Sebagai adik kepada penyanyi tersohor negara, Siti Sairah Tarudin tidak terkecuali terkena tempias glamor Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Apa saja yang dilakukan Sairah turut menjadi perhatian khalayak. Tambahan pula, penyanyi berusia 34 tahun ini kembali mewarnai industri muzik negara dengan membuat comeback single terbarunya, Hanya Restu.
Masih dalam mood pengantin baru, nama Sairah kian menjadi bualan ramai sejak dia mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari lalu. Khabarnya Sharidan adalah kenalan lama Sairah dan mereka sudah mengenali sejak tahun 2009 lagi. Namun hubungan itu terputus selepas Sairah berkahwin pada 2010. Takdir Tuhan, mereka berdua dipertemukan semula dan kembali berhubung rapat sekitar dua tahun lepas.
Lumrah bagi kebanyakan pasangan baru berkahwin, sama ada keluarga mahupun peminat pastinya ternanti-nantikan ‘berita gembira’ daripada mempelai. Iyalah, mana tahu sudah bunting pelamin. Dan status yang dimuat naik Sairah ini nyata mengundang pelbagai reaksi.
“Hye semua, hari ni kita tak berapa sihat sebab sakit gigi. Terus kita teringat kat husband
kita yang jauh dari kita. SAKIT GIGI ADOIII! Sabar je lah Sairah,” kongsinya di laman Instagram @sitisairahtarudin petang tadi.Sakit gigi saja rupanya. Ingatkan Sairah hendak umumkan berita kehamilan. Apa-apa pun, moga kesakitan yang dialami Sairah beransur pulih dan melayari bahtera perkahwinan dengan penuh sabar di samping suami tercinta.
Pada majlis pernikahan yang berlangsung penghujung Februari lalu, Sairah sah bergelar isteri Sharidan dengan sekali lafaz kira-kira jam 11 pagi di Pusat Antarabangsa Cornerstone selain menerima mas kahwin RM100. Namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Usai ijab kabul, mereka berdua diraikan dalam majlis resepsi penuh meriah bertemakan rona putih dan ungu yang diadakan di lokasi sama.
Ini merupakan perkahwinan kedua Sairah selepas berpisah dengan bekas suami pada 2014. Hasil perkahwinan terdahulu, Sairah mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Kredit foto: @rasafilm.co & @sitisairahtarudin
This website uses cookies.