Selamat pengantin baru buat anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim dan Didie Alias, Muhammad Dhanial Mohd Ridzun atas pernikahannya baru-baru ini. Muhammad Dhanial atau mesra disapa Dhan dalam kalangan ahli keluarga sah bergelar suami kepada Nur Khairunnisa di Tawau, Sabah pada 20 Mei lalu. Alhamdulillah!
Walau gembira membina rumah tangga dengan wanita pilihan namun pastinya kenangan di samping arwah ayah tetap segar di ingatan lelaki berusia 29 tahun tersebut. Apatah lagi, dia sudah pun membuat persiapan dan membeli tiket penerbangan untuk Allahyarham Ridzuan Hashim untuk majlis pernikahannya.
Bagaimana pun takdir Allah, ayah tersayang ‘pergi’ pada 4 Mei lalu.
Anak perempuan luah rasa rindu https://www.nona.my/ayah-princess-diyana-rindu-ayah-sangat-tersentuh-layanan-diyana-ridzuan-jaga-hargai-arwah-ayah/
Menerusi perkongsian video dan gambar menjelang pernikahan Dhan di media sosial Didie Alias dan adik-beradik tersayang, kelihatan rombongan keluarga ini menaiki kapal terbang ke Negeri Di Bawah Bayu demi meraikan hari bahagia Dhan.
Dhan merupakan satu-satunya anak lelaki Allahyarham Ridzuan Hashim hasil perkongsian hidup bersama Didie Alias sebelum pasangan pelakon berkenaan berpisah. Selain Dhan, mereka turut dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Dhaniyah, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.
Sebagai ibu, Didie bersyukur melihat anak lelakinya kini menggalas tugas sebagai suami.
“Alhamdullillah selesai majlis pernikahan anak lelaki Mumy, Muhammad Dhanial dan Nur Khairunnisa. Welcome to our family Khairunnisa. Selamat Pengantin Baru Anakku. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Jaga Dhan untuk kami ye. We love you both.”
Meski Allahyarham Ridzuan Hashim tidak sempat menyaksikan majlis pernikahan anak lelaki tunggal, kenangan arwah bersama anak-anak dibawa bersama pada hari bersejarah Dhan apabila kesemua mereka sepakat mengenakan persalinan burgundy pada majlis persandingan.
Perkara itu didedahkan anak sulung, Nur Dhaniyah. “Backstory, reason pilih this color sebab ayah dah ada baju melayu color ni so tak payah dah beli / tempah baru sebab size dia memang susah nak dapat if readymade. Dia tinggi sangat.
Bukannya diri ini tak terima kenyataan. Hati ini hanya rindu. Al-fatihah (dibaca) Mohd Ridzun bin Puteh. Sentiasa rindu.”
Dhan menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 pada 13 Mei lepas. Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
This website uses cookies.