Kegembiraan berganda buat Mawar Rashid tahun ini. Mana tidaknya, dalam keterujaan peminat menanti-nantikan kelahiran cahaya mata sulung Mawar dan suami tercinta, Raf Yaakob tidak lama lagi… ramai yang terkejut apabila bekas peserta Dewi Remaja ini memuat naik gambar konvokesyennya di laman media sosial, semalam. Iyalah, tanpa berita tahu-tahu saja Mawar sudah menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta di Shah Alam, Selangor. Pandai simpan rahsia, ya!
Difahamkan, Mawar kini merupakan graduan Pengurusan Perniagaan. Salah seorang bekas pensyarah yang pernah mengajar Mawar mendedahkan dia berbangga dengan pencapaian selebriti tersebut. Meskipun selalu tak hadir ke kuliah kerana kesibukan kerjaya sebagai anak seni… namun Mawar tetap nekad menghabiskan pengajian dan mendapat keputusan yang baik.
Agaknya, macam manalah Mawar uruskan masa untuk sambung belajar. Sudahlah sibuk dengan lakonan, kena uruskan suami, anak-anak dan ‘berperang’ dengan emosi wanita mengandung yang tak menentu pula tu. Hanya superwoman yang kuat azam macam Mawar saja mampu melakukan semua perkara ini dengan sebaik-baiknya. Salute!
Berkongsi detik ketika menghadiri istiadat konvokesyen berkenaan, jelas terpancar reaksi teruja wanita ini. Lebih manis, ia turut dihadiri suami dan ibu mentua. Untung Mawar. Disebabkan keadaan diri yang tengah sarat mengandung, Mawar turut diberi keistimewaan agar tidak berdiri lama seperti graduan-graduan lain.
Turut berbangga dengan kejayaan Mawar tentunya suami tercinta, Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob. “Congratulations anje. Not many know this. And I know you’re not kind of person who would tell everything. You will rather keep quiet and let nature does the job for you.
It takes lots of courage and discipline to complete your studies while being an actress, daughter that supports own family, a wife and mum at the same time. But you went through it all with full dedication and
kesabaran.”Tahniah buat Mawar kerana berjaya menyuntik inspirasi kepada kaum wanita dan membuktikan walau dalam keadaan hamil atau macam mana sekalipun… wanita mampu merealisasikan impian mereka dengan cekal dan sabar.
Foto: Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob
This website uses cookies.