mempunyai SPF yang sesuai utnuk kulit wajah.
Terdapat jenama krim tabir suria yang sangat sesuai dengan kehendak kulit. Supergoop!yang dijual di butik Sephora misalnya memberikan kesan menakjubkan kerana mereka mempunyai pilihan krim cecair dan semburan! Boleh jengah di SINI
Gunakan setiap hari
Krim tabir suria perlu digunakan setiap hari. Bukan seminggu sekali seperti anda skrub wajah. Anda terdedah kepada cahaya matahari, malah cahaya dari komputer dan skrin telefon juga boleh menembusi jauh ke dasar kulit, menggalakkan kesan penuaan lebih awal.
Malah, anda juga digalakkan menyapu krim ini setiap dua jam sekali agar ia dapat mebantu penjagaan kulit dengan lebih baik.
Sebelum ‘bertemu’ matahari
Krim tabir suria yang mengandungi kimia memerlukan masa untuk meresap ke dalam kulit dan berfungsi dengan baik. 20 minit sebelum anda keluar rumah, sapu krim terlebih dahulu.
Gunakan zinc oxide untuk pelindung matahari Zinc oxide dan titanium dioxide adalah mineral yang boleh melindungi sinaran UV menembusi kulit, membolehkan ia berfungsi lebih cepat berbanding krim tabir suria yang mempunyai bahan kimia di mana ia perlu diserap untuk menukar cahaya kepada tenaga haba pada kulit.
Ulangi sapuan setiap 2 jam
Terdapat krim tabir suria yang kadang kala bersifat tidak stabil apabila terdedah kepada matahari. Jadi anda perlu mengoles kembali setiap dua jam agar kulit sentiasa dilindungi, sama seperti membersihkan mulut!
Touch-up dengan solekan mineral
Jika anda keluar untuk makan tengah hari, aplikasi krim pada awal pagi sudah tidak relevan. Untuk touch-up, gunakan bedak yang menggunakan asas mineral dengan SPF. Kebanyakkan zinc atau titanium dioxide mempunyai SPF 18 atau 20.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda, lebih separuh populasi dewasa Malaysia iaitu satu daripada dua orang bersamaan 50.1 peratus mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019) sekali gus menunjukkan peningkatan daripada 47.7 peratus (NHMS 2015).
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh berkata, isu obesiti di Malaysia amat memerlukan perhatian dan tindakan berikutan golongan ini berisiko mendapat diabetes, hipertensi, dan penyakit jantung amat tinggi.
Statistik semasa juga menunjukkan, 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga risiko hipertensi, diabetes dan kolestrol tinggi manakala 3.4 juta pula mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada risiko ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hidup yang tidak sihat seperti kurang aktiviti fizikal, cara hidup sedentari dan pemakanan tidak seimbang menjadi penyumbang kepada berat badan tidak sihat.
Bukan itu sahaja, kesibukan kerja, pengurusan rumah tangga, adaptasi norma baharu dan kesejahteraan mental juga antara faktor yang mencabar untuk kekal fokus dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan.
Susulan daripada itu, Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan (MyVIFitEr) dibentuk bagi membantu menangani masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan Keluarga Malaysia yang menunjukkan peningkatan ketara.
Beliau berkata, menerusi program itu, seramai 1,806 peserta berjaya membuktikan bahawa program berlangsung selama 10 minggu secara percuma sememangnya memberi impak besar kerana ada yang berjaya menurun berat badan sehingga 30 kilogram.
Katanya, kesemua peserta sama ada mengikuti secara fizikal atau maya perlu meneruskan usaha dalam pengurusan berat badan ini untuk mengekalkan kesihatan optimum.
“Malah, peserta yang tamat program ini merupakan agen atau suri teladan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menguruskan pengurusan berat badan yang selamat dan betul.
“Program ini amat membantu peserta kerana kementerian mempunyai pakar-pakar kesihatan yang terlatih dan kompeten dalam bidang masing-masing yang mampu memberikan perkongsian ilmu kepada peserta untuk mengubah tingkah laku budaya hidup yang lebih sihat,” katanya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, solekan mulus dan menawan Janna Nick sewaktu majlis resepsinya mengundang pujian melambung warga maya. Manakan tidaknya, Janna Nick tampil anggun, jelita dan cukup cantik pada hari bahagianya itu.
Manakan tidaknya, solekan Janna yang tetap berseri tanpa memerlukan solekan yang ‘heavy’ pada hari tersebut rupa-rupanya mendapat sentuhan jurumekap popular dan berpengaruh Thailand, Babarabeer.
Memandangkan ramai wanita yang khabarnya mengidamkan look sebegitu untuk majlis istimewa mereka nanti, khabarnya Alha Alfa atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Al Fadzil baru-baru ini mengambil inisiatif menghadiri kelas secara one-on-one dengan MUA Thailand berkenaan.
Datuk Alha Alfa merupakan jurumekap artis profesional Malaysia dan juga usahawan memandangkan dia adalah pemilik kepada jenama alat solek terkenal Alha Alfa yang cukup terkenal di Malaysia.
Mengakui masih lagi banyak perlu dipelajari dalam bidang tatarias dan solekan, usahawan kosmetik itu dilihat tidak malu memaklumkan yang dia telah menghadiri kelas pertama dengan MUA terbabit.
Ujar Alha Alfa lagi, tidak salah untuk mempelajari teknik solekan orang luar memandangkan ia menjadi sesuatu yang akan disukai ramai dan mendapat perhatian. Malah dia juga tetap akan belajar walaupun sudah bergelar MUA profesional di negara sendiri.
Babarabeer juga turut mengucapkan terima kasih kepada Alha Alfa di atas kesudiannya menghadiri kelas berkenaan. Dan pada yang sama, khabarnya beliau akan menganjurkan kelas solekan di Malaysia pada 30 Nov dan 1 Dec nanti! Pastinya geng-geng MUA Malaysia tak sabar nak join nanti kan!
Tinggi sungguh adab Kieda terhadap suami tercinta, Mohd Hilmi Mohd Zaki. Tidak hairanlah rumah tangga yang dibina selama lebih lapan tahun bertambah bahagia dan penuh kasih sayang. Tersentuh dengan pesanan pemilik Kieda Crepe House ini yang menjaga martabat dan ...