Baru Sebulan Ada Jenama Tudung Sendiri, MIRA FILZAH “Dilamar” Jenama Antarabangsa

Nampaknya langkah Mira Filzah kembali aktif dalam bidang perniagaan disusuli langkah kanan apabila dirinya menjalinkan usahasama dengan sebuah jenama berasal dari Indonesia, Buttonscarves.

Sinonim dengan visi dan misinya #ButtonscarvesGoesGlobal, jenama fesyen sopan atau modest terkemuka Indonesia, Buttonscarves memperkenalkan Buttonscarves X Mira Filzah, koleksi The Gardenia Series yang merupakan hasil gabungan idea pasukan kreatif Buttonscarves.

Mira Filzah bersama CEO & Creative Director Buttonscarves, Linda Anggrea

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Buttonscarves. Ini merupakan kerjasama antarabangsa pertama untuk jenama Mira Filzah yang pertama.”

“Apabila saya mula mula mencipta jenama itu, adalah impian saya untuk bekerja dengan Linda Anggrea (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif Buttonscarves) dan Alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan dalam tempoh beberapa bulan selepas jenama Mira Filzah dilahirkan,” ujar Mira ketika ditemui di majlis pelancaran baru-baru ini.

“Ia adalah sebuah pengalaman yang menyeronokkan melawat pejabat Buttonscarves di Jakarta untuk mereka bentuk, menghasilkan dan membawa konsep The Gardenia Series To Life.  Saya memilih tema bunga kerana ia adalah unsur yang paling senang untuk memikat pengguna.”

“Bahkan, ia juga melambangkan kesucian dan kepercayaan. InsyaAllah, semoga kerjasama ini menjadi permulaan yang panjang dan persahabatan yang indah dengan kedua-dua Linda dan Buttonscarves,” ujar Mira Filzah, yang baharu sebulan melancarkan jenamanya sendiri dikenali sebagai Mira Filzah.

Selepas mencapai kejayaan dalam industri fesyen Indonesia, kami berbangga untuk menyebarkan pengaruh kami kepada BSLadies Malaysia dengan butik baharu ini di Pavilion Kuala Lumpur. Kerjasama dengan Mira yang membawa ‘semangat kerjasama’ telah menjadi salah satu ciri unik yang menjadikan Buttonscarves istimewa kepada pelanggan kami,” ujar Linda yang kini sedang sarat hamil.

Koleksi The Gardenia Series yang diinspirasi daripada bungaan mekar di taman bunga, dan juga memperingati kedatangan musim bunga, mempunyai 12 variasi warna yang menawan.  Ia tersedia secara eksklusif di semua butik  Buttonscarves di Malaysia, dan pembeli juga boleh membuat pembelian secara dalam talian di www.buttonscarves.com.my dan www.mirafilzah.com.

Acara ini turut dihadiri oleh beberapa nama popular dalam industri seni dan fesyen seperti Elfira Loy, Dayah Bakar, Sweet Qismina, dan dari Indonesia, Dian Pelangi dan Indah Nada Puspita.

Buttonscarves kini meluaskan ‘empayarnya’ apabila secara rasmi membuka pintu di Aras 4, Pavilion Kuala Lumpur. Ia mempunyai cawangan di One Utama, Setia City Mall, Avenue K, Mytown Kuala Lumpur dan terbaharu di Pavillion Kuala Lumpur.

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu