Bau Macam Telur Busuk, Ini Yang Perempuan Mesti Jaga Bila Buka Mulut Depan Orang!

Jangan tertipu dengan wajah seseorang yang cantik di dalam gambar. Ada kemungkinan kecantikannya hanya manis dipandang tapi realiti bila berjumpa, boleh buat kita sesak nafas! Masalah bau mulut atau halitosis, bukanlah benda baru tapi amat jarang disedari oleh penghidapnya.

Tanya diri sendiri, kita ni ada masalah bau mulut tak? Pernah ke bila bercakap dengan orang dalam jarak dekat, orang tu tiba-tiba berpaling atau tertunduk? Awas juga kalau orang sekeliling jarakkan badan bila bercakap dengan kita atau menggosok-gosok hidungnya tanpa sebab. Itu mungkin tanda-tanda bau mulut kita tak terbendung busuknya!

Perkongsian oleh pegawai pergigian dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Hidayu Hatta dalam video ini (klik) amat menarik perhatian. Iyalah, sapa penah jumpa seseorang yang sangat menarik di luaran tapi bau nafasnya… nauzubillah, memeningkan!

Kata Dr. Hidayu, macam mana nak tegur ahli keluarga atau kawan yang ada mulut berbau? Sebenarnya ramai yang segan nak cakap atau takut nak bagitau hal macam ni demi menjaga hati orang lain.

Tapi bukan ke kebenaran itu menyakitkan?

Jadi kalau benar kita sayangkan mereka, cuba ikhtiar cara halus… ajaklah mereka buat pemeriksaan gigi. Dari situ doktor gigi boleh beri nasihat tentang masalah bau mulut yang mereka hadapi. Ataupun, beri hadiah ubat kumur macam Listerine waktu hari jadi.

“Nasib baik bau mulut tak nampak dalam Instagram”

Tambah doktor jelita ni lagi, antara sebab utama bau mulut adalah kewujudan sejenis bakteria iaitu Volatile Sulphur Compound (VSC). Ia akan membebaskan bau kurang menyenangkan, seolah-olah bau telur busuk.

Bakteria ni hidupnya di kawasan yang tiada oksigen, seperti di celah-celah gigi atau poket, gusi dan belakang lidah. Sebab tu kita mesti faham hikmah diciptakan air liur iaitu untuk melawan bakteria sambil menstabilkan tahap pH dalam mulut.

“Kadang sesak nafas dibuatnya”

Punca Pembiakan VSC

– Tidak menggosok gigi dengan cara yang betul.
– Makan makanan berbau seperti durian, bawang, petai atau jering.
– Merokok kerana ia menyebabkan mulut jadi kering.
– Pengambilan ubat yang mendorong kekeringan air liur.
– Infeksi gusi atau usus.
– Minuman keras.

Dr. Hidayu sempat menitipkan beberapa nasihat bagi mengatasi masalah bau mulut. Antaranya kita mesti betulkan cara membersihkan mulut. Sentiasa berus lidah, dalam pipi dan lelangit apabila gosok gigi. Akhir sekali, jangan lupa flos dan berkumur dengan ubat kumur tanpa alkohol. Mudahkan?

Sumber: ML Studios

Share
Published by
Norzalina