Seronok melihat Scha AlYahya dan Awal Ashaari bawa anak-anak ke Desaru untuk bercuti.
Rasanya bukan pasangan selebriti ini sahaja malah semua akan akan rasa benda yang sama bila dah diberi kebenaran untuk merentas negeri. Balik kampung atau keluar bercuti bersama keluarga adalah pilihan untuk merehatkan minda.
Nampaknya Scha AlYahya dan suaminya membawa dua orang puterinya ke selatan tanah air dengan mengunjungi pantai Desaru. Sedap mata memandang melihat kebiruan laut seperti yang dikongsikan oleh pelakon ini saat bawa anak ke Desaru bercuti.
Ini juga merupakan percutian pertama Scha AlYahya bersama anak keduanya Lyla Amina yang lahir pada 12 Februari lalu. Seronok melihat Lara Alana mandi kolam bersama adiknya.
Pemenang Nona Fashionista Award di Nona Superwoman Award 2020 ini bijak menyeimbangkan tanggungjawabnya sebagai pelakon, pengacara, model, usahawan dan ibu.
“Saya mempunyai rasa tanggungjawab sebagai selebriti, isteri dan ibu. Cabarannya datang bila saya perlu adaptasi semua tanggungjawab yang berbeza dalam satu masa dan cuba tampil tenang dalam apa jua cabaran,” terang selebriti yang sering menjadi pilihan sebagai duta dan jurucakap bagi produk antarabangsa dan tempatan ini.
Mencungkil rahsia wanita yang pernah dicalonkan untuk anugerah Artis Komedi Wanita Terbaik dan Artis Komedi Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2013 ini resipi kekal relavan hingga sekarang, jawabnya, “I am not trying too hard to be heard or to be seen.
Bagi saya, just do what makes you happy dan tak perlu cari publisiti tak tentu pasal. Take it easy dan stay true to yourself and family. Orang akan ‘kenal’ kita macam mana sekalipun after a while,” katanya.
Ketika mengatur temu bual bersama wanita tinggi lampai ini sempat bertanyakan siapakah dirinya 5 tahun akan datang? “Insyaallah, saya berharap bila tiba waktu itu, saya menjadi lebih bagus dalam semua bidang yang diceburi.
Malah saya mengharapkan agar menjadi lebih matang dan mampu menyuntik inspirasi di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa,” ungkap Scha AlYahya yang pernah dilantik oleh syarikat gergasi telekomunikasi Malaysia, sebagai duta telefon pintar.