Rezeki selalu berbahagi ilmu, rajin beramal dan merendah diri, nama make-up artist yang juga Instafamous popular, @muabellaz terus menjadi perhatian.
Terbaharu, Bellaz atau Nabilah Zulyadaini berkongsi khabar menjadi antara pengguna iPhone 13 Pro Max pertama di negara ini usai dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat.
iPhone 13 Pro Max dianggap sebagai model telefon pintar kayangan kerana harganya yang mencecah RM5,299 – RM7,599 seunit. Namun bagi usahawan kosmetik bergelar jutawan seperti Bellaz, ini pastinya tidak menjadi masalah besar walaupun perlu membuat tempahan awal untuk memiliki model baharu tersebut.
Malahan ciri-ciri iPhone terbaharu ini dilihat cukup sesuai dengan gaya hidup usahawan kosmetik seperti Bellaz yang rajin membuat contents
di media sosial.
Pengasas jenama Bellaz Beauty ini juga banyak mengambil video menarik menggunakan iPhone birunya bagi menunjukkan kualiti gambar yang hebat.
Memang terpegun dibuatnya, tambah terpegun lagi bila ibu anak tiga ini berkongsi video house tour di mahligai indah mereka di Kedah!
Jom cuci mata tengok ruang tamu dan dry kitchen Bella, cantik dan kemas betul…
Tertarik tengok penataan rumah Bella yang minimalis dan moden, kebanyakan ruang dibiarkan lapang bagi memudahkan anak-anak berlari atau bermain.
Bella sebelum ini mencetus fenomena apabila kejayaannya menjadi inspirasi kepada usahawan wanita lain.
Sebelum dikenali ramai, isteri kepada Anuar Ahmad ini tidak malu mengaku status diri sebagai anak nelayan dan tidak segan berkongsi memori hidup dengan peminat.
Bahkan sebelum menikmati kesenangan dan dikurniakan rezeki untuk membina rumah banglo mewah juga dia turut meluahkan rasa bangga mendiami rumah papan bersama keluarga tersayang kepada hampir dua juta followers.
Enggan mendabik dada dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya hari ini, Bella berkali-kali menjelaskan tujuannya memuat naik gambar peribadi sebagai suntikan semangat kepada wanita lain agar lebih keras berusaha.
Tidak pernah menyangka nasib hidupnya diberkati seperti hari ini, Bellaz pernah meluah rasa hati.
“Siapa sangkakan… saya yang naik gerek sebelum ni, niaga karipap pagi-pagi buat makeup background berlatarkan papan rumah kesayangan saya… hina saya sehinanya… fitnah macam-macam, saya sabar terus sabar.”
Baru berusia 28 tahun, ada tiga anak, suami penyayang dan ada bisnes sendiri pastinya satu pencapaian membanggakan buat anak jati Tanjung Dawai, Kedah ini.
Bellaz mula serius mendalami dunia solekan sejak hamil anak pertamanya kira-kira enam tahun yang lalu. Bermula dengan live tutorial mekap di media sosial, nama Muabellaz kian meningkat naik. Bertitik-tolak dari situ juga Bellaz mendapat idea menghasilkan rangkaian produk kosmetik keluaran sendiri.
Foto: Instagram @muabellaz
This website uses cookies.